Friday, March 7, 2014

Minggu Manifestasi Islam 2.0 KK3



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini Kolej Kediaman Tuanku Kushiah telah pun menganjurkan satu program "Minggu Manifestasi Islam 2.0" yang bermula pada 24 Februari sehingga 2 Mac yang lepas. Antara program yang diadakan ialah Sembang Santai Selebriti bersama Heliza AF dan Sham Kamikaze, Usrah Muzikal yang membawakan tetamu jemputan Salma AF, Pertandingan Tilawah dan Hafazan, dan Pertandingan Hijab Style.

Bukan itu sahaja, Aktiviti Memanah juga turut dijalankan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk memanah. Sesungguhnya keindahan islam ini boleh dilihat daripada pelbagai sisi. Mengikut rentak dunia kini, sememangnya bagi menarik minat anak-anak muda, corak pendekatan bagi didikan Islam itu perlu diberi "nafas baru".

Pada pandangan saya, program seperti ini dapat menarik lebih ramai orang untuk jatuh cinta pada keindahan islam sendiri. Minggu manifestasi Islam ini juga mengadakan pertandingan Esei Jawi dan Video Islamik untuk mencungkil bakat pelajar dalam penulisan jawi kreatif dan penghasilan video islamik. Hadiahnya sangatlah lumayan. 

Tidak dinafikan lagi, program seperti ini perlu dilangsungkan untuk menyemai semangat cinta dan mahabbah pada Islam. Di samping itu juga, Ceramah Perdana juga turut diadakan yang membawakan penceramah bebas, Ust Mohd Ghazali Mohd Nor. 

Akhir kalam, sekalung penghargaan dan tahniah kepada warga organisasi Minggu Manifestasi Islam 2.0 Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah kerana berjaya menjalankan program seperti ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Majulah Kurshiah! 


No comments:

Post a Comment