Saturday, February 15, 2014

Assalammualaikum dan salam malaya...

17 Februari 2014 bakal tiba tidak lama saja lagi... Pastinya sekarang semua sedang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampus. Saya juga percaya ramai kawan-kawan yang sudah pun ada di kampus dan sedang sibuk dengan persediaan Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER) termasuklah Festival Seni Universiti Malaya (FESENI) yang bakal bermula sejurus semester bermula nanti.

Kegigihan setiap penghuni Kolej Kediaman terserlah dalam pertandingan yang menjadi acara tahunan di kampus tercinta ini. Masing-masing bersaing untuk melakukan yang terbaik dan sudah semestinya mengharapkan tempat dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Tahun ini KARVITER yang dianjurkan oleh Seksyen Kesenian dan Kreatif, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah pun melaksanakan Bengkel Teater beberapa minggu yang lalu. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih bersistematik kepada pelajar-pelajar yang bakal menyertai KARVITER sebagai satu langkah positif agar mereka lebih bersedia dan memahami konsep, fungsi serta tujuan bagi setiap bidang kerja dan matlamat yang perlu dicapai sebelum bermulanya pertandingan.

Penganjuran Bengkel Teater sebelum berlansungnya KARVITER ini merupakan satu langkah dan pembaharuan yang positif oleh penganjur pada tahun ini. Dengan adanya bengkel ini saya selaku penonton yang juga pelajar di UM amat mengharapkan satu perubahan yang baru ditonjolkan oleh para peserta dalam KARVITER '14 yang akan berlansung mulai 18 Febuari - 2 Mac 2014 ini.

Foto: Malam Penutup KARVITER '13

Saya telah memilih untuk menulis kritikan hasil dari tontonan dalam KARVITER '14 ini. Saya akan cuba hadir ke semua persembahan pada setiap malam. Menulis kritikan bukan satu perkara yang mudah, kerana sudah pasti ramai yang mencemuh dan membenci diri kerana hasil kerja mereka dikritik. Membesar dengan dunia teater (seni persembahan) secara serius sejak berada di tingkatan 2 (2003), menggegam Diploma Teater dari Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada tahun 2010 dan kini di semester terakhir Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (DRAMA) di UM membuatkan saya benar-benar faham dengan sikap kebanyakan "orang teater" yang pantang apabila dikritik. Namun pada saya kritikan penonton merupakan perkara nombor satu yang perlu dinilai oleh mereka yang terlibat. Kritikan tidak semestinya perkara yang KEJI sahaja namun kadangkala ianya POSITIF juga. Saya juga pernah menerima kejian dengan kerja saya dahulu, namun saya mengambilnya secara positif. Alhamdulillah ianya amat membantu.

Memilih untuk mengkritik setiap tontonan saya sempena KARVITER '14 yang bakal berlansung ini tidak bermakna saya mahu MENGUTUK atau MENGKEJI semuanya, sebaliknya saya sendiri mahu melatih diri untuk belajar menjadi pengkritik yang baik. Hurrrmmm... Tak tahu lah apa hasil dan impaknya nanti... Kita tengok lah nanti jadi apa... Hehe...

Semoga BERJAYA buat semua peserta KARVITER '14 yang akan berlansung tidak lama lagi! Keringat dan usaha anda amat saya hargai dalam menghidupkan BUDAYA TEATER di kampus ini! Percayalah "Teater Memanusiakan Manusia", jadi saya harap KARVITER '14 dapat dijayakan dengan budaya yang sihat.

ALL THE BEST!!!!

#RentakInformasiTerkini



No comments:

Post a Comment