Sunday, March 30, 2014

KELUARGA

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni Ajiq nak kongsikan mengenai keluarga Ajiq.. Ajiq tahu tak ramai pun yang nak baca or ambik tahu pasal family Ajiq but Ajiq nak jugak tulis pasal diorang sebab bagi Ajiq, keluargalah yang membentuk Ajiq dan buatkan Ajiq kuat untuk sampai ke sini.

First of all, abah Ajiq. Nama abah Wan Razali bin Wan Othman, lahir 3/4/1961. Seorang abah yang sangat pendiam tapi bila dapat berborak dengan dia, memang takkan ada penghujung. Hehe. Ketua keluarga yang sangat tegas. Itu normallah kan. Rasanya semua abah/ayah/papa/bapak/abi kita tegas & garang. Tegas or garang macam mana sekalipun, dalam hati diorang tetap sayangkan kita kan. Standardlah tu. Dia bekerja sendiri.. Seorang yang kuat semangat walaupun pernah dibuang kerja disebabkan ekonomi Malaysia gawat, dia tak pernah berhenti berusaha untuk hidupkan kami semua walaupun dalam kondisi dia yang mengalami penyakit asma yang sangat teruk. Dia pernah jadi buruh. Dan dulu Ajiq pernah malu ada abah kerja buruh but now Ajiq sedar, kalau dulu dia kalah dengan hidup dia, kami takkan berdiri di tempat kami sekarang. Dialah hero Ajiq. Ajiq bangga dikurniakan seorang lelaki yang hebat dalam hidup Ajiq

Mak, ratu hati yang takkan pernah hilang dalam hidup Ajiq. Ajiq sangat rapat ngan mak. Segala benda Ajiq cerita kat dia. Dia pun selalu bagi nasihat, kongsi banyak benda & paling best dia ajar Ajiq masak. Haa. Nama dia Seripah Masnah binti Tengku Abdullah. Lahir 4/5/1963. Dalam banyak2 benda yang Ajiq rindu kat dia, Ajiq rindu nak dengar dia berleter. Haha. Benda tu yang Ajiq paling rindu sekali. Tak tau kenapa. Tapi bila balik kan, dengar dia berleter, buat Ajiq senyum sendiri. Hehe. Mak tauke kuih terbesar kat tempat kitaorang. Hehe. Nak order kuih, call la dia. Apa2 jenis kuih. Karipap ke, donut ke, ketayap ke. Boleh sajo.



Then, abang Ajiq. Wan Hanif Fauzi bin Wan Razali. Lahir pada 26/6/1987. Dah kahwin dah. hehe. Dia ni gila bola.  Biasalah, lelaki. Bagi Ajiq, dia abang yang sangat bertanggungjawab. Dia mewarisi sifat abah, pendiam. Tapi diam2 dia ubi berisi. Kenapa? Dia sangat pandai. Tapi disebabkan kesempitan hidup kitaorang dulu, dia terpaksa berhenti belajar walaupun peluang untuk dia mencapai impian sangat banyak. Bagi Ajiq, pengorbanan yang dia lakukan dekat adik-2 dia sangat besar. Dan dia adalah salah satu sebab Ajiq sambung belajar. Sebab Ajiq taknak sia-2 kan pengorbanan yang dia yg buat dekat kitaorang. Dia tak pernah merungut, tapi Ajiq dapat rasakan yang dia ingin belajar balik. Selain abah, dia hero dalam keluarga kami. Tanpa dia, Keluarga kami takkan berdiri kukuh macam sekarang ni. Thanks a lot bang. :') (gambar dia dengan isteri)



Seterusnya, anak perempuan pertama mak dan abah, Syarifah Hanim Fathinur binti Wan Razali, lahir 4/9/1989. Kakak yang sangat hebat. Sebab apa dia hebat? Mak selalu kata, dia mungkin agak lemah dalam bidang pelajaran berbanding kami yang lain, tapi satu yang dia ada yang melebihi kami semua, semangat untuk buktikan dia boleh berjaya. Dia pernah gagal tapi tu tak memutuskan semangat dia untuk terus belajar, teruskan impian abang sehingga dapat menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sinematografi di UNIMAS. Dia merupakan inspirasi Ajiq untuk terus belajar. Sebab dulu kat sekolah, cikgu selalu bandingkan dia dengan Ajiq. Ajiq pemalas. Haha. Dari situ, Ajiq nak buktikan yang Ajiq lebih hebat dari dia. Tu yang buat Ajiq terus belajar. Walaupun Ajiq berjaya sampai kat sini, Ajiq takkan mampu lawan semangat dia yang langsung tak pernah kenal erti putus asa. Kamek sayang kitak nim. <3 (Baju warna purple kakak I, yang sebelah tu kakak ipar I. Hehe)


