Monday, March 24, 2014

MH370

Assalamualaikum

Hye semua

Ingat nak update cerita lain. Tapi bila dh dapat berita jam 10 malam tadi. Kena tukar post. Nanti akan dikongsi cerita lain tuh di post yang lain.

MH370
Hari makin hari pesawat dicari
Hari makin hari diadakan persidangan media
Hari makin hari banyak spekulasi
Hari makin hari semakin banyak cerita sensasi
Hari makin hari debar dihati
Hari makin hari masih berfikir sendiriHari makin hari doa dilupai.  Hari makin hari tiada jawapan dijumpai
Hari makin hari makin bertambah negara dianggotai
Hari makin hari pelbagai analisis ditemui

Hari sudah tiba. 24 march 2014. Selepas 17 hari kehilangan MH370, hari ini Dato Seri Najib Razak PM Malaysia mengumumkan bahawa MH370 tidak dikesan apabila berada di selatan lautan hindi. Berdekatan dengan Australia. Dan sekarang ini, mereka sedang berusaha untuk mencari kotak hitam.

Pada pendapat saya, sukar untuk katakan semua penumpang telah terhempas bersama dengan pesawat. Sebabnya, kalau kita imbas balik selama 17 hari yang lalu, ingat tak? Kita dapat banyak berita bahawa MH370 dijumpai di banyak tempat. 1st flight ni didakwa telah berpatah balik ke arah Pulau Pinang.

Kemudian, flight ini juga dijumpai di kawasan India, Kazhakstan dan beberapa lagi negara yang berdekatan dengannya. Tidak kah itu satu kepelikan? Macam mana flight boleh berjalan jauh? Dah ditambah minyak ke?

Hanya 1 andaian saya setakat ini. Flight MH370 telah mendarat di satu tempat dan semua penumpang serta krew termasuk pilot berada dalam keadaan selamat.

Ya Allah.
Kau selamatkanlah penumpang dan krew MH370.
Semoga semua berada dalam keadaan sejahtera.
Kami amat berharap dengan Mu Yang Maha Kuasa.
Banyak berita yang kami dapat meluluhkan hati kami.
Dengan kuasa Mu Allah
Kau tunjukkanlah kebenaran sebenar.
Amin

#prayforMH370.

No comments:

Post a Comment