Saturday, March 22, 2014

Hidup Kena Yakin!!



"Yakin pada diri sendiri!!” 

Ayat nie sebenarnya harus ditanam dalam diri setiap seorang daripada kita. Kalau kita tak yakin dengan diri kita sendiri, macam mana orang lain nak percaya pada kita, betul tak? 

Haaa... Jadi, hari nie Cda nk share something dgn korang semua.. Sebenarnya semua nie lebih kepada motivasi untuk diri sendiri jugak laa.. Hehehe..
So.., jom korang, kita baca sesame! :D


1. Bina Prinsip Hidup yang Mantap
 Antara prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah: 
  • "Saya yakin saya boleh!"
  • "Dapat mencapainya kerana kemahuan tahap gaban."
  • "Yakin kerana cemerlang persiapan!"
Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang positif lagi mantap untuk menyuburkan keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam kehidupan anda.


     2. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat Anda
     Mempunyai matlamat yang jelas memang amat penting untuk meningkatkan     
     keyakinan diri. Namun, tanpa perancangan atau pelan tindakan untuk mencapai kejayaan,   
     sesuatu matlamat hanya akan menjadi angan-angan yang mungkin sukar untuk dicapai. Dengan
     mempunyai pelan tindakan dan persiapan jitu iaitu memikir, merancang dan melaksanakan
     bagaimana dan bila setiap matlamat anda mesti dicapai, keyakinan diri anda akan menjadi lebih
     mantap dan ini akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan
     dengan lebih cemerlang serta mungkin lebih awal. 


     3.Tetapkan Matlamat Hidup Anda
     Matlamat adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju dan meningkatkan    
     keyakinan diri seseorang. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup seolah-seolah meniti
     kehidupannya dalam keadaan samar, kabur yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan
     kehidupannya. Bak kata orang, macam menyelusuri jalan yang kelam.

     Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup anda sejelas yang mungkin agar anda akan dapat meniti  
     kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur. Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat
     hidup yang jelas anda akan menjadi lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai
     kejayaan kehidupan anda.

Do it, Do it, Do it!!

Sekian, bubyeeee sume!!! Selamat membaca yaww!!^_^



No comments:

Post a Comment