Saturday, March 8, 2014

UM - Universiti Mahal

Entri ini bukanlah satu penulisan baru saya, sebelum ini saya pernah menulis perkara yang sama ketika membarisi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) sesi yang lepas. Saya terpanggil-panggil untuk kembali menyiarkan perkara yang sama untuk bacaan semua rakan di UM khususnya untuk menjelaskan kedudukan yuran di Universiti ini yang dikatakan TERLALU MAHAL!!!

Pada 11 Oktober 2013 yang lalu, kira-kira jam 6.00 petang ini saya ditemani rakan baik di MPP ketika itu saudari Nuratiqah Jani dan beberapa orang rakan lain telah menghadiri satu sesi perbincangan bersama pihak Pengurusan Universiti untuk membincangkan isu tradisi ini. Berikut merupkan penjelasan yang kami terima hasil daripada perbincangan yang turut dihadiri oleh Pejabat Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat, Timbalan Naib Canselor HEP, Pendaftar dan Naib Canselor:

Menurut Bendahari Universiti isu kenaikan harga yuran bagi pelajar Ijazah Sarjana sebanyak RM800 hingga RM1000 merupakan satu khabar angin yang tidak benar kerana berdasarkan rekod tidak ada kenaikan sehingga jumlah ini. Tan Sri Ghauth Jasmon, Naib Canselor UM ketika itu meminta pelajar yang mengalami masalah ini untuk menampilkan diri supaya dapat menyelesaikannya kerana mungkin berlaku kesilapan.

Tan Sri Ghauth Jasmon, Mantan Naib Canselor UM dan
Dr. David, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UM


YURAN ICT:

Ramai pelajar yang masih tidak jelas dengan caj yuran ini. Ianya bukan untuk penggunaan wifi semata-mata. Mungkin ada yang belum tahu para pelajar UM dapat muat turun pelbagai perisian ORIGINAL dari portal pelajar. Antaranya ialah Windows 8, Microsoft Office dan banyak lagi dan ianya ORIGINAL. Harga yang dikenakan untuk yuran ICT lebih rendah berbanding dengan pelajar membeli sendiri perisian tersebut di pasaran luar.


Dalam hal ini pelajar perlu mengambil tahu dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak universiti kepada pelajar sebelum membuat perbandingan.

Kepada pelajar yang mengalami masalah perkhidmatan wifi saya sering nasihatkan agar membuat aduan di saluran yang betul iaitu dengan menggunakan laman helpdesk.um.edu.my kerana pihak PTM akan sentiasa memandang penting aduan yang dibuat. Saya sendiri secara individunya telah banyak membantu rakan-rakan yang mengalami masalah wifi terutamanya di Kolej Kediaman dengan berhubung terus dengan PTM. 

MASALAH PELAJAR KURANG BERKEMAPUAN:

Sekali lagi hari ini YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Tusof, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar menyatakan harapnya agar semua pelajar yang tidak berkemapuan atau kurang berkemampuan serta mengalami masalah kewangan untuk memohon zakat yang disediakan di Tabung Kebajikan Pelajar di HEP. Pelajar berhak untuk membuat permohonan pada bila-bila masa sahaja. YBhg. Datuk sendri bersama pegawai-pegawai di HEP telah mendapatkan banyak sumber zakat untuk disalurkan ke Tabung Kebajikan Pelajar ini untuk memastikan kebajikan pelajar terpelihara.

YBhg. Tan Sri Ghauth Jasmon, Naib Canselor UM ketika itu telah berjanji akan membantu siapa sahaja pelajar UM yang mempunyai masalah kewangan. Apa yang penting ialah pelajar tersebut perlulah menyampaikan maklumat tersebut menggunakan kaedah yang betul kepada pihak pengurusan universiti.

Saya pasti ada ramai pelajar yang masih belum tahu tentang kewujudan tabung ini. Saya menasihatkan rakan-rakan untuk berkunjung ke HEP untuk mendapatkan info-info kebajikan pelajar termasuklah tawaran tajaan pengajian yang diiklankan.

INFO TAMBAHAN:

Bendahari UM juga menekankan secara purata kos untuk menampung keperluan pengajian bagi seorang pelajar di UM mencecah RM25,000. Namun pelajar hanya perlu membayar sekitar RM8,000 (secara purata) bagi menyelesaikan pengajian. Wang yang selebihnya digunakan dari peruntukan kerajaan termasuklah penjanaan wang UM sendiri untuk para pelajarnya.
YBhg. Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar


ANNUAL DINNER COLLEGE:

Ini merupakan isu yang sentiasa bermain di peringkat Kolej Kediaman dan biasanya Pengetua-pengetua Kolej Kediaman serta para JTK akan dipersalahkan terhadap caj yang dikenakan. Tinggi? Ya, memang tiggi. Namun para pelajar harus sedar bahawa caj yang dikenakan hanyalah untuk mebiayai kos makanan di hotel tersebut sahaja, selebihnya telah menjadi satu ketetapan untuk JTK dan ahli komuniti jamuan tersebut mendapatkan tajaan dari luar.

Mengapa perlu pergi ke hotel kenapa tidak di Rumah Universiti sahaja? Pada tahun-tahun sebelum ini ada Kolej Kediaman yang meraikannya di Dewan Tunku Canselor termasuklah Ruma Universiti namun ada pula pelajar yang bising dengan tindakan Kolej Kediaman. Jadi hotel yang bertaraf tinggi menjadi pilihan kerana itu sahajalah saat yang paling indah untuk para pelajar meraikannya memori terindah bersama rakan-rakan di Kolej Kediaman. Tambahan YBhg. Datuk Rohana, ini juga merupakan peluang untuk pelajar mempelajari cara serta tata tertib menghadiri majlis-majlis di tempat yang eksklusif. Ianya juga sebahagian dari latihan kepada mereka secara tidak lansung sebelum menempuh alam pekerjaan profesional.

Timbul pula isu pelajar mengalami masalah kewangan untuk pergi? Untuk pengetahuan semua sekiranya pelajar mengalami masalah kewangan untuk pergi menghadirinya, tidak menjadi satu halangan kepada pelajar. Pelajar bolehlah menulis kepada Pengetua Kolej Kediaman untuk memohon pengecualian dari menghadirinya dan tidak dicaj dari yuran tersebut. Pengetua Kolej Kediaman seterusnya akan mempertimbangkannya dan membuat keputusan sewajarnya. Malah sebentar tadi YBhg. Datuk Rohana menyatakan harapannya agar semua pelajar dapat menghadiri Annual Dinner ini kerana beliau mahu pelajar menerima impak dari majlis tersebut secara lansung mahupun tidak lansung. Malah beliau berjanji sekiranya ada syarikat atau individu yang mahu meberikan bantu untuk menaja pelajar yang kurang atau tidak berkemampuan untuk menghadirinya beliau akan salurkan maklumat tersebut.

Puan Haliza Haron
Bendahari Universiti Malaya


PELAJAR MASIH BERHUTANG:

Sekadar ingin berkongsi dan memupuk kesedaran bersama, untuk pengetahuan semua hingga hari ini jumlah hutang yang masih tertunggak di kalangan pelajar yang telah tamat pengajian di UM berjumlah RM36,000,000!!!

Kepada mereka yang masih berhutang saya ingin menyeru kalian agar membayar kembali hutang tersebut kerana ianya adalah tanggungjawab anda! Pihak universiti terpaksa membelanjakan sebanyak RM800,000,000 untuk menanggung kos operasi universiti bagi pada setiap tahun!

Come on guys!!! Bayar balik hutang!!!

No comments:

Post a Comment