Sunday, March 23, 2014

Ada Hikmah Rupanya

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger...

Apa khabar kalian di hujung minggu. Pasti ada yang mengambil masa untuk berehat dan keluar melepaskan tekanan. Hahaha. Apa-apa pun Selamat Berhujung minggu la ye.

"Ada Hikmah Rupanya"? Sempena keputusan STPM yang baru saja keluar beberapa hari lalu, Lee nak ceritakan sikit la pasal mulu-mula nak masuk universiti dulu.

Sebenarnya, Lee dulunya tak tahu pun UM ni apa? Ingatkan universiti biasa saja. Jadi, pada Borang UPU tu, Lee isilah UiTM untuk bidang Animasi & Teknologi Skrin. Dalam borang tu ada dua bahagian. Bahagian satu untuk universiti penyelidikan (Lee tak tahu pun apa benda tu masa tu). Bahagian kedua untuk universiti biasa. Semua Lee isi untuk bidang multimedia. Cuma bahagian satu tu, Lee tinggalkan kosong sebab tak tahu nak pilih apa. Tapi, cikgu suruh juga penuhkan. Lee pun isikan saja tanpa berfikir.

Bila saja keputusan keluar, Lee rasa macam nak nangis sebab tak dapat UiTM untuk bidang Animasi dan Teknologi Skrin tu. Lee dapat UM. Tapi, dengan "fikir positif je la", Lee masuk juga ke UM.

Kalau nak tahu kisah lanjut tentang hal ini, KLIK SINI.

Tapi bila masuk sini. Lee dapat banyak peluang yang Lee tak sedar. Lee dapat macam-macam dengan menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di sini. Di mana Lee sendiri tak sangka dapat peluang seperti itu.

Jadi cukuplah untuk minggu ini. Lee harap, yang mana dapat peluang tu, jangan lah lepaskannya.

Sekian~

#PrayForMH370 #DoaUntukMH370

No comments:

Post a Comment