Sunday, April 27, 2014

TAK LAMA LAGI!!!!!

hai salam semua, salam 1 malaysia, salam sikit? hahaha. okay hari ni adek maneh bangun awal la sikit sebab nak buat assignment, tetiba dapat mesej dari CELCOM! haaa dia cakap Happy Birthday! hahaha. okay suka sangat! haha, awal nooo celcom menghantarnya haha. tak lama lagi adek maneh akan forever 21! haa suka sangat! april !!! HAPPY BIRTHDAY TO ME! haa awal tuh ucap untuk diri sendiri tu hahaha.
 haaa besar pink dia hahaa. okay lah korang, adek maneh nak buat assgnment ni haa, belambak tahu. dalam 1 hari dapat 3 tau so nk buat ni haa. apa apa pun, sesiapa yang lahir bulan april selamat hari jadi adek maneh ucapkan, KITA GENG! HAHAHAH okay tatattata :P

Thursday, April 24, 2014

Ragam "melayu"

Hai semua...kali lini aku nak share ckit pasal ragam oramg melayu..yes,i am a malay also but i am so disgusting with their attitudes..common,please lah respect yr own race..hahaa..intro bapak hang aku bagi..
Aku tahu mesti korang pelik bila baca tajuk yang tertulis.sebenarnya,aku tengah sentap dengan segelintir manusia kat malaysia nie..ni bukan nak kutuk kaum sendiri tapi buat apa pulak aku nak tegakkan benang yang basah sedangkan aku berhak untuk bersuara yang tak..

Alkisahnya,pada suatu hari aku pergi ke klinik kesihatan untuk buat check up pasal masalah kesihatan yang aku hadapi..sakit apa?..heh..rahsia ok..so,standard lah kan bila pergi klinik kena daftar dulu..so,aku dengan muka coolnya pergi letak kat kat dalam bakul tapi tiba-tiba ada abang ni tegur..
"Dik,bak sini terus lah..biar abang daftarkan terus"
Aku apalagi terus on je.."ok,bang"..so,kitorang tunggu lh kat depan kaunter tu..tunggu punya tunggu dah dekat 2 jam..tak tahan dowh n aku pergi tanya kat kaunter bila nama aku nak panggil nie tapi boleh pulak nurse melayu kat kaunter tu tengking aku.cantik gila bahasa..
:woi,budak..mana kau letak i/c kau hah. ke kau nie buta huruf tak reti nak baca orang suruh letak i/c dalam bakul lepas tu tuduh aku yang hilangkan..banyak cantik muka kau"..

eh..terkedu aku..aku tanya je pun takkan kena marah..baru nurse kot...ok,sabar lini ...cool..aku cakap elok-elok diorang tengking..memang cari penyakit ngan aku lah nie..then,aku pun kasi ayat nie kat geng2 nurse yg sound aku..
" Maaflah kalau kata-kata saya ada mengguris hati nurse2 sekalian tapi setahu saya saya sebagai pesakit kena dilayan secara berhemah..tapi takpelah mungkin makcik2 sekalian dah penat kerja kat sini..nanati saya tolong ajak semua pesakit yang menunggu rawatan isi borang aduan ye...so,nurse2 blh kerja kt kampung orang asli..haa,kat sana orang x ramai sangat tapi b### banyak..sesuai lah ngan perangai nurse2 yang perangai macam b### nie ye" .hahaa,padam muka nurse2 yang berlagak tu...kang dah kena..aku tak faham lah cakap je lah elok2..tahulah diorang tu kerja kerajaan..aku student ag time tu...teruk2..ngan bangsa sendiri pun berlagak tapi kenapa nurse2 non malay yang aku jumpa bapak baik..siap senyum ikhlas lagi..nurse2 melayu bukan senyum tapi ditengkingnya aku..

