Saturday, March 15, 2014

Faham tak?


    Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada pelbagai perkara. Ini ialah himpunan (tak banyak pun,sebenarnya) kisah benar saya dan mereka yang saya kenal dan akan memberikan anda pelbagai perasaan (jika anda faham la kisah-kisah ini). Selamat membaca...


  1.     Rakan saya pernah tinggal di satu hotel di Negeri Sembilan selama 4 hari 3 malam. No. biliknya ialah 201. Dia diberitahu oleh staf di situ supaya mengabaikan sebarang bunyi yang didengari dari bilik 202 dan jangan intai bilik itu. Alasannya, seorang wanita sering menangis kerana kerap bergaduh dengan suaminya dan berlanjutan selama 4 hari. Dua malam berturut-turut wanita tersebut menangis. Tangisan pilu itu mendorongnya mengintai dari lubang kunci bilik itu (suka hati je skodeng bini orang). Namun, dia hanya melihat warna MERAH. Dia berasa pelik dan melakukannya 3 malam seterusnya dan hanya warna MERAH dapat dilihat dari lubang kunci itu. Dia pun bagi tahu la staf di situ. Staf tersebut kecewa kerana permintannya tidak dipandang enteng mamat ni. Staf tu pun cerita, "Lima bulan lepas, ada suami isteri bergaduh dan si suami menikam isterinya sehingga mati di bilik 202. Rohnya berlegar di bilik di sana dengan MATA MERAH SAGANYA...
  2.   Ini terjadi pada 2008. Saya berkhemah di hutan rekreasi Ayer Keroh untuk ujian kenaikan pangkat kadet polis. Pada pukul 3 ke 4 pagi, saya terdesak ke tandas pada pagi hari kedua. Keadaan gelap dan saya hanya bersama lampu suluh. Dalam 3 minit, saya tersesat.( teruk kan...) Nampak lah kawan sekolah ni sorang-sorang. Saya tanya dia arah ke tandas. Jalan punya jalan, tak jumpa pun tandas. Pusing kiri kanan, nampak pokok je. Terdesak sangat, lepas hajat la. Selesai je, terpaksa la guna lumut cari jalan balik. Dalam 30 minit, sampai pun. Nawaitu waktu tu, nak tibai mamat tu. Dia masih sedang tidur (dalam 5 pagi). Tetiba je, ada encik koperal ni nak semak buku keluar masuk. Setelah itu, saya perhatikan semula buku itu. Mamat tu keluar kali terakhir pada pukul 11 malam dan balik semula 11.30 malam. DIA TERUS TIDUR SELEPAS ITU DAN TIDAK KELUAR LAGI...
  3. Saya mendaftar ke Kolej Matrikulasi Perlis pada 2012. Pada hari pertama kelas, saya bersama rakan berjalan ke sebuah bangunan tutorial. Kami mengejar masa. Adalah seorang budak perempuan ni,jalan punya la lambat...ingat lecturer tapi muka budak.'Line clear' nak kacau la katakan.Mulut kami takde insurans, apalagi, kutuk la. "Rasanya nenek bongkok 4 lagi cepat", " Mak cik ni" dan macam-macam ayat kaw kaw pnya... Dia pun pandang kami seraya berkata (cheh...) "Maaf na. Hangpa pi dulu" . Kami pun duduk la di kelas tutorial. Dia pulak datang ke kelas kami dan terus ke meja pensyarah. Saya dan rakan hairan. Dia pun berkata, "GOOD MORNING EVERYONE... I AM YOUR MATHS LECTURER FOR BOTH SEMESTERS."...
  4. Hari terakhir di matrikulasi. Saya naik ke tingkat empat asrama (saya tingkat 2) untuk mengambil pen saya yang tertinggal di bilik kawan. Saya memandang ke kanan dan nampak seorang remaja perempuan di hujung koridor. Tiada apa yang pelik pun kerana pekerja asrama akan membawa anak mereka ke sini untuk membawa mereka pulang setelah tamat syif.Saya ketuk pintu beberapa kali. Dia melambai perlahan. Saya berasa terkejut(tak pernah seorang 'lady' yang tidak dikenali melambai kepada saya) dan membalas lambaiannya. Asrama kami dikelilingi pokok besar. Entah kenapa, saya mampu melihat pokok-pokok itu dengan semakin jelas MENERUSI TUBUHNYA...

No comments:

Post a Comment