Tuesday, March 11, 2014

Fahami sikap agar persahabatan berkekalan

sahabat...semua orang pasti memiliki sahabat bukan??...yelah,tempat untuk berkongsi suka dan duka apabila berjauhan dengan keluarga..Kita semua sedia maklum bahawa setiap individu mempunyai tingkah laku yang berbeza.Ada yang peramah,pendiam dan sebagainya.Sifat yang berbeza inilah ada ketikanya membuat kita sukar untuk mencari titik temu yang boleh mengeratkan hubungan antara anda dan rakan.

haa..ni nak share sikit panduan yang membolehkan anda mengenali sikap sahabat kita...


PEMARAH
Sahabat jenis ini mempunyai halangan buat kita kerana mereka sukar untuk didekati.Mereka mudah mempamerkan emosi dengan cara keras.Keadaan ini membuatkan kita sukar untuk mengendalikan mereka.So,sebagai seorang yang paling rapat kita sebaiknya mengenali dan memahami perkara yang boleh membuatkan sahabat kita cepat marah.Haa,sekiranya mereka mudah marah...segeralah tenangkan mereka kerana biasanya orang yang berkelakuan seperti ini kerana kurang mendapat perhatian..senang cerita kurang kasih sayang ataupun ada trauma.who know?..Just check it out!!

PENDIAM
Sahabat yang pendiam adalah mereka yang cenderung pasif,kurang bercakap atau bercakap bila perlu sahaja.Biasanya mereka pernah kehilangan orang yang paling penting dalam kehidupan mereka.So,jangan biarkan diorang terus hanyut.Sebaik-baiknya ,bawa sahabat kita itu untuk sama-sama melakukan aktiviti yang anda lakukan.Selain itu,kita juga bolehlah mengenali minat mereka dan  bawa mereka untuk mengikuti aktiviti yang digemari.Yang paling penting,lakukan aktiviti bersama sahabat kita dengan ikhlas dan penuh kasih sayang supaya mereka rasa selesa ngn kita.Then,hilanglah sifat pendiam tu..

PERAMAH
Sahabat yang peramah pastinya mempunyai kelebihan daripada teman-teman yang lain.Sikapnya yang mudah bersahabat membuatkannya mudah mesra dengan orang sekelilingnya.Mereka juga mampu bergaul dengan sesiapa sahaja.Mereka juga sentiasa berfikiran positif.Terapkan sikap berhati-hati dengan teman sebegini sebab teman seperti ini tidak selalunya dalam keadaan bahagia.

KERAS KEPALA
Sahabat seperti ini mempunyai pendapat tersendiri dan sukar untuk diatur hidupnya..jangan sesekali mencabarn mereka.Kita perlu lebih tenang dan sabar dengan orang sebegini memandangkan  dia akan mengundang banyak emosi.Kenali mereka dengan lebih rapat dan bersahabatlah dengan mereka dengan penuh rasa sabar dan tidak memaksa.haaa,yang penting mereka sangat independent and kadangkala manja skit..


In conclusion,please don't judge a book by it's cover because everybody is different...Choose a good friend since a friend in need is a friend indeed..bye..#pray for MH370


No comments:

Post a Comment