2nd insiden..kat satu pejabat..aku lambat hantar borang apa ntah ..tapi pentinglah..so,aku pergi pejabat dia..aku tanya je pun..tapi ntah knpa akak kerani yang muka macam asamm keping tu marah aku..I just voice out want are in my mind..Only that...baru jadi kerani dah berlagak..patutlah Allah bagi kau kerja kerani je sebab kalau akak ni jadi manager..confirm sombong gila...

The moral of the story is,pleaselah kita kan sebangsa..respectlah satu sama lain..apa yang susahnya..zaman bila bangsa kita nak maju kalau perangai "cantik" macam nie...bukan nak kutuk apa tapi harap sangat yang kurangkan kesombongan..bersyukurlah ngan nikmat ynag sedikit tu..Aku tak faham kenapa dengan cikit je nikmat ..dah nak berlagak..come on lah...bila nak maju macam nie....

Ok lah..terlebih pulak nie..kalau ada yang terasa mintak maaflah..tak sengaja...#sama-samalah kita muhasabah diri kita..bye2..assalamualaikum..





Tuesday, April 22, 2014

AIR !

HAI semua, cerita nye sekarang AIR! air itu rahmat, air itu bla bla bla lah. haaa, bagi adek maneh sekarang, AIR itu PERLU! perlu sangat you all. adek maneh rasa stress tak ada air. tengah fikir mcm mana lah kalau nak terkucir kan? haaalahai kalau parit ada tak mengapa kan, boleh melepas kat situ je haha. ini tengah bandar you all. dengan tangki bergerak tak marinye haa takut ah. tak ada elektrik waktu siang takpe. boleh lah class batal! hahahah. hmm korang jimat jimat eh tau tau? hahaha    haa tengok gambar kan, rasa mcm nak telan nak mandi semua kan kan? risau tau sebab adek maneh punya kolej selalu ada air ni tak ada pulek haa takpelah, baru fair kan? ha tak gitu kau? hahaha. sayangilah air kita. catuan air tetap di hati ;) kepada para wanita yang ehem ehem tu, mesti korang rasa terbeban kan? kesian wehh. adek maneh faham tahu haaa gituu :) jimat okay! JIMAT!

Friday, April 18, 2014

"Air"

Hi semua..ok,minggu nie aku nak share ckit 'seksa' yang aku hadapi sebab tak ada air......

alkisahnya bermula selepas cuti mid sem..Aku dengan semangatnya datang Um..ialah kan dah seminggu holiday kat kampung,rindu gila kat kawan-kawan aku..ok,sebenarnya masa kat kampung adalah terdengar ura-ura tak ada air kat sekitar lembah klang tapi bukan KL!!..aku memang tak boleh terima lah isu tak ada air nie sebenarnya..hahaa..esoknya,hari isnin,kelas dah start..so,,pukul 9 aku bangun..entah tetiba nak bangun awal...bapak terkejut bila tak ada air langsung kat kolej..aku pun try r pergi food court..ye lah,mana tahu ada air tapi wassalam..setitik pun tak keluar..okk..relax lini,relaxx..benda yang terlintas dalam kepala aku ialah"kps"...so,aku ambik segala peralatan mandi  n jalan pergi kps utk mandi..haha,macam pelarian dah..mencari air..sampai2 kat kelas..kaw,kaw kena bahan...boleh plak ada yang tanya:
"lini,kau mandi ke x?"..hello,aku mengembara ke kps semata-mata untuk mandi tau..ada jugak yang tanya aku baru sampai ke?..ye lah,mentang-mentang aku bawak dua beg...alhamdulillah,malam tu ada air..boleh mandi dengan gembiranya...yahooo!!!

