Sunday, February 23, 2014

Cerita Kali Pertama (1)

Assalamualaikum dan Salam UMalayaRadio

Hye semua.

Ini adalah post pertama saya dalam umalayaradio.blogpsot.com sebab saya merupakan warga baru di sini. Nama saya Muhammad Khalil Bin Kader Mydin. Dikenali sebagai Khalil @ Khalil Hayy dan untuk umalayaradio, anda akan kenali saya sebagai DJ K J Kembali kepada topik, cerita kali pertama. Dari minggu lepas, hingga minggu ni, ada dua perkara yang telah berlaku dan ini merupakan kali pertama saya alaminya. Dalam post ini, saya akan cerita 1 sahaja. Cerita lagi 1 saya akan ceritakan pada post akan datang.

Tanggal 20 Februari 2014 jam 8 hingga 10 malam merupakan kali pertama saya ke udara menerusi UMalayaRadio. Walaupun pernah menjadi deejay, tapi sebelum ini didengari oleh orang sekeliling sahaja. Tapi kali ini, suara saya boleh didengari oleh warga Bumi. Pada hari tersebut  juga, saya bersama DJ Lini mengendalikan konti.

Pengalaman pertama ini sukar untuk lupakan sebab biasalah warga baru yang mahu belajar, mahu menimba ilmu, terima pengalaman baru, peroleh kawan baru dan sebagainya. Pertama kali mengendalikan konti juga merupakan satu perkara baru kerana ia lain daripada yang lain. Walaupun banyak salah yang telah dibuat pada kali pertama, ini merupakan ilmu baru untuk saya perbaiki dan pelajari dengan lebih mendalam. Biasalah, orang kata, kalau banyak salah, lagi banyak kita belajar. Tapi kalau kita masih lagi buat salah yang sama, kita ada masalah J

Untuk kali pertama menjadi deejay, kami hanya berceloteh tentang kehidupan semester lepas, bermula dari MHS, kawan-kawan di bilik, classmates, exam dan kemasukan semester 2. Menjangkakan isi perbincangan tersebut sikit. Tapi bila dah mula bercakap, selit dengan lagu, memang banyak benda tak cerita lagi.

Anyway, saya masih lagi memerlukan bantuan dan sokongan dari semua pihak terutamanya warga UMalayaRadio dalam menguatkan diri ini sepanjang berkhidmat di sini. Akhir kalam, selamat maju jaya untuk semua, salam semester 2 dan Assalamualaikum J

No comments:

Post a Comment