Tuesday, March 4, 2014

Perlukah ni?


    Sewaktu cuti semester lepas, adikku mengeluh, " sejarah ni susahlah, long". Nak difikirkan betul juga.
Mana tidak, saya belajar Kajian Tempatan. Sejarah bila tingkatan satu; baru belajar. Adik saya lak belajar dari darjah 4. Kemelut ini melanda terlalu banyak pelajar termasuk rakan-rakan saya sendiri. Masing-masing seronok sakan dengan sains dan mula tak suka sejarah. Saya lak amat bernasib baik kerana memang minat dengan sejarah khasnya sejarah dunia. Benda ni berpunca daripada ayah yang turut gemar sejarah dunia. Dari membaca buku sejarah sebagai hobi, akhirnya bercambah kepada minat.

    Tidak dinafikan, sesetengah sejarah yang dipelajari adalah palsu dan direka sahaja untuk menjatuhkan nama baik seseorang seperti 'Cleopatra'. Dilabel sebagai wanita yang menggadai maruah demi cita-citanya, ianya adalah rekaan penyair Romawi. Malah pelayar Arab mengatakan bahawa Cleopatra ialah wanita yang bijak dalam pentadbirannya dan dicemburui ramai. Begitu juga dengan penggulingan Komunisme di Rusia yang menyaksikan pembunuhan seluruh kerabat diraja Rusia pada era perang dunia pertama. Ada yang mengatakan terdapat seorang puteri yang berjaya deselamatkan seorang tentera Rusia.

    Persoalannya, perlukah sejarah ini? Bagi saya, ia penting sekali kerana elemen pengajarannya. Kita lihat peristiwa yang popular seperti kejatuhan Rusia di tangan Jepun. Negara kecil menewaskan kuasa Eropah. Ini bermaksud, tiada yang mustahil bagi negara kecil. Peristiwa 13 Mei mengajar agar menghormati kaum lain walaupun menang majoriti di pilihan raya. Pembunuhan Gandhi memerlukan kita membuat keputusan bijak seperti pemisahan sebuah negara kepada dua.

    Malah, kita juga dapat berbangga dengan kejayaan etnik masing-masing dan tidak perlu merendah diri.Kaum Melayu berbangga dengan Awang Sulung yang merupakan penterjemah kepada Magellan yang menjadi individu pertama mengelilingi dunia dan Hang Tuah serta empayar Asia Tenggara. Kaum Cina dengan pencapaian empayar pertama dunia,kompas serta tembok besar mereka.Kaum India pula dengan satu-satunya bahasa purba di dunia yang masih digunakan iaitu Tamil, pengenalan angka '0' dalam ilmu matematik, yoga dan ilmu astrologi. Bukankah begitu?

    Pendek cerita, sejarah ni banyak faedahnya jika didalami dengan minat. Langkah kerajaan menjadikan sejarah sebagai wajib lulus SPM perlu dipuji. Namun, isu lain yang timbul ialah belajar untuk peperiksaan sahaja. Sewaktu menempuh alam kerjaya, berapa ramai yang ingat sejarah yang dipelajari dan wujudlah isu yang tidak patut timbul seperti mencabar perlembagaan negara lalu mengacau serta menyusahkan semua pihak melalui perang siber dan demonstrasi haram. Tepuk dada tanya selera.

Salam...

 

 

No comments:

Post a Comment