Friday, March 7, 2014

Kisah aku dan UM

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua, korang apa khabar? sihat? hahh.. kali ini, aku nak cerita "bagaimana aku boleh masuk UM?".
Sebelum ni aku da cakap, setiap orang mempunyai kisah yang berbeza mengenai masuk UM. Ada yang menang cabutan bertuah, berjaya masuk UM. Ada pula yang masuk UM melalui pertandingan gores dan menang. hahhh.. macam tu lah contoh perbezaan kisah setiap orang. aku punya kisah lain pulak. tapi, sebelum aku cerita pasal masuk UM, aku nak cerita pasal cikgu aku yang sangat berjasa menanamkan minat aku untuk masuk UM.

Kisah ini bermula masa aku tingkatan 4. Masa tu, aku baru pindah sekolah, dari SMK Bandar Sibu pindah ke SMK Sedaya (Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Rahman Yakub). Pertama kali aku menjejak kaki di sekolah Sedaya, air mata aku mengalir. Bukan sebab gembira, tapi sedih sebab kelas tempat aku akan belajar nanti, tak da pintu, tak da tingkap. dinding pun cuma separuh je. kalo kita berdiri, kita boleh nampak luar dengan jelas. memang sebiji macam kandang.

Tapi, di situlah pertemuan aku dengan cikgu Zaki, cikgu kaunseling merangkap guru sejarah kami semasa Tingkatan 4. Semasa kelas sejarah, kami bukan belajar sejarah, tapi, kami belajar kaunseling. Cikgu Zaki akan menceritakan semua pengalaman dan kenangan dia semasa di UM. Semua cerita cikgu membuatkan kami semua bercita-cita ingin masuk UM. Walau pun keputusan tak bagus sangat, tapi, keinginan itu setiap hari semakin besar.

Selepas tingkatan 5, aku diterima masuk matrik. Aku merantau ke Labuan selama setahun. Di situ, aku tak pernah meletakkan harapan masuk ke UM, kerana semua pilihan UPU yang aku minta adalah UITM.
Tapi, macam mana aku boleh masuk UM? ajaibnya.. hehe..
Takdalah ajaib.. sebenarnya, semua pilihan UPU sesi pertama diisi oleh papa ku. Termasuk pilihan UM ini.
Sesi kedua aku ubah. cumalah pilihan 8 ke bawah..

Sungguh aku tak sangka bahawa aku akan masuk UM. Apabila keputusan keluar, aku check keputusan di dalam kereta  bersama keluarga. Aku terkedu apabila melihat perkataan "Universiti Malaya". Ia seolah-olah bermimpi, kerana aku tak pernah mengharap masuk UM. Aku seolah-olah hilang ingatan buat sementara. Aku jadi lupa bahawa cikgu pernah bercerita mengenai UM pada kami sekelas. hahaha..

Bila aku mengimbau kembali detik-detik dulu, aku jadi heran dan tertanya-tanya,
kenapa aku macam tu dulu??? Tapi sekarang, aku bersyukur kerana datang ke UM, mengenali sahabat-sahabat ku dari pelbagai bangsa, menyertai aktiviti-aktiviti baru, dan mempelajari sesuatu yang baru.

"Sesungguhnya setiap apa yang berlaku kepada kita, ada hikmah disebaliknya." Aku sering memegang kata-kata itu sekiranya aku menghadapi masalah. Aku faham, apabila berjauhan dengan keluarga, kita perlu menyelesaikan masalah itu sendirian dan berdikari.

Hmmm.. panjang pulak coretan kali ni.., sebelum nie, langsung takda idea nak tulis apa. tapi, saut juga cabaran untuk menulis blog. Terima kasih kerana membaca, segala salah dan silap, semoga diperbetulkan. Sekian sahaja, semoga bertemu kembali pada coretan yang seterusnya. :)

No comments:

Post a Comment