Tuesday, March 4, 2014

Hidup dan Kerjaya.

    

     Kerjaya; secara ringkas ialah pekerjaan. Banyak individu yang GEMBIRA dan MENDERITA kerananya. Di sini, ingin saya coretkan apa yang saya diajar ketika menjadi kaunselor dan pembimbing pelajar sukarelawan di sekolah dan matrikulasi. Ramai yang mahu mengejar kemasyhuran dan kemewahan menggunakan kerjaya mereka. Soal itu,tepuk dada tanya selera. Yang pasti, kegembiraan mutlak akan tercapai apabila kerjaya yang dipilih membawa KEPUASAN DIRI. Ada dua idea utama di sini iaitu, 
  • ANDA BOLEH BUAT APA YANG ANDA CINTAI.
  • ANDA BOLEH DIBAYAR UNTUK MEMBUAT APA YANG ANDA CINTAI.
    Banyak manusia beranggapan bahawa kerja itu MEMBOSANKAN.  Lagi satu, bagi individu yang menganggap aktiviti mendapay gaji sambil berbaring di pantai tropika sebagai sesuatu yang dicintai, mereka bakal menemui kekecewaan berterusan. MEMBUAT APA YANG ANDA CINTAI ialah keghairahan terhadap sesuatu dan anda sanggup mencurahkan tenaga,cinta dan masa untuk menjayakannya. Ia adalah tentang mengambil risiko.

    Lebih menyedihkan, ada yang disuruh menjadi itu dan ini. Antara ayat klasik dan 'cliche' ialah "Awak mesti jadi seperti bapa kamu !" , "Nak, saya tak berpeluang menjadi jurutera kerana miskin. Kamu mesti menjadi jurutera". Tapi anda beminat dalam piano. Apa yang anda patut buat? MAINKAN PIANO ! Pentingkan diri? Sama ada anda mahu menderita sementara bergaduh dengan ayah atau menderita selama 40 tahun dengan membina bangunan, itu pilihan anda. MANUSIA YANG HIPOKRIT ADALAH MEREKA YANG BERKATA " SAYA TIADA PILIHAN...". Pilihan itu wujud. PERSOALANNYA: Apa yang anda pilih?

    KETIDAKPASTIAN pula ialah sebahagian daripada keseronokannya. Itulah sebabnya RAMAI anak orang kaya dan terkenal membunuh diri atau menagih dadah. Sama ada mereka bekerja atau tidak,keperluan material dipenuhi sambil mengosongkan keperluan batin. Menyedihkan? ANDA BENAR-BENAR MENYUKAI SESUATU JIKA:
  • ANDA SENANG BANGUN DAN TIDAK MAHU BEREHAT.
  • ANDA LEKA DENGANNYA DAN TERLUPA DENGAN MASA DAN WAKTU.
  • ANDA TIDAK PENAT DENGANNYA.
    Pada masa yang sama, ada yang tidak tahu apa yang mereka harus buat. Ini namaya, KEPUPUSAN KEGHAIRAHAN. Cuba ini paling tidak,setiap minggu. Ubah rutin anda. Pergi ke perpustakaan. Jalan sehingga ke hujung rak.Perhatikan buku-bukunya. Apa yang menarik minat anda? Adakah hati anda berbisik,"Ini menarik." Tidak? Pergi tempat lain pula. Cuba benda-benda baru. Dengar genre muzik yang lain. Perhatikan pokok.Apa sahaja. Ada berkata, "Maaf,saya tiada masa untuk itu." Samalah seperti berkata "Saya dah sesat dan lewat. Tiada masa nak tengok peta." Ramai yang bersedih tidak mendapat keghairahan tersebut. Jika anda mengalami nasib sama, fikirkan sesuatu yang terdekat dan bermula dari situ. Anda ialah pelajar. Jika sibuk belajar, jalan ke kota pada hujung minggu. Suka berjalan? Tulislah blog panduan pelancongan sekitar universiti sekali sekala. Lebih serius? Jadikan blog anda sebagai pendapatan sampingan mengiklankan produk pasar raya atau mall sekitar kampus anda. Mengapa tidak? Pilihan SUDAH ADA. MENGELAK DARIPADA MENCUBA IALAH RAMPASAN PELUANG OLEH ORANG LAIN YANG MEMIKIRKAN IDEA SAMA SELEPAS ANDA.

    Pokoknya, hidup anda adalah di tangan anda. Sehingga anda tidak memiliki keghairahan, anda membataskan hidup anda. Jangan sehingga suatu hari nanti anda bangun dari katil dan berkata " Aku tak tahu apa yang aku buat". 

    Salam...

No comments:

Post a Comment