Monday, February 24, 2014

Kita Dan Lembu

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.

Hari ni Lee nak berkongsi sedikit cerita yang Lee terfikir tadi. Ianya mengenai nilai kita sebagai seorang anak. Haha, tapi kenapa tajuknya "Kita Dan Lembu"? Begini ceritanya.

Sekarang mari kita fikir tentang diri kita dan ibu bapa kita. Kita buang dulu latar belakang kita, tak kisah lah kaya atau pun miskin. Mari kita muhasabah diri kita dengan renungkan apa nilai kita sebagai seorang anak, sudah berumur 24 tahun pun masih tak mampu nak bagi apa-apa kepada ibu bapa kita. 

Cuba bayangkan, pada tahun  1990, ibu kita melahirkan kita. Dalam masa yang sama ibu bapa kita membela dua ekor lembu, jantan dan betina. Sekarang tahun berapa? Tahun 2014 bukan? Sudah 24 tahun bukan? Apa yang sudah kita berikan kepada ibu bapa kita pada usia ini? Cuba kita ambik kisah lembu yang ibu bapa kita bela semasa kita lahir. Katakanlah seekor lembu dilahirkan setiap tahun, sekarang 2014, 24 tahun, ini bermakna 24 ekor lembu. Katakanlah lagi, seekor lembu harganya RM 2000. Cuba darabkan dengan 24 ekor lembu. RM 48000 bukan? 

Dua ekor lembu boleh memberikan lebih kurang RM 48000 kepada ibu bapa kita. Kita sebagai seorang anak mampu berikan apa-apa tak? 

Sudah la tak mampu berikan apa-apa, malah menyusahkan lagi ada la. Sekurang-kurangnya, kita berhenti meminta daripada mereka pun cukup la. 

Sekali lagi Lee nak tanya. Apa nilai kita sebagai seorang anak susah berumur 24 tahun masih tak dapat bagi apa-apa kepada ibu bapa kita?

Kenapa Lee mempersoalkan hal ini dalam ni? Sebabnya, Lee perhatikan, ramai anak-anak yang kaya terlalu lupa diri. Anak-anak miskin pula lupa diri. 

p/s : Perkongsian di atas bukanlah untuk ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk peringatan bersama.

1 comment: