Sunday, March 30, 2014

Tugasan FESENI 14

Assalamualaikum dan Salam 1 Feseni 2014...

Bahang FESENI kian tiba di kemuncaknya dalam seminggu lagi. Lee pun terasa bahangnya. Anda bagaimana? Ada tak pembaca yang masuk pertandingan yang dianjurkan?

Ada yang tak masuk FESENI mungkin atas sebab duduk di luar kampus. Ada juga yang duk dalam kolej yang tak masuk atas alasan kita masuk universiti ni untuk belajar. Macam-macam alasan ada. Tak apa lah. Itu hak masing masing.

Lee juga masuk FESENI tahun ni. Lebih dari satu acara juga Lee masuk. Bukan nak kata hebat atau apa. Cuma mahu mencuba dan mengisi masa bosan juga. Baru-baru ni (27 Mac 2014), Lee baru saja habis pertandingan Manifestasi Puisi. Dapat nombor lima. Kira boleh la.

Minggu depan agak letihlag sebab Boria dan Nasyid. Cuma mampu berdoa saja. Yang penting cerita yang nak disampaikan diterima penonton pun tak apa dah. Tempat pertama hingga kelima itu kira bonus la.. Apa-apa pun, doakan ye untuk pasukan Boria dan nasyid Lee minggu depan.

Ok la.. Wasalam

No comments:

Post a Comment