Tuesday, March 4, 2014

~ Rest in Peace #izat ~

Salamesrabadi..

Tatkala unggas berkicauan dan tatkala bulan menerangi malam, jiwa ini terasa terusik dan terdetik untuk mengungkapkan coretan tak bernada. Saat ini semua makhluk di buai mimpi indah dan saya masih menatap sang bulan yang indah. Bulan yang indah itu seakan akan setia menemani saya walau apajua yang berlaku. Tetap menjalankan rutin hariannya untuk kita. Untuk merasai nikmat terangnya malam walau kadangkala kelam.

Bulan yang indah itu tetap setia berada di langit  sana dan tidak akan berganjak sesaat pun daripada paksinya. Walau bagaimanapun pengguna nya Bulan tetap di situ. Tidak akan pernah hilang. Tak akan.




Bulan berbeza dengan kita. Bulan setia dan tak akan hilang. Tetapi kita akan hilang dan jarang sekali yang setia. Kehilangan adalah lumrah dunia yang kita sendiri tidak dapat canangkan baik dari segi bila dan bagaimana cara kehilangan itu. Kehilangan orang yang tersayang dalam kehidupan adalah suatu kewajipan. Hanya cepat atau lambat sahaja dan kita sebagai pelakon dunia hanya mampu bersedia untuk menghadapi hari itu.   

Bulan berbeza dengan kita. Saat si awan menutupi cahaya sang rembulan, Bulan itu masih berusaha untuk menyinari kita walaupun sedikit kelam. Berbeza dengan kita, sekiranyanya orang yang kita sayang hilang, ia terus pergi tanpa meninggalkan kata sedang dan pergi dan pergi tanpa menoleh ke belakang. Kehilangan yang sangat perit untuk di telan tetapi terpaksa di telan perlahan -lahan. 

Bulan berbeza dengan kita. Bulan sentiasa berada di atas sana dan terus memerhati tingkah kita tanpa jemu. Tapi kita? Sekali orang yang kita sayang hilang, maka tamat lah segala senyum tawa dan canda gurau. Semua seolah-olah mati dan tidak bernyawa lagi. Kehilangan mu mengubah segala-galanya.

Mengapa kamu tidak menjadi seperti Bulan? Mengapa kita tidak menjadi persis Bulan? Mengapa kalian tidak menjadi seperti Bulan? Yang senantiasa ada bersamaku saat aku memandang ke atas? Mengapa? 

________________________________________________________________________________


Lembaran ini istimewa untuk Izat Yuan yang telah meninggalkan rakan-rakan UMalayaRadio termasuk saya yang selalu kacau hidup dia dulu. Asyik-asyik "Izat, mana tetamu Persatuan ni?", "Izat, macam mana nak buat surat jemputan?", "Izat, mana nak dapat senarai badan pelajar?", "Izat, En.Saiful tu garang tak?".. hmmm..i will miss you my dear. 

Walaupun perkenalan kita tak lah seagung mana tapi awak banyak bantu saya dalam organisasi UMalayaRadio. Saya doakan awak berjaya dengan apa yang awak pilih dan saya cuba bermimpi agar awak kembali dalam organisasi. Dan sekiranya mimpi saya  menjadi kenyataan hanya dalam mimpi saya tak bercadang untuk bangun dari mimpi saya. Saya akan teruskan lena saya. Semoga awak di sinari cahaya gemilang ~

:'(  "Nana, kalau nak berjaya kita tak boleh ikut orang" - IZAT YUAN





No comments:

Post a Comment