Monday, March 3, 2014

PUAS. Ini AKU.

Salam dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Sihat. Hati2 ya, skrg musim panas. jerebu pun dah melanda negara kita. Banyakkanlah minum air. Biar sihat. Hari ni baru hujan, alhamdulillah. sejuk sikit badan kita. Ok, sebenarnya Aepy nak ckp tentang KEPUASAN. Semalam baru selesai Karnival Teater Universiti Malaya untuk edisi tahun 2014. Keputusan yang diketahui pun ada kejutannya dan ada yang sudah dijangka. Ketepikan tentang penjurian, kerana juri yang menilai dan menentukan siapa yang layak menang, dan mereka adalah dari golongan profesional. Tentang KEPUASAN yang Aepy maksudkan ini adalah, kerja kreatif akhirnya berbayar dengan satu penghargaan. Tahniah kepada team production KELAKAR dari KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA yang membawa produksi teater RATU MALAM yang mendapat tempat KE3 sekali gus mengekalkan trofi PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK untuk dua tahun berturut2, tidak dilupakan juga kpd PELAKON HARAPAN LELAKI TERBAIK, dan juga team production yang menang ANUGERAH BUSANA DAN TATARIAS TERBAIK. U all mmg awesome. Tentang kolej2 dan anugerah lain, tak perlulah nak diperkatakan, dan hanya dengan ucapan tahniah kpd pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan. Simple dan easy. Jgnlah ada yg bermasam2 muka, berdendam, tak elok, sebab ini adalah kerja kreatif yang subjektif dan dinilai dari pelbagai aspek. Kerja berteater ini sebenarnya memanusiakan MANUSIA. Bukan mudah untuk mendapat penghargaan daripada juri kerana ianya adalah hasil usaha dan penat lelah peluh kreatif yang ikhlas dalam menghasilkan produk persembahan iaitu teater bagi tontonan khalayak. Tahniah sekali lagi kepada team production RATU MALAM. Mengenai malam penutup yang sgt meriah semalam, mmg betul2 membuatkan diri ini PUAS. Mana taknya dengan jeritan, laungan dan sorakan, diselangi dengan tarian persembahan selingan, membuatkan segalanya gembira kerana KEPUASAN yang berbayar. Apa pun, TAHNIAH dan Aepy akan merindui mereka2 itu, Akhir kata, selamat semuanya. Kalau itu pengakhirnya aku terima. Selamat tinggal KARVITERUM2014. Ada masa kita bersua lagi dalam memori dan kenangan yang cukup INDAH.


Gambar yang diambil oleh Fotografer KARVITER UM 2014, di Auditorium KPS. Kelihatan KEPUASANNYA disitu. Ini AKU. Thanks :)




No comments:

Post a Comment