Saturday, March 8, 2014

Ratapan

Assalamualaikum wbt

Keluarga.
Siapa yang tidak cintakan keluarga. Siapa yang tidak sayangkan keluarga. Cuma si bodoh je yang tidak tahu apa erti dan gunanya keluarga.
Berkisar tentang insiden yang baru sahaja yang menimpa Malaysia pada hari ini , apa yang mampu saya tafsirkan hanyalah  apa perasaan kita sebagai salah seorang ahli keluarga mangsa MH370.


Gambar diatas sudah cukup membuat saya merasa sedih. Seorang ibu bersama dengan anak tunggal lelakinya. Hati ibu mana yang tidak  sedih bila tahu anak yang baru sahaja berpisah dengannya dengan secara tiba-tiba dikhabarkan hilang.
Sebagai manusia biasa gambar ini sudah cukup menyentuh perasaan ini.
Saya sendiri mempunyai 4 orang ahli keluarga sahaja emak/ayah/adik/saya sendiri. Dengan jumlah ahli keluarga yang sedikit ini saya tidak bayangkan tanpa salah seorang daripada mereka.

    "Ya Allah Ya Tuhanku lindungilah keluargaku dari segala malapetaka dan bencana di dunia dan     jauhkanlah mereka dari siksa api neraka" 

Amin Ya Rabbal Alamin. Mungkin kisah pada hari ini ada hikmahnya yang tersendiri dan kita sama-samalah mendoakan keselamatan mangsa-mangsa #MH370 serta semoga keluarga mangsa bersabar di atas perkara ini.

Sekian, Wasalam.

No comments:

Post a Comment