Sunday, March 9, 2014

NurKilan.Tulisan.Luahan.Kompilasi

SATU


Minggu ini agak kalut sedikit.

sebenarnya, aku yang rasa terlalu kalut.
banyak benda aku tak setel.



tapi, bagi aku minggu ini aku puas.
walau banyak yang tak setel, aku berjaya.
banyak yang aku pelajari.
sangat banyak sebenarnya.
kalau cerita sampai esok pon belum tentu sudah.

aku banyak mengenal manusia.
aku banyak mengenal akal.
aku banyak mengenal rasa.
sebenarnya terlalu banyak aku kenal.
kadang-kadang rasa macam tak kenal.

aku banyak tahu sudut pandangan.
aku banyak tahu sudut pemikiran.
aku banyak tahu sudut pengucapan.
aku banyak tahu sudut penilaian.
sebenarnya terlalu banyak aku tahu.
kadang-kadang rasa macam tak tahu.

aku banyak melihat.
aku banyak berfikir.
aku banyak bercakap.
aku banyak menilai.
aku banyak mendengar.
sebenarnya banyak yang aku buat.
kadang-kadang rasa macam tak buat.

aku bukannya pandai membidas kata.
aku tak reti pun nak melawan.
sebab aku tak tahu.
tapi sebenarnya aku tahu.
cuma aku taknak.
tak nak kerana aku tak mahu melihat perbalahan ini berpanjangan.

akhirnya,
aku berserah.
aku pasrah.
aku menyerah.
tidak lupa juga aku bersyukur.
ALHAMDULILLAH.
masih diberi kesempatan berkongsi nikmat.
DARINYA AKU TERJADI, KEPADANYA AKU KEMBALI.
IN SHAA ALLAH.
ALLAHUAKHBAR.





DUA



Berkongsi rasa.

kadang-kadang rasa bersalah.

Berkongsi cerita.
kadang-kadang tak pasti kesahihannya.

Berkongsi Pandangan.
kadang-kadang pandangan itu kabur.

Berkongsi cinta.
Orang kata cinta itu BUTA.

orang dah BUTA.
Kenapa cinta yang disalahkannya?

Aku berhati-hati dalam bicara.
Terlalu berhati-hati.
Sampai kurasa kalau luah nanti MATI.




TIGA


Kau kutuk bangsa Aku 

Kau kutuk negara Aku
Tapi Kau masih PIJAK kat tanah Aku.

kau tak suka bahasa Aku
kau tak suka budaya Aku
tapi Kau masih MENUNTUT ilmu 'Aku'.

Kau mengkeji cara warga Aku
Kau mengkeji percakapan warga Aku
tapi Kau masih BERHARAP kepada warga Aku.

Kau tak pernah bersyukur sebab Kau diberi peluang ada di sini.
Kau tak sedar Kau dah diberi banyak kelebihan ada kat sini.
kerja Kau hanya MERUNGUT sepanjang masa.
TAK PERNAH Kau nak SEDAR yang Kau sangat BERUNTUNG!

KALAU KAU TAK SUKA, SILA KELUAR!
AKU MENGALU-ALUKAN KAU UNTUK KELUAR!
AKU DAH TAK SANGGUP LIHAT CARA KAU!
KAU MENGKEJI, MEMAKI, MENGHINA, MENGUTUK, MENCACI!!!

OK, Aku hanya perlu per-SETAN-kan Kau.
Karena kau tidak meng-UNTUNG-kan Aku.


Tiga rasa yang berbeza sewaktu aku nurkilankan penulisanku ini. Ianya hanya cetusan minda aku.
ianya hanya cara untuk aku mengekspresikan diri aku.
Ianya hanya cara untuk aku meluahkan rasa aku.

No comments:

Post a Comment