Thursday, March 6, 2014

Zaman Kanak-Kanak

 Jeng Jeng Jeng

Assalamualaikum

Salam U Malaya Radio

Hye semua

Minggu ni, semua warga kerja UMalayaRadio dah dapat job yang perlu dilaksanakan setiap hari mengikut tugasan yang ditetapkan. Termasuklah juga dee jay K J Bermula minggu ini, saya akan bersama pendengar UMalayaRadio dengan slot Jom Jejak Universiti Malaya atau dikenali sebaga JJUM dan slot Sembang Buku. Untuk slot JJUM, Muiz akan berganding dengan saya dalam menghebahkan aktiviti yang bakal berlangsung di UM.

Zaman Kanak-Kanak

Kenapa saya pilih tajuk ni?

Sebenarnya, nak imbau balik zaman kita masih kecil. Apa yang kita buat ea? Ingat lagi tak? Semalam semasa saya ke udara dengan slot Sembang Buku, saya bersembang mengenai buku yang pernah dibaca ketika kita kecil. Iaitu semasa zaman prasekolah @ tadika dan semasa zaman sekolah rendah. Masa zaman sekolah menengah, semua dah mula membaca buku yang lebih advanced. Hehehe

Masa zaman kecil, kita mungkin sukar nak membaca. Ada juga yang lebih cepat membaca. Sehingga boleh membaca surat khabar pada usia 5 tahun. Kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang, adalah lebih hebat. Sebabnya, ada bayi berusia 18 hingga 24 bulan sudah pandai membaca. Hanya menunjukkan gambar, dia boleh memberitahu nama objek yang ditunjukkan.

Kehebatan budak zaman sekarang kan?

Kemabli kepada topik kita iaitu buku zaman kanak-kanak. Follower twitter ada juga beritahu bahawa buku yang terkenal masa zaman kanak-kanak dulu ialah Dragon Ball, Detective Conan, Anak-Anak Sidek, Red Riding Hood dan banyak lagi. Buku-buku ini sangat terkenal dan dikatakan menjadi ingatan kepada kita semasa zaman kanak-kanak. Walaupun kita dah meningkat remaja, kalau kita jumpa buku-buku sebegini, semestinya kita tidak mahu melepaskan peluang membaca.

Itulah kenangan yang paling tidak dapat dilupakan. Sekarang ni, masing-masing sibuk dengan kerjaya dan pelajaran. Semoga, buku-buku seperti ini tidak hilang di makan zaman yang pesat membangun ini J Kalau dah kahwin dan dah ada anak, cerita kat anak-anak taw. Hehe


No comments:

Post a Comment