Tuesday, February 25, 2014

Assalamualaikum Semua... Greetings...
Weee huuu...

"Mokcik kepochi in da house.. dah bilo mokcik kepochi nie masuk, apa lagi. dok membebel je laaa keje dia. itu baru selangkah dia masuk kedalam rumah.. cube laa korang dok bayangkan bila dia dah melabuhkan punggungnya atas sofa, haaaaa tak menang mulut laaaa korang nak layan kan dia ye? nasib laaa labu."

Ini adalah perkara biasa yang terjadi dalam masyarakat kita, kita cenderung untuk meletakkan rasa NEGATIF dalam seseorang itu. kita memang tidak akan lari dari terjebak dari melebelkan seseorang itu sebagai apa yang kita rasa tak puas hati. Seperti contoh diatas, kita merasakan yang terdapat beberapa golongan ini tidak puas hati dengan golongan di atas, lalu mereka mempunyai "tendency" untuk mengata golongan di atas.

Sekarang ini persoalannya salah siapa? adakah salah Mokcik Kepochi itu ataupun salah orang yang terjebak dengan Mokcik Kepochi itu? saya akan tinggalkan anda dengan persoalan tersebut.

Ini adalah semester baru, jadi ianya merupakan permulaan baru bagi setiap pelajar yang mendaftar di Universiti Terulung di Malaysia yang lebih dikenali sebaga Universiti Malaya (UM). Pada kebiasaannya pelajar2 yang baru mendaftar akan berasa teruja apabila dia dapat berjumpa kembali dengan rakan2 sekelas, sebilik, sekolej, dan sekutu. jadi banyak laaa review pasal apa yang dorang buat sepanjang cuti semester. Sudah pasti akan kedengaran bunyi2an seperti,

"Untung laaa kau, dapat pergi bercuti.. Aku duduk je kat umah melangut macam orang kurang bijak."

tidak kurang juga bunyi2an monolog seperti,

"aissshh.. apa lah nasib aku, diberi cuti tapi aku tak cuti. diberi waktu belajar, tapi aku tak belajar, bila waktu aku ada kelas, punya semangat aku mengharapkan cuti. Tapi, bila dah start cuti ni aku rasa bosan lak bila aku tak ada kelas kena masuk. aiiