Thursday, March 6, 2014

Merantau di Bumi Semenanjung Malaysia

Assalammualaikum semua dan salam sejahtera,

Hai semua, hmm.. pasti ramai yang tahu aku berasal daripada Sarawak. Jauh betul perjalanan sehingga merantau di bumi Semenanjung Malaysia ini. macam tak percaya je, aku boleh merantau sampai ke sini. Dulu, semuanya hanyalah mimpi. Bak kata mama, "kalo ko nak sangat melancong ke tempat orang, belajar pandai-pandai.. sambung belajar kat tempat orang." tak sangka mimpi itu menjadi kenyataan. hehe..
Pertama kali aku menjejakkan kaki di Bumi Semenanjung ni, perkara-perkara yang berada di fikiran aku adalah:

Bagaimana kemajuan di semenanjung ini?
Adakah lebih maju daripada sarawak, atau ia sama sahaja, tiada beza?
Bagaimana dengan penduduk di sini?
Bagaimana pula dengan makanan di sini?
Adakah aku mampu bertahan di bumi semenanjung ini?

Tapi, apabila telah menjejakkan kaki di bumi Semenanjung ini, semua persoalan aku terjawab.
rupanya, kemajuan di bumi semenanjung ini, tidaklah jauh berbeza dengan di Sarawak.
Penduduk di sini juga peramah dan berbilang bangsa, sama macam di Sarawak.
Mengenai makanan pulak, pada mulanya aku tak tahan makan makanan yang pedas dan air sirap yang sangat manis. Seolah-olah semua masakan terlebih, terlebih pedas, terlebih manis, dan sebagainya. Tapi, lama kelamaan, aku mulai dapat menerima makanan di Semenanjung ini. Mungkin selepas sembuh daripada demam semasa melalui MHS.

 haha.. salah satu pengalaman dan kenangan yang menarik setiap kali aku fikirkan. demam kerana tak tahan dengan suasana dan pemakanan di sini. nampak mustahil. tapi, itulah kenyataan. hehe..

Cabaran dan dugaan yang aku lalui di perantauan sangat mematangkan aku dalam membuat keputusan dan tindakan. Berjauhan dari keluarga, mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. berdikari dalam menguruskan keperluan diri, kewangan dan sebagainya. Menyertai aktiviti-aktiviti di kolej dan persatuan mengajar aku erti pekerjaan. Sesungguhnya, pengalaman mendewasakan aku dan memberikan kenangan yang cukup indah.

Sampai sini dulu coretan aku, kelak, akan ku sambung dengan "bagaimana aku masuk UM?". setiap orang mempunyai kisah yang berbeza bagaimana masuk UM. dan pastinya, aku juga mempunyai kisah yang korang takkan sangka dan fikir, "masih ada juga manusia begitu".

Terima kasih kerana membaca, maafkan aku sekiranya coretan aku mengguris hati korang. Pertama kali menulis, memang begini lah coretannya. Semoga berjumpa lagi. :)




1 comment: