Wednesday, March 19, 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Hye semua

Jumpa lagi kita di post yang baru. Hari ini nak cerita tentang hujan. Sebab apa ye? Dalam beberapa hari ni, hujan turun membasahi bumi. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia amat dahagakan hujan yang telah lama tidak menyejukkan permukaan bumi ini.

Malaysia, negara kita yang tercinta ini mengalami panas yang agak berpanjangan. Hingga tangki atau empangan air di beberapa negeri dalam Malaysia mula surut. Perkara ini amat merisaukan semua pihak terutamanya mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Kenapa ye?

Sebabnya, anak nak pergi sekolah. Nak mandi. Kalau tak mandi, kawan-kawan perli. Kurang-kurang, mandi dua tiga cebok. basuh muka, gosok gigi dan sebagainya. Lepas tu, kalau ada anak kecil, anak nak minum susu. Ibu nak buat susu untuk anak, nak bagi makan untuk anak dan sebagainya. Kalau anak buang air, ibu juga nak guna air untuk membasuh segala keperluan anak seperti lampin dan sebagainya.

Apabila berlaku ketiadaan air, warga rumah juga mempunyai kesukaran untuk basuh baju. So, kalau nak basuh baju, hantar baju ke dobi. Kadang-kadang, semua baju yang kita kendong, yang kita bawa ke kedai dobi, kita kena bawa balik. Sebab kedai dobi juga mempunyai masalah air. Begitulah dugaan yang kita dan warga Malaysia terutamanya Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan WP Kuala Lumpur hadapi.

Selepas beberapa lama, kerajaan mula berfikir cara untuk mengatasi masalah air ini. Antara cara yang dibuat ialah catuan air. Sehingga kini, beberapa negeri membuat catuan air iaitu 2 hari ada air dan 2 hari tiada air. Ini bertujuan untuk menjimatkan air supaya air tidak kurang dari empangan. Dan sekarang, kerajaan mula membuat aktiviti penanaman benih awan. Ini bertujuan supaya awan dapat menghasilkan hujan.

Alhamdulillah

Hujan mula membasahi bumi beberapa hari ini. Dan apa yang perlu kita lakukan, kita kena bersyukur kepada Yang Maha Kuasa kerana Dia yang memberikan kita hujan. Kalau Dia tidak memberikan kita hujan, mungkin sukar untuk kita kecapi nikmat ini.

Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment