Wednesday, March 12, 2014

Mahkamah, MH370 dan Jerebu


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.

Untuk minggu ini kita digemparkan dengan pelbagai berita. Kesemua berita ini diterima dengan hati gembira, sedih dan pilu.

Macam-macam perasaan orang menerima berita tersebut. Pertama, keputusan mahkamah (semua tahu kan? Tak perlu la sebut disini). Kedua, kehilangan MH370. Ketiga, jerebu teruk.

Apa yang paling popular dikatakan adalah kehilangan MH370. Lebih kurang 48 000 000 keputusan ditemui dalam enjin pencarian Google. Pelbagai spekulasi dibuat.

Apa pun, kita doakan agar penumpang dan anak kapal selamat dijumpai. Al Fatihah.

Lee tak nak cakap banyak di sini, nah nukilan semasa kehilangan MH370 tempoh hari.


Mac,
Bulan ketiga buat tahun ini,
Tahun 2014 yang penuh cabaran,
Makin besar dugaan yang mendatang,
Makin kuat propaganda dimainkan,
Makin hanyut manusia dibuai mimpi.

Kita makin tua,
Usia semakin dekat dengan kematian,
Namun, kita masih lupa,
Kita masih apla dek kedaifan minda,
Kita masih di takuk lama.

Ada agenda dimainkan,
Keputusan mahkamah dipolitikkan,
Manusia saling menyalahkan sesama sendiri,
Kerana seorang manusia kita bermusuh,
Kerana seorang manusia kita berpecah,
Bila politik terus menjadi pegangan,
Ramai yang lupa takdir yang ditentukan.

Mereka tidak pernah cuba untuk berhenti,
Malah terus menyalahkan,
Terus menyalahkan tanpa usul periksa,
Sehingga lupa untuk berdoa,
Sehingga lupa tanggungjawab mereka.

Kehilangan pesawat ditangisi keluarga,
Juga rakyat murba,
Ada juga yang terus hiba,
Ada juga yang mengubah cerita,
Ada juga yang buat selamba.

Kehilangan pesawat terus dicari,
Terus juga dipolitikkan,
Mereka membuat cerita palsu,
Tanpa menghiraukan keluarga mangsa,
Mereka menunding jari tanpa arah,
Tanpa memahami perasaan keluarga mangsa.

Terus berdoa dan mendoakan,
Lebih baik dari bercerita yang bukan-bukan,
Hentikan permainan politik meloyakan,
Kasihanilah kepada mereka yang merasakan,
Kembalilah ke pangkal jalan,
Lihatlah diri kita sebelum dibetulkan.

oleh :  
Adli Shinichi
8 Mac 2014, 8 malam
Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin

p/s : #PrayForMH370 #PrayForMH370 Allah, tolonglah saudara-saudara saya dalam penerbangan itu. Keselesaan hati ahli keluarga, Amin ..

No comments:

Post a Comment