Wednesday, March 5, 2014

KERJA, CINTA ada hasilnya, tapi KARYA, ke mana?

Pertama sekali bila tulis blog ni, mestilah nak cakap Hi!!! Salam, apa khabar semuanyerrr? Rindu Aepy tak? Harrr, Aepy datang ni, dah2 jgn demam2 sebab Aepy lambat update dalam blog ni...erkkkk BOOOOO, kau hadooo? Arggg jom baca, peace yoooo.

Ok, hari ni Aepy nak u all fikir dalam2 maksud rangkap ni "KERJA, CINTA ada hasilnya, tapi KARYA, ke mana?"

MAKSUD KARYA disini adalah bukan sahaja karya2 kreatif, tapi apa2 yang kita buat, tak kiralah macam menjahit baju, menulis puisi, melukis, hmmmmm jgn jadikan ianya satu KARYA anda, yang tersimpan lama dan tak tahu entah kemana nak pergi, adakah dalam tong sampah, atau didalam dada akhbar, majalah atau penerbitan mahupun dilayar perak atau dipentas berprestij.

Alhamdulillah, setakat ini KARYA Aepy sudah pun di pentaskan iaitu (IGAL SI MERAK TUA dan RATU MALAM), hasil daripada mempelajari penulisan skrip pentas semasa di ASWARA dan di UM. Sangat gembira bila karya kita dilihat dan diamati oleh khalayak, Selepas ini mungkin Aepy akan terbitkan pula buku koleksi skrip dan puisi.

Hampir 6 tahun belajar secara serius dalam bidang SENI ni, Aepy dah hasilkan 2 skrip pentas, 2 skrip drama tv dan 1 skrip drama radio. Sem akhir ini, Aepy belajar menulis puisi, kena buat 30 buah puisi. Jadinya daripada ia tersimpan lama, baik Aepy terbitkan! Ada juga hasilnya. Begitulah jugalah dengan KERJA dan CINTA.

Kalau kita usaha bekerja, dapat gaji dah nampak hasilnya, sama juga dengan bercinta, bila kita serius dengan hubungan itu, kita akan ke peringkat seterusnya, bertunang, nikah, dan berumah tangga, dapat anak, harrr lagi bertambah dan berhasil. Hahahaha...

Jadi pada anda2 semua, tak naklah KARYA anda tidak ke mana2. Zaman sekarang, macam2 ada, blog dan laman sosial yg boleh kita kongsikan karya kita itu, seperti penghasilan video, editing gambar, poster macam2 lagi, mana tahu dengan KARYA anda itu, anda akan menjana pendapatan. Harrr...kan untung!

Ok, Aepy akan kongsikan Penulisan Skrip Drama Radio Aepy yang bertajuk "KIAH EPOK-EPOK" nanti di blog UMALAYARADIO ini k, jadinya anda bolehlah baca dan nilai KARYA itu...K, u all, SENYUM2 selalu.

#KERJA #CINTA #KARYA #UMALAYARADIO

Gambar AEPY kepuasan bila KARYA selesai di edit dan di hantar untuk semakan. Alhamdulillah. A!


No comments:

Post a Comment