Thursday, March 6, 2014

Tak Kenal , Maka Tak Terbit Ukhwah Kita :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Acapkali kita mendengar, tak kenal maka tak cinta. Hakikat sebenar dalam mencipta ukhwah, kita perlukan keikhlasan dan kejujuran. Selama dua semester saya berada di bawah UMalaya Radio, mungkin ada di antara kita masih lagi tidak bertegur sapa , apatah lagi beramah mesra.

Maka dengan coretan ini, saya harap agar dapat mengikat tali ukhwah sesama kita dan pendengar di luar sana. Bukan niat untuk membanggakan diri, sekadar untuk berkenalan dan berkongsi serba sedikit tentang latar belakang saya sendiri.

Nama diberi Saiful Anwar Bin Abdul Rani, dan kini menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah Dan Undang-Undang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sebelum ini saya menuntut selama empat semester di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Cawangan Nilam Puri, Kota Bharu. 

Kini menetap di Puchong, Selangor bersama keluarga tercinta. Kampung halamanku pula di Kg.Salor, Pasir Mas. Sep kito jange pecoh! Nenek saya sendiri berdarah keturunan Cina, dan telah memeluk islam sekian lama dahulu. 

Saya amat meminati untuk mempelajari bahasa. Sewaktu di Kelantan, saya telah mengikuti pengajian Bahasa Arab , Bahasa Mandarin (Kong Zi Institute) dan Bahasa Thailand. Hobi saya adalah suka berjalan dan berlari. Hampir setiap bulan saya akan mengikuti program larian atau marathon, antaranya yang telah saya sertai, Penang Bridge Marathon 2013 sepanjang 42.195KM dan BSN Putrajaya Night Marathon sepanjang 10.00KM dengan trek berbukit. "Pancit jugak lah!"

Namun, kata orang, selagi minat, no problem! Saya juga amat cenderung untuk mengembangkan bakat dalam perdebatan, sejak sekolah lagi. Yang terbaru, saya telah mewakili Universiti Malaya dalam Cabaran Debat Muda (CDM) 2014 di UTP Perak - Semi-Finalist, dan Debat Terbuka Astar 2013 di Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya. Untuk membina karier sebagai seorang peguam satu hari nanti, saya perlu mengasah bakat dari sekarang ... InsyaAllah...

Sebagai penutup nukilan ini, nasihat saya kepada semua agar terus berusaha dalam hidup dan jangan pernah sesekali berputus asa. Ujian dan dugaan yang menimpa sebenarnya menguji tahap kesabaran dan kekuatan kita. "Kadang kala kita mengharapkan matahari, namun Tuhan turunkan hujan. Tanpa kita sedari, selepas itu, Tuhan hadiahkan kita pelangi". Norma kehidupan, "Langit tak selalu cerah, kadang kala kita di bawah , kadang kala kita di atas". 

Semoga semua terus sukses. Dan yang paling penting, teruskan mendengar UMalaya Radio. Support our campus radio! Rentak Informasi Terkini....

No comments:

Post a Comment