Tuesday, March 25, 2014

17 Menghitung Hari #MH370

Detik mulai perlahan, memberi laluan kepada memori-memori indah yang pernah terjalin antara mereka. Harapan demi harapan yang diberikan namun punah di tengah jalan. Terlintas di fikiran mereka, 

"Mengapa perkara sebegini terjadi kepadaku?" 
"Mengapa orang yang aku sayang pergi meninggalkanku tanpa berita?"
"Mengapa mereka berkata-kata seolah aku tidak punya perasaan?"
"Adakah mereka tahu bahawa aku menanggung seribu keperitan yang tidak dapat dibayangkan oleh mana-mana manusia?"

Masih terngiang-ngiang suara di media, dada akhbar, laman sosial
Ada yang berkata benar, ada yang memanipulasikan keadaan
Ada pula yang biadap, mencaci maki insan yang tidak bersalah di dalam pesawat

Adakah mereka tahu apa perasaan kehilangan sebenarnya?
Adakah mereka peduli apa yang dilalui oleh isteri yang kini menjadi balu, anak yang menjadi yatim dan ibu yang kehilangan anak?

Penghitungan hari mereka kini terhenti
Namun harapan masih meninggi
Kian jauh di sudut mata, masih terpahat di hati
Kepulanganmu pesawat MH370 kami nanti.


No comments:

Post a Comment