Anak ketiga Ajiq tapi tak perlulah Ajiq cerita kat sini. Haha. Nak cerita adik lelaki Ajiq, anak keempat iaitu Syed Hazim Fawwaz bin Wan Razali. Lahir pada 26/1/1999. Jauh beza umur kitaorang. 6 tahun beza. haa. Dia ni sangat aktif dan mewarisi kepandaian abang. Dalam pelajaran hebat, dalam sukan pun hebat. Baru-2 ni wakil Sarawak pergi Perak main basketball. Dulu dia tak boleh kalahkan Ajiq bila main basketball, sekarang hmm. Kalah jugak aku akhirnya. Dia pun agak pendiam tapi sangat suka bertanya. Semua benda nak tanya waema benda kecik. Haha. Dulu kecik2 suka main gusti dengan dia. Waktu dia dapat tawaran ke SBP, Ajiq rasa sunyi sangat kat rumah time tu. nasib baik ada adik bongsu Ajiq. Hehe. Ni kalau dapat balik, Ajiq nak main basketball dengan dia. Sebab tak puas hati kalah haritu. Tapi kalau balik dia bukan ade kat rumah. Haihh.





Adik bongsu Ajiq, Syarifah Hazirah Filzah dan cucu bongsu nenek kitaorang sebelah mak. Hehe. Lahir pada 25/6/2000 (penutup anak-2 mak & abah sebab abang sulung lahir 26/6/1987 kn.haha). Seorang yang sangat manja. Pantang ada salah sikit,mulalah. Tapi tu normallah kan, anak bongsu. So kitaorang dah ok. Waktu dia dapat SBP dulu, makin sunyi Ajiq rasa. Yela, adik lelaki takde, dia pulak nak pergi. Haihh. Dia pandai, dalam adik-beradik, dia sorang je dapat 6A dalam UPSR. Tak tahulah dia ni makan ape. Ajiq sangat rapat dengan dia ni, dan kadang-kadang rindu jugak nak bermanja dengan dia. Tapi sejak dia masuk sekolah berasrama, dah kurang dah manja dia. Yela, orang dah besor. Ajiq suka kacau dia bila dia marah. Sangat comel. Haha.



Last but not least, menantu pertama mak & abah, Sharifah Nurnadirah binti Wan Bagus. Isteri abang dan merupakan orang kuat di belakang abang. Bagi Ajiq, dia sangat baik. Walaupun kitaorang just adik ipar, tapi dia anggap kitaorang macam adik sendiri (sebab dia anak bongsu..hahaha). Dia merupakan perantara Ajiq dengan abang sebab Ajiq agak takut dengan abang Ajiq. Jadi kalau ade pape, Ajiq akan tanya dia dulu. Dia kontra dengan suami dia, dia ni riuh, kecoh, kepoh. Hahaha. Macam Ajiq. Sebab tu kitaorang sangat selesa dengan dia. Lagipun dia dah lama berkawan dengan abang. Sejak dari form 2 kalau tak silap. So dia dengan family Ajiq memang dah kenal lama. Tak susahlah nak bina hubungan dalam keluarga.

Sekarang kat rumah sangat sunyi sebab anak-2 mak & abah semua jauh. Yang sulung dah kahwin, nombor 2 dah kerja, anak ketiga kat KL, anak nombor 4 kat asrama, yang bongsu pun kat asrama. Thanks a lot guys. Tanpa keluarga, siapalah kita. Yang masih ade keluarga, hargai mereka. Bagi yang kurang bernasib baik, anggaplah orang sekeliling anda keluarga yang menyayangi korang. Last, thanks sebab baca coretan Ajiq. Hahaha.. bye~






No comments:

Post a Comment