'ku sangka panas hingga kepetang tapi rupa-rupanya hujan di tengah hari'...hari rabu air x ada langsung.nasib baik aku sempat tadah air..so,blh lah buat mandi..then,malam tu aku ngan roomate aku pg mid valley semata-mata nak beli air..macam ni lah rupanya


haha..yang tak boleh blah pak cik teksi tu punya soalan..
"dik,kat um pun tak ade air k?,ko mandi pakai air mineral ke dik?.."..ye lah pak cik redha je lah..ni pun sebab paip kat mahsa yang pecah..aku pun tak tahu lah apa diorang buat dengan paip tu sampai pecah..boikot mahsa kt sbb yuran mahal sangat...sejujurnya,ni lah first time aku mandi ngan air mineral sepanjang aku hidup..masa zaman sekolah dulu memang lah ada masalah air tapi apa guna sekolah depan masjid..ye x?...Tapi kan yang aku paling tak puas hati bila ada manusia yang pengotor..guna toilet tak reti..tak tahu nak respect orang lain langsung..dah lah x ada air skrg nie...berangin betul lahh...

so,kesimpulannya kat sini tolonglah semua warga um ni beri kerjasama..janganlah bila dh ada air ckit..mandi setengah jam sorang..aku pun mandi tak sampai 5 minit sebab fkir orang lain pun nak mandi...kitakan hidup dalam kelompok masyarakat yang ramai...samalah kita menjimatkan penggunaan air bila air ada penat dah ulang alik pg kps sebab nak buang air besar+mandi...

bye2..semua..wassalam..


Thursday, April 17, 2014

Story Of My Life!

salam semua, mesti rindu adek maneh kan kan?  iye dok  nih ? ala ala malu leeetuh. lempang nak! ahhahah. okay sudah. sekarang adek maneh meroyang ke lagu story of my life you all! aduhhhh minat lah pulek nye hahaha. minat sbb ada sekor kumbang ni adek maneh jatuh cinta you all. ala sama umur pulak tu kan ahha. mcm ade jodoh je hahaha. aduhb sengal haha,. meh adek amneh perklenalkan, tapi jangan ambik ye, kang aku terajang laju-laju pah gunung ledang! kait tak? tak? okay diam. haha. okay ini lah adek maneh punye!!!
 haaaaaaa comel tak? ononononommm :*
nama dia kan Louis Tomlinson! comelnye dia! lahaii. okay tu je nak cerita! haha. walaupun enkorang ckp ibatar langit dan bumi hijua, adek amneh pedulin apa! lantak pi lah welkk ! hahaha. 
 dalam one direction, adek amneh minat dia sekor ni je hahah. entah lah kenapa. sebab muka dia senyuman dia buat jantungku berdangdut riang! haha. okay tu je adek amneh nak cerita n gossip ngn you all okaty. bye semua! jangna lupa dengar lagu story of my life yang part dia nyanyi je okay hahaha. okay tata. sala. bye louis! jumpa kat cafe 9 okay hahahaha tata! :*

Wednesday, April 16, 2014

Sungai Lembing Trip #JomJalan

Assalamualaikum
Hi everyone :)

Haha. Gembira sakan nak tulis artikel pasal Sungai Lembing ni. Kenape? Mengapa? Why?


Saya start dulu dengan gambar pintu gerbang Sungai Lembing ini sendiri. Hee bagi introduction sikit. Sungai Lembing ni terletak di Kuantan, Pahang. Anggaran jarak dalam 230++km dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya Pantai Timur (LPT). Bergantung kepada berapa kelajuan yang dibawa, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam 30minit dan untuk pengguna LPT anda akan menggunakan susur keluar Kuantan sebagai alternatif untuk sampai ke destinasi.

Tujuan sebenar datang ke Sungai Lembing adalah untuk menikmati salah satu tarikan utama dia iaitu 'rainbow waterfall' atau air terjun pelangi. Adakah pelangi nama semata-mata? TIDAK sama sekali. memang air terjun di sungai lembing tersebut mempunyai keunikan nya tersendiri. Ada tak jumpa mana-mana air terjun macam ni? 

