Wednesday, February 26, 2014

~ Aku adalah aku ~

Salamesrabadi..

Bagi permulaan sesebuah lembaran izinkan saya memperkenalkan diri sebagai tanda perkenalan dan insyallah tiada perpisahan di antara saya dan kalian yang membaca. Nama di beri Nurhana Farahyiah binti Roslan. Berasal daripada Terengganu Darul Iman. Belajar di Universiti Malaya di bawah fakulti alam bina jabatan pengurusan hartanah dan berada di tahun ke dua untuk semester ke empat.

Itu serba sedikit berkenaan diri saya dan berkenaan dengan kehidupan saya, saya hanya lah seorang wanita yang biasa dan tak lekang daripada merasai apa itu pahit maung menempuhi liku-liku perjalanan hidup. Jatuh bangun di negeri orang membuatkan saya bertambah kuat dan menjadikan pengalaman semalam adalah guru yang sejati mengajar saya erti hidup yang lebih mematangkan saya...

Bak kata Hamka "kehidupan adalah masin kerana ia adalah garam kehidupan". Saya selalu berpegang kepada kata-kata beliau. Walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan saya samada baik atau buruk saya terima ia dengan ikhlas dan mencuba untuk menjadi yang lebih baik.

Siapa saya untuk menjadi pakar motivasi untuk kalian. Cuma saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman dan berkongsi pengetahuan untuk kalian. Akhir kalam, semoga kehidupan kita semua lebih di berkati dan di sinari cahaya gemilang untuk esok dan esok dan seterusnya. Amin...

No comments:

Post a Comment