Monday, March 10, 2014

Pray For MH370

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bukan sandiwara, bukan lawak jenaka, tapi inilah isu dan topik yang menjadi bualan hangat warga Malaysia dan warga dunia. Kehilangan MH370 merupakan satu perkara yang sangat tidak diduga. Tiba-tiba, pesawat ini hilang dari radar dan tidak dapat dijejaki sehingga sekarang. Ke mana ia pergi?

Saya di sini ingin berkongsi perasaan yang saya alami bermula dari saya dapat berita hingga ke saat ini.

Sabtu, 11.30 pagi, saya mendapat maklumat daripada penceramah Bengkel Kerjaya UM anjuran Nasionalfm bahawa berlaku kehilangan flight. Masa dalam bengkel tu, perasaan saya tidak tentu arah sebab nak tahu apa cerita sebenarnya. Habis ceramah, saya sempat ke konti untuk uruskan beberapa perkara then terus balik kolej. Sebelum naik bilik, saya tengok tv3 untuk tahu berita tentang kehilangan pesawat. Kemudian, baru dapat berita bahawa Pesawat MH370 milik Malaysia MAS hilang apabila hilang dalam radar.

Hari ini juga, saya perlu pergi ke rumah pensyarah saya kerana ada program pada keesokan harinya. Semasa menunggunya di stesen KTM Rawang, sempat saya menonton tv yang menceritakan tentang kehilangan pesawat tersebut. Pada waktu ini, saya masih tidak mempunyai apa-apa perasaan sebab kurang mendapat berita yang jelas tentang ini.

Setibanya di rumah pensyarah saya, saya terus buka tv channel 501 untuk tahu berita ini. Bermula pada saat itu, perasaan saya tidak tentu arah. Bayangkan, saya terus membuka semua channel yang ada kisah ini, dari channel 101 hingga 5++ untuk tahu info semasa tentang berita ini. Saya semakin tidak dapat duduk diam apabila pada waktu malam, berita menunjukkan bagaimana gambaran flight dalam radar terus hilang. Perghh..

Saya sangat sangat terkejut. Saya dan pensyarah saya terus membuat beberapa andaian dan kemungkinan tentang kejadian ini. Tapi teori ini tidak dihebahkan kepada semua sebab kami ni bukan pakar untuk menentukan segalanya. Dan ini semua adalah teori sahaja. Teringin nak kongsikan tapi tidak mahu sebab ini merupakan salah satu perkara yang boleh mengundangkan kesedihan kepada semua pihak terutamanya kepada keluarga penumpang pesawat MH370.

Sehingga jam 12.30 malam, saya masih menantikan berita terbaru tentang kehilangan pesawat ini. Dan semestinya, perasaan dan hati saya tidak berada dalam keadaan baik kerana asyik memikirkan tentang keadaan pesawat terutamanya keadaan penumpang. Tidur pun tak tenang kerana nak dapatkan berita. Masa tidur pun asyik terjaga. Saya pula masa tu tidur depan tv. Beberapa kali saya buka tv untuk melihat perkembangan semasa.

Itu antara perjalanan hari Sabtu buat diri saya. Panjang lagi kalau nak sambung tentang hari Ahad.

Semestinya seluruh warga bumi kini sedang bersedih dengan kehilangan Pesawat MAS MH370. Kesedihan yang saya alami mungkin sama seperti anda semua tetapi ada yang lebih sedih daripada saya. Apabila berita menceritakan tentang kehilangan pesawat ini, hati saya berasa sebak.

Apa-apa pun, jom kita sama-sama mendoakan semua warga MH370 berada dalam keadaan selamat dan mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hati sedih dan pilu hanya mampu diubati dengan memperbanyakkan doa meminta bantuan dan petunjuk daripada-NYA.

#PrayForMH370

No comments:

Post a Comment