Tuesday, February 25, 2014

Uniform

    Ramai yang berkata dunia uniform merugikan dan bosan. Itu bergantung kepada individu sendiri. Namun yang pasti, pengalaman tersebut menyeronokkan. Saya pernah menyertai Kadet Polis.Segalanya-galanya bermula di sekolah menengah semasa di tingkatan satu. Pengrekrutannya pada awalnya, hanya peringkat sekolah. Mudah je kalau nak sertainya. Tulis nama pada borang koku, siap! Namun, segalanya berubah dalam kurang setahun. Saya berterima kasih kepada kawad kaki. Daripada Konstabel Kadet saya menjadi Sarjan Kadet.Tapi di sebalik kenaikan pangkat itu, saya mengalami  MACAM-MACAM kenangan menarik dan SAKIT.

    Semasa di tingkatan dua, saya dihantar ke IPK Melaka; menghadiri ujian kenaikan pangkat. Nama je, ujian tapi perkhemahan sebenarnya. Seminggu penuh dengan kesakitan, kepenatan dan KEPUASAN. Peristiwa 7 hari di sana bermula semasa ketibaan kami (saya dan dua orang rakan lain). Kami lewat 2 minit. Apa lagi,hukuman pun diberi. Kami berlari mengelilingi padang kawad yang mana saiznya seperti seluruh kawasan DTC 20 kali (1 minit= 10 pusingan). Kemudian terus memacakkan khemah dan berkumpul. Setelah ucapan pegawai tu, pegawai ni, (sebenarnya saya tidur. Kalau 'kantoi' memang makan penampar) kami terus dibahagi kepada 8 platun. Saya platun E.

    Setiap platun akan menjalani ujian bersama. Walaupun secara logiknya, setiap platun perlu dari sekolah yang sama namun,kami dipisahkan daripada rakan sekolah masing-masing. Ujian pertama kami ialah kawad kaki. Kawad ni ada 2 iaitu kawad dengan senjata dan tanpa senjata. Tanpa senjata cukup mudah. Kami diberi tamparan hebat oleh jurulatih IPK (seorang koperal) iaitu ujian akan dijalankan berterusan sehingga 15 kadet terakhir yang tinggal. Sasaran tersebut tercapai;setelah berkawad tanpa senjata mengikut sesi dari pukul 11 pagi hingga 7 malam. Setelah solat maghrib, sesi makan malam diadakan. Masa diberi hanya 5 minit. Makanan kami ialah karipap sebesar tapak tangan dikongsi 4 orang bersama satu penutup air mineral.

    Hari kedua,kami menjalani ujian fizikal. Lompatan, larian dan rentas halangan.Ronda pandu arah pada malam. Ramai pengsan dan gagal. Perkara itu MENAKUTKAN. Yang gagal terpaksa balik. Hari ketiga, kawad tanpa senjata. Saya menyampah kerana berlatih berterusan bersama M-16 sepanjang hari. Anehnya tiada yang gagal (wow !)..Itu belum lagi mengilatkan kasut.Bukan guna 'Toyoo' ya...kami kena menggunakan pengilat kasut pepejal 'Kiwi', air ,kain dan api kecil.Kilat 5 hari baru la boleh tengok jerawat kt kasut tu. Tak nampak jerawat, tk ckup kilat la tu.(Patutlah ramai ladies cadet tak suka).Ujian lain ialah bertulis dan menembak M-16 la.Tapi saya guna semi auto sahaja, bukan pro pun...Dalam kenaikan pangkat itu juga (semasa kawad) saya dicucuk dengan tongkat kuasa, diterajang dengan but kawad dan 'starlight'(KENA JENTIK KT DAHI SMPAI BERLEKUK) dan of course, tekan tubi. Yang pentingnya, saya lulus ujian tersebut dua kali berturut-turut dan menamatkan keahlian Kor Kadet Polis Melaka dengan pangkat Sarjan Kadet.

    Setiap peristiwa ada pengajarannya. Saya belajar pelbagai benda. Antara yang paling penting ialah bercakap apabila perlu dan jadi pendengar yang baik.Dalam bidang uniform, ini ialah aspek terpenting yg diajar kpd sya. Di UM, sya memutuskan utk beralih ke bidang lain (Di matrik sya join kawad kaki tentera KAKOM). Yelah sekali sekala,beralih angin. 8 tahun sya menyarung uniform tentera dan polis,Buat benda lain pula.Kepada anda, tidak rugi menyertai uniform ni. Memang seronok (walaupun sakit). Jika ada kenalan anda yang MALAS nak sertai badan beruniform, tolong lah  bimbing mereka ke jalan yg benar(CHEH...).Itu lah pengalamanku dalam bidang uniform. Teringat zaman sekolah anda?
Ni gambar saya di matrik dua thun lpas .Ni bukan uniform KRS tau tapi PKBM.
 
 

No comments:

Post a Comment