Thursday, March 27, 2014

Larian Gegar For Agathians 2014



Pada 4 Mei 2014 (Ahad), Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah akan menganjurkan sekali lagi Larian Gegar yang sangat popular di Universiti Malaya. Namun Mei ini, Larian Gegar akan muncul dengan corak baru, yang dinamakan "Larian Gegar for Agathians". Dengan membawa motto "Let's Run for the Agathians Kids", setiap peserta akan berpeluang untuk mendapatkan t-shirt, goodie-beg. Bukan itu sahaja, finisher medal dan sijil penyertaan juga menanti anda, untuk peserta 10KM bagi mereka yang menamatkan larian.





Agathians Shelter, Petaling Jaya telah dipilih untuk menjadi rumah amal kebajikan Larian Gegar for Agathians 2014. Alangkah gembiranya hati melihat anak-anak di sana turut senyum , senda dan tawa, seperti kita.








Jika anda menginginkan medal seperti di sebelah ini, bolehlah sertai Larian Gegar ini dengan jarak 10KM. Finsiher medal ini boleh dicantum-cantumkan dengan program Larian Gegar yang akan dianjurkan pada lain masa nanti. Medal ini telah diilhamkan oleh Elitkraf Sdn Bhd.





Poster di sebelah ini telah tercatat hari dan maklumat mengenai Larian Gegar. Namun, harga istimewa untuk pelajar Universiti Malaya ! Bagi pelajar UM yang berminat untuk menyertai Larian Gegar, anda hanya perlu membayar RM10 sahaja (tetapi hanya untuk 400 pelajar yang pertama mendaftar) ! Bagi pelajar UM, bolehlah mendaftar di [https://www.facebook.com/lariangegar]

Cepat daftar! Pendaftaran akan ditutup pada 31 Mac 2014 ini. First come first serve!

Bagi orang awam, bolehlah mendaftar di www.myraceonline.com dengan harga RM45 untuk 10KM dan RM40 untuk 5km.

Apa yang paling bertuahnya, Dr. Nahrizul Adib Kadri, Felo Penasihat, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah , merangkap penasihat Larian Gegar for Agathians 2014, telah menaja seorang warga kerja UMalaya Radio untuk berlari ! Terima Kasih Dr.!


Cepat daftar! Pendaftaran akan ditutup pada 31 Mac 2014 ini. First come first serve!
Jom sama-sama kita memeriahkan Larian Gegar for Agathians sambil membuat amal kebajikan kepada Agathians ! Marilah sama-sama kita jalani kehidupan yang sihat dan proaktif ! Majulah sukan untuk negara ! JUMPA ANDA PADA 4 MEI 2014 DI LARIAN GEGAR FOR AGATHIANS!






No comments:

Post a Comment