Tuesday, March 4, 2014

Mesin Jerebu (Haze Machine)


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.

Apa khabar kalian semua? Ha, kali ni, Lee nak berceleteh sikit tentang jerebu ni. Sebenarnya Lee baru tahu haze itu maksudnya jerebu. Bukan apa, Lee tak ambil tahu sangat pasal bahasa penjajah ni.

Baiklah, sebelum cerita kisah pasal jerebu ni, Lee nak konsikan sedikit maklumat apa yang dimaksudkan dengan jerebu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

Takrif JEREBU ialah kabut yg bercampur debu yg terapung-apung di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor.

Baiklah. kita sambung cerita. Nak tahu tak kenapa Lee letak gambar mesin jerebu (haze machine) tu? Sebabnya, Lee ada bersama satu produksi teater dalam Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER) 2014 baru-baru ini.

Produksi kami ada menggunakan mesin jerebu itu. Lee pada mulanya panggil mesin tu dengan nama mesin asap (smoke machine), lepas tu, ada seorang abang tu tegur, "Ini bukan smoke machine tapi haze machine". Haha, Lee pun iya kan saja. Padahal Lee tak tahu pun apa maksudnya.

Kelmarin dulu baru Lee tahu apa maksud haze ni. Tu pun sebab ada terbaca dalam akhbar The Star.

Lupakan mengenai mesin jerebu itu. Sekarang ni memang Kuala Lumpur dilanda jerebu. Nasib baik hujan turun. Kurang sikit jerebunya. Jika hujan yang turun itu, hujan semulajadi, Alhamdulillah. Tapi, jika hujan tersebut adalah hujan buatan, ekosistem bumi akan menjadi semakin tidak stabil.

Walau apa pun, harapnya kita menjaga kesihatan kita la ye~ Banyakkan minum air.

Cukuplah dulu Lee bercoretan di sini untuk kali ini. Sehingga bertemu lagi.

p/s : Hijaukanlah bumi kita.

Dipetik daripada 'Haze' Itu Jerebu

No comments:

Post a Comment