#roadtrip bermula seawal jam 2 pagi dan tiba di sana pada pukul 5.30 pagi. SEBAB? untuk pengetahuan semua untuk melihat pelangi ini terbentuk, waktu yang dinasihatkan untuk pengunjung datang adalah sebelum 10 pagi. Dan untuk pengetahuan semua perjalanan untuk sampai ke aie terjun tersebut bukanlah mudah. BAGAIMANA?

Sebelum bertolak pastikan anda telah menghubungi tour guide disana yang menyediakan perkhidmatan 4 Wheel Drive. Transport ini memang di perlukan melainkanlah anda ada 4WD sendiri, ini kerana apabila anda sampai sahaja di Sungai Lembing, anda perlu bergerak menggunakan kenderaan ini untuk masuk kedalam kawasan hutan sebelum sampai ke kawasan air terjun. 


Nampak tak keadaan didalam hutan tersebut. Lecak dan lopak. Thats why lah kita kene naik 4wd ni. Okay berbalik kepada kisah saya, lebih kurang jam 6.45pagi selepas menunaikan solat subuh dan juga sedikit taklimat dari tour guide sendiri, perjalanan dari sungai lembing ke raibow waterfall bermula. Masa naik 4WD tu, sangat best and awesome sangat. Macam going to expedition, lepas itu saya dan rakan-rakan memang duduk belakang open air pulak. So memang gempaklah, tengok pemandangan dalam hutan, memandangkan saya geologi teruja jugaklah tengok structure geology yang turut terdapat sepanjang perjalanan itu. 

Perjalanan dalam 4WD itu sahaja mengambil masa lebih kurang 1 jam! Lama tak? Memang pun sebabnya kawasan tersebut memang terletak jauh ke dalam hutan. Macam-macamlah tour guide terangkan dan tunjukkan kepada kami sepanjang perjalanan. Memang takboosanlah kiranya perjalanan tu. akhirnya selepas 1 jam perjalanan kami tiba di destinasi, eh? belum sampai lagi. haha. baru sampai kawasan sungai.

Dari kawasan sungai tu, perlu hiking lagi. Memang mencabar habis lah fizikal dan mental. Haha, apa-apa pun saya enjoy buat semua ni. Btw sebelum hiking, kita kene merentasi sungai, dan arus sungai tersebut dikatakan memang begitu deras bergantung kepada keadaan cuaca. Untuk merentasi sungai tersebut disediakan satu tali dan kita kenela berpaut pada tali tersebut. Paras air ketika saya pergi tersebut adalah sekitar bawah pinggang lagi. Tetapi saya dimaklumkan bahawa paras air memang boleh mencecah sehingga paras kepala. Fuhh, selamat. 

Bila dah selesai merentasi sungai then hiking dan tempoh masa yang di ambil adalah lebih kurang 30-45minit untuk sampai ke destinasi. Tapi anda mesti fikir, letihnya laparnya. Tapi apa yang anda dapat selesai sahaja tiba di destinasi anda akan merasa lega dan puas hati.


Yes. Akhirnya kami tiba di destinasi. Cuba tengok gambar pelangi tu, Nice kan? Tapi lagi nice kalau dapat tengok depan-depan. Ni contoh gambar kawan-kawan saya, almaklumlah saya sendiri jadi photographer. Dinasihatkan kanlah untuk bawak beg kalis air dan phone diletak didalam beg tersebut sebab tempias air daripada air terjun tu memang terbaiklah. haha. So apa lagi? Jomlah pergi sungai lembing. Berbaloi. Untuk pengetahuan semua juga di Sungai Lembing bukan sahaja terdapat waterfall ni tetapi ada gua charas, bukit panorama dan muzium sungai lembing, untuk penggemar aktiviti ekstrem ni memang di cadangkanlah untuk pergi ke sana. 

Secara puratanya kos untuk perkhidmatan 4WD dan tour guide adalah sebanyak RM40 seorang. dan anda akan dibekalkan maggi dan juga air milo setelah tiba di air terjun tersebut. Makanan di kawasan sungai lembing juga adalah begitu murah dan berpatutan. Jangan risaulah RM10 tu boleh makan 3 kali dekat area sungai lembing tu. Dan perkhidmatan bilik sewa juga disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang datang kesana. Ingat kalau nak pegi sana call dulu tour guide! And nantikan artikel #JomJalan saya yang seterusnya.


Thursday, April 10, 2014

Time



“Tick tock tick tock…” 

Time is an abstract thing. It doesn’t exist physically, meaning that we can’t touch it or hold it. Yet, the effects of time are so significant that all of us feel it.

Most of us, if not all of us are always complaining that time is not enough for us. But looking from another perspective, time is just a perception by humans and humans alone. Animals, insects, plants, and inanimate objects don’t even realize the existence of time. For them, it’s just a constant revolution of daylight and moon shine.

So the big question is, is time really not enough for us?

Think in this way, if we too are the same as the rest of the nature, where “time” is not in our perception, would we still achieve all the accomplishments we have had these days? From the smallest stuffs like getting our assignments done to the bigger things like constructing a building to even greater accomplishments like landing of man on the moon; all of these, in my opinion, would not exist if “time” doesn’t exist.

Time – although abstract – plays an extremely important role in human’s society. Without the crazy idea of “time”, we wouldn’t have been able to record historical moments, tell the difference between events that happened separately, determine the reaction rate of certain chemical reactions, yet alone understand the concept of slow cooking.

Again, to emphasize on the importance of time, if we don’t realize that “time” exists, we would just be passing our days like the rest of the nature, aging day by day, only driven by our survival instinct – eat, drink, sleep etc. – walking on this beautiful Earth without any specific purposes.

"YOLO is the new trend." - Jack Low
So, since time is such an asset to us, where do we spent time the most? Did we spend it wisely? Are we taking time for granted?

That question, my friend, you will have to answer it yourself, because by the end of the day, time is only your own perception.

Friday, April 4, 2014

HAPPY BIRTHDAY JACK!

hai adek maneh tak nak beleber tapi just nak cerita nak bagitahu je ni haa.. tanggal 3 april 1993 lahirnya seorang insan yang bernama Jackeline Kumbau Anak Banan :) rakan saya di APM :) HAA begituu :P jack ni kawan sejati dari start first year lagi. haa adek maneh nak cerita pasal dia tak banyak mana, tapi disebabkan 3 APril so, adek maneh update lah pasal dia, sebeb baru lepas celebrate ;) jack ni dari Sarawak you all. first time dapat kawan dari Sarawak! ahaha. itulah orang kabo kalau duduk kat U memang macam-macam kawan kita akan jumpa, haa betul tu! okay, cukup 21 umur jack. jack, dengar ni haha, HAPPY BIRTHDAY JACK! semoga dimurahkan rezeki selalu dan bahagia bersama yang tersayang okay haha ehem ehem :) dan semoga kita still kawan, walau pancaroba yang berlaku, biaslah duduk alam U ni mmg macam-macam mende tak jangka haa haha. haa nah nah! tiupppp! haaaa bukan sebarang lilin aku bagi ni haa hahaha :) sayang kau jack!  haa memperkenalkan, jack yang baju hitam tu hehe okay bye semua :) adek maneh rindduuu kamu semua :)

Wednesday, April 2, 2014

"PM v.s GSTT"

Hai semua..ok,memandangkan hari dah hari Rabu..so,kira ok lah nie kalau lini nak ucapkan selamat bercuti kat korang semua...Happy holiday and have a nice holiday!!!

haa,minggu nie aku nak cerita pasal PM v.s GSTT??..apa tu??..PM tu cormform semua orang tahu.Apa lagi kalau bukan pemudahcara mahasiswa.GSTT pulak stand for guru sandaran tak terlatih...
Untuk pengetahuan korang lah,aku sebenarnya masa MHS tahun lepas dah berangan nak jadi PM..tak kisah lah PM kolej ke PM sentral..janji ada PM kat depan..tapi entahlah bila dah nak dekat 2 semester bermaustautin dekat za'ba aku tak rasa jadi PM kolej ni best..(.krik,krik je diorang nie)
Apsal pulak kan???..ye lah kita kan junior so konon-kononnya nak lah beramah-mesra dengan senior-senior kat kolej nie tapi hampeh...sebenarnya ramai je yang baik tapi bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga...fuyoo,siap ada pepatah lagi nie...Cuba korang bayangkan situasi nie:

Hai akak,sihat?..dengan muka excitednya aku menegur tapi balasannya..

lebih kurang ni lah muka diorang tapi yang ni cute sikit...so,sejak dari tu aku dah blacklist terus perkataan pm kolej dalam kepala otak aku..sebab kat atas ni lah..haaa,yang buat macam tu sebenarnya stok-stok pm yang cikai2..Yang su kolej,baik je ngan aku..siap boleh sembang lagi...so,pm sentral je lah yang aku boleh mintak memandangkan coursemates aku pun ramai yang mintak tapi aku jumpa benda yang lagi best..yang penting aku minat...jadi cikgu sandaran tak terlatih..gstt..wow,rindunya nak mengajar balik..ingat lagi,dulu lepas spm jadi cikgu tuisyen...memang best sebab dapat tolong orang berjaya dalam pelajaran..Ayat yang paling tak dapat dilupakan..
"akak,kami lulus" mau tak happy kalau yang cakap tu selalu dapat markah below 10/100..

so,aku buat keputusan nak mintak jadi cikgu ganti je lah kat kawasan pedalaman kelantan.ntahlah,aku rasa nie minat aku..ye lah,sebab aku dah lama tak stay lama-lama kat kampung..paling lama pun 5 hari...selebihnya kat BANGI...sampai kadang-kadang orang tak percaya bila aku cakap aku orang kelantan..sentap kot bila dengar ayat nie..nak buat macam mana aku lebih selesa ngan lifestyle kat bangi dri kat kelantan.So,mungkin ni lah masanya aku nak berbakti kepada masyarakat..cehh..ayat klishe..tapi mesti best dapat mengajar kawasan pedalaman kelantan sebab kena travel naik shuttle train yang hanya ada 2 kali sehari..hahaa,tambang dia pun 40 sen je pun dari Kuala Gris ke Dabong..


haa..ni lah trainnya..kalau kat kl korang naikkomuter,monorel dan lrt tapi kami kat kelantan naik benda nie meredah hutan..kadang-kadang lambat,kadang-kadang terlebih cepat train nie sampai...pernah kot tunggu sampai 3 jam tapi tak sampai-sampai alih-alih balik rumah dengan frust menonggengnya..tapi ni lah kampung aku..mungkin korang rasa mereka yang tinggal di tengah hutan belantara ni kolot tapi bagi aku diorang lah survivor..tu lah pasal setiap kali balik aku akan lepak rumah akak aku kat Kuala Gris(kawasan ladang getah)..dan untuk pengetahuan korang..sekolah menengah yang ada hanyalah kat bandar dabong..alah kalau terlepas train nie..last choice yang aku buat adalah merempit je lah.,tapi sumpah takut sebab jalan kat sana berbukit-bukit dan semestinya hutan...nak bawak kereta,lesen pun taraakk...

so,kepada sesiapa yang nak rasa duduk dalam hutan..jom lah pg rumah aku kat pedalaman kuala krai..haa,nanti aku bawak korang seberang sungai jumpa orang asli....best apa diorang...hehee
Anda berani??

okeylah...selamat bercuti semua...bye-bye..assalamualaikum...#kawe anok klate..huhu