Wednesday, April 16, 2014

Sungai Lembing Trip #JomJalan

Assalamualaikum
Hi everyone :)

Haha. Gembira sakan nak tulis artikel pasal Sungai Lembing ni. Kenape? Mengapa? Why?


Saya start dulu dengan gambar pintu gerbang Sungai Lembing ini sendiri. Hee bagi introduction sikit. Sungai Lembing ni terletak di Kuantan, Pahang. Anggaran jarak dalam 230++km dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya Pantai Timur (LPT). Bergantung kepada berapa kelajuan yang dibawa, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam 30minit dan untuk pengguna LPT anda akan menggunakan susur keluar Kuantan sebagai alternatif untuk sampai ke destinasi.

Tujuan sebenar datang ke Sungai Lembing adalah untuk menikmati salah satu tarikan utama dia iaitu 'rainbow waterfall' atau air terjun pelangi. Adakah pelangi nama semata-mata? TIDAK sama sekali. memang air terjun di sungai lembing tersebut mempunyai keunikan nya tersendiri. Ada tak jumpa mana-mana air terjun macam ni? 

#roadtrip bermula seawal jam 2 pagi dan tiba di sana pada pukul 5.30 pagi. SEBAB? untuk pengetahuan semua untuk melihat pelangi ini terbentuk, waktu yang dinasihatkan untuk pengunjung datang adalah sebelum 10 pagi. Dan untuk pengetahuan semua perjalanan untuk sampai ke aie terjun tersebut bukanlah mudah. BAGAIMANA?

Sebelum bertolak pastikan anda telah menghubungi tour guide disana yang menyediakan perkhidmatan 4 Wheel Drive. Transport ini memang di perlukan melainkanlah anda ada 4WD sendiri, ini kerana apabila anda sampai sahaja di Sungai Lembing, anda perlu bergerak menggunakan kenderaan ini untuk masuk kedalam kawasan hutan sebelum sampai ke kawasan air terjun. 


Nampak tak keadaan didalam hutan tersebut. Lecak dan lopak. Thats why lah kita kene naik 4wd ni. Okay berbalik kepada kisah saya, lebih kurang jam 6.45pagi selepas menunaikan solat subuh dan juga sedikit taklimat dari tour guide sendiri, perjalanan dari sungai lembing ke raibow waterfall bermula. Masa naik 4WD tu, sangat best and awesome sangat. Macam going to expedition, lepas itu saya dan rakan-rakan memang duduk belakang open air pulak. So memang gempaklah, tengok pemandangan dalam hutan, memandangkan saya geologi teruja jugaklah tengok structure geology yang turut terdapat sepanjang perjalanan itu. 

Perjalanan dalam 4WD itu sahaja mengambil masa lebih kurang 1 jam! Lama tak? Memang pun sebabnya kawasan tersebut memang terletak jauh ke dalam hutan. Macam-macamlah tour guide terangkan dan tunjukkan kepada kami sepanjang perjalanan. Memang takboosanlah kiranya perjalanan tu. akhirnya selepas 1 jam perjalanan kami tiba di destinasi, eh? belum sampai lagi. haha. baru sampai kawasan sungai.

Dari kawasan sungai tu, perlu hiking lagi. Memang mencabar habis lah fizikal dan mental. Haha, apa-apa pun saya enjoy buat semua ni. Btw sebelum hiking, kita kene merentasi sungai, dan arus sungai tersebut dikatakan memang begitu deras bergantung kepada keadaan cuaca. Untuk merentasi sungai tersebut disediakan satu tali dan kita kenela berpaut pada tali tersebut. Paras air ketika saya pergi tersebut adalah sekitar bawah pinggang lagi. Tetapi saya dimaklumkan bahawa paras air memang boleh mencecah sehingga paras kepala. Fuhh, selamat. 

Bila dah selesai merentasi sungai then hiking dan tempoh masa yang di ambil adalah lebih kurang 30-45minit untuk sampai ke destinasi. Tapi anda mesti fikir, letihnya laparnya. Tapi apa yang anda dapat selesai sahaja tiba di destinasi anda akan merasa lega dan puas hati.


Yes. Akhirnya kami tiba di destinasi. Cuba tengok gambar pelangi tu, Nice kan? Tapi lagi nice kalau dapat tengok depan-depan. Ni contoh gambar kawan-kawan saya, almaklumlah saya sendiri jadi photographer. Dinasihatkan kanlah untuk bawak beg kalis air dan phone diletak didalam beg tersebut sebab tempias air daripada air terjun tu memang terbaiklah. haha. So apa lagi? Jomlah pergi sungai lembing. Berbaloi. Untuk pengetahuan semua juga di Sungai Lembing bukan sahaja terdapat waterfall ni tetapi ada gua charas, bukit panorama dan muzium sungai lembing, untuk penggemar aktiviti ekstrem ni memang di cadangkanlah untuk pergi ke sana. 

Secara puratanya kos untuk perkhidmatan 4WD dan tour guide adalah sebanyak RM40 seorang. dan anda akan dibekalkan maggi dan juga air milo setelah tiba di air terjun tersebut. Makanan di kawasan sungai lembing juga adalah begitu murah dan berpatutan. Jangan risaulah RM10 tu boleh makan 3 kali dekat area sungai lembing tu. Dan perkhidmatan bilik sewa juga disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang datang kesana. Ingat kalau nak pegi sana call dulu tour guide! And nantikan artikel #JomJalan saya yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment