Sunday, March 23, 2014

"Gajah Mati Meninggalkan Gading, Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama"

Seperti yang kita ketahui, jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seseorang itu pasti akan diingati. Pepatah "Gajah Mati Meninggalkan Gading, Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama", amat sesuai untuk dikaitkan dengan coretan saya kali ini.

Bermula 5 April 2014, pelajar-pelajar Universiti Malaya, khususnya pelajar Ijazah Pertama, akan memulakan cuti pertengahan semester mereka selama seminggu, iaitu sehingga tarikh 13 April 2014. Pastinya kampung halaman menjadi hala tuju pertama bagi mereka.

Namun begitu, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan menerusi Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) mampu membina semangat kerjasama dan bantu-membantu bagi pelajar dan masyarakat sejagat, terutamanya golongan marhain. Terdapat banyak program OPKIM yang akan dijalankan pada 4 hingga 13 April tersebut, mengikut persatuan dan badan yang menganjurkannya.

Antaranya ialah :

1) OPKIM PERMAS 2014 di Tg. Karang, Selangor.




Begitulah dia, terdapat lebih kurang 6 program OPKIM atau bercorak 'Bakti Siswa' yang akan dianjurkan sepanjang cuti pertengahan semester nanti. Mungkin selepas ini akan ada lagi persatuan-persatuan dan kolej-kolej kediaman yang akan menganjurkan lagi program seperti ini di tempat dan negeri yang lain. Bagi mereka yang berminat, bolehlah terus menghubungi nombor telefon yang tertera di situ. Bagi yang berminat untuk menikmati bayu angin yang bertiup dari laut, bolehlah memilih OPKIM Permata Terengganu sebagai pilihan anda. Bagi mereka yang berminat pula untuk menikmati kejernihan sungai dan keunikan flora fauna, bolehlah memilih OPKIM Jelajah Siswa Pahang, dan manakala bagi mereka yang ingin menikmati kecantikan saujana sawah padi yang luas terbentang, bolehlah memilih OPKIM Kedah. Semuanya ada, dari timur hingga ke barat, dari utara hingga ke selatan. Semuanya terpulang pada anda. Walau apa pun harus kita ingat, di dalam meniti hidup ini, semuanya ibarat, "What you give, You get back".
Selamat beramal semua . 





No comments:

Post a Comment