Friday, March 7, 2014

Fesyen??! Lalala~


Fesyen? Bila tanya pasal fesyen, mesti mulut nie akan ternganga seluas- luasnya.. Bukan sebab zero pasal fesyen nie tapi cetek sikit *dalam paras buku lali je! :D

Sebenarnya, fesyen nie penting sbb ye lah, kalau org lain tgk kita nie serabut je.. for sure la ramai yg pikir berjuta2 kali untuk nk dkat kan?! Huhu...

Jadi, di sini , hari ni, masa ini, ingin sangat Sheeda kongsikan hal2 yg berkaitan fesyen dgn semua..

Sebenarnya, peringatan untuk diri sendiri jgak sbb xnak jadi mangsa fesyen laa katakan...


APA ITU FESYEN SEBENARNYA  ??

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa.Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain)Haaaa... tudiaa!
 
Sebenarnya fesyen juga menggambarkan ekspresi diri. Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah ssesuatu yang subjektif. setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain.
 
Fesyen adalah sesuatu yang ceria, ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu. Fesyen sepatutnya membuatkan kita lebih menarik kreatif dan yakin terhadap diri dan apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen ikut kemampuan dan cita rasa. Apa pun ia perlu disesuaikan dengan budaya, latar belakang masyarakat.
 
 
That's the beauty of fashion...Apa pendapat anda??  Tepuk dada tanya selera!.




No comments:

Post a Comment