Monday, February 24, 2014

Cerita Kali Pertama (2)

Assalamualaikum

Hye semua warga Bumi :)

Hari ini saya akan teruskan berceloteh dan bercerita tentang cerita kali pertama saya versi kedua. Agak-agaknya apa ea? Hehe.

Sebenarnya, saya nak bercerita tentang satu negeri yang belum saya jejaki sejak saya lahir hingga 13 Februari 2014. Negeri tersebut ialah negeri yang kaya dengan hasil petroleum iaitu .............


TERENGGANU

Hasrat untuk menjejakkan kaki di bumi Terengganu ini sudah lama. 6 tahun lepas saya mendapat jemputan untuk ke negeri ini bersempena lawatan sambil pelajar sekolah. Tapi hasrat itu terpaksa dilupakan sebab tarikh itu, saya ada kem bomba peringkat kebangsaan. Kalau tak pergi kem, rugi sebab sijil mahal. So, terpaksa batalkan niat masa tu. Sebelum tu juga, saya dan rakan-rakan ada merancang untuk bercuti di Pulau Redang. Hajat tersebut juga tak tercapai disebabkan masalah-masalah tertentu.

Alhamdulillah, 14 Februari 2014, jam 1.05 tengah hari, saya dapat melihat pintu gerbang selamat datang ke terengganu (kalau tak silap). Hari ini merupakan hari yang amat menggembirakan hati saya. Sebabnya, semua negeri di semenanjung telah saya lawati. Hanya Terengganu belum lawati. Oleh itu, ini merupakan detik yang sangat bermakna untuk diri saya. Bestnyaaa :)

Sepanjang perjalanan ke Terengganu, saya dapat melihat pantai dan laut di sebelah. Ni juga merupakan salah satu keinginan saya untuk ke Terengganu. Saya datang ke Terengganu juga disebabkan ada program OPKIM bersama IPD Marang. Jauh juga perjalanan. Hampir 8 jam kami menempuhi negeri Pahang dan Terengganu untuk sampai ke Marang.

Saya juga dapat menikmati keindahan waktu malam di tepi pantai. Pergh. Sangat-sangat best. Susah nak dapat sebab kalau kat Penang, perasaan dia lain. Semasa menetap di IPD Marang, saya juga dapat lihat Pulau Kapas dan Laut Cina Selatan. Cuma tak sempat nak rasa air laut. :)

Sebelum pulang ke UM, saya juga dapat menikmati keenakan keropok lekor (goreng dan rebus). Kedua-duanya sedap dan tak sama macam yang ada kat KL @ Penang. So, impian saya ialah akan berada di bumi Darul Iman suatu hari nanti untuk berjimba di sana :)

Jumpa lagi semuaa

Daaaa :)

DJ K :)


No comments:

Post a Comment