Wednesday, March 12, 2014

#PleaseComeBack

Assalamualaikum

Minggu ke empat kuliah

Makin banyak assignment

Kena mula buat field work

Banyak mesyuarat

Banyak projek mendatang

Jerebu

MH370

Itulah antara cerita dan topik utama yang hangat dalam kalangan mahasiswa terutamanya. 

Tapi, pada hari ini, saya masih lagi ingin menceritakan tentang MH370.

Kenapa masih nak cerita MH370?

Sebenarnya, hati ini masih risau, diri terasa tak tenang, sebab tiada cerita atau maklumat baru mengenai pesawat yang menggunakan teknologi terkini. Menanti dan terus menanti, dah nak masuk hari keenam misteri kehilangan pesawat negara. Makin banyak hari berlalu, makin banyak pula spekulasi tentang pesawat Boeing 777-200. 

Kenapa berlaku perkara sperti ini? Kenapa mesti ada spekulasi? Kenapa ada banyak info yang kurang tepat?

Sebenarnya, semua orang ingin menjadi seorang penyampai maklumat yang pantas. Namun, cara yang disebarkan tu tak kena. 

Maksud tak kena?

Maksud tak kena ialah ada warga laman sosial ini akan share maklumat yang diambil dari laman blog dan sebagainya. Dan saya juga hampir tertipu. Mana taknya. Laman blog tersebut menceritakan tentang pesawat MH370 telah dijumpai di perairan Vietnam. Dan masih ada penumpang yang terselamat. Saya terus buka fb dan cuba mencari maklumat yang sahih. Kemudian, saya membaca balik cerita blog tersebut, dia mengeluarkan ayat yang berbaur tidak logik. Dalam hati, saya berkata, kenapa mesti sebarkan maklumat yang tidak tepat? Semua orang menanti info terbaru DAN pada masa yang sama ada orang bagi maklumat yang salah. 

Perkara sebegini tak patut berlaku. Kita perlu ingat, keluarga penumpang amat mengharap ahli keluarga mereka berada dalam keadaan selamat dan pulang ke rumah masing-masing dengan gembira. Tadi, sempat saya berbual dengan pakar psikologi Beliau sempat pergi ke tempat penginapan keluarga penumpang di Putrajaya. Beliau berkata lebih kurang macam ni la, "ada seorang ahli keluarga masih mengharapkan kepulangan anaknya. Penantian sangat menyakitkan.

Walaubagaimanapun

Kita jangan berputus asa. Teruskan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Solat hajat. Dalam laman sosial, kita boleh tengok pelbagai page yang memberi kata-kata semangat serta info terkini tentang pesawat ini.

Semoga pesawat MH370 (Boeing 777-200) dapat dijumpai dan semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat.

Aminn

#PrayForMH370
#PleaseComeBack

PRAY FOR MH370

No comments:

Post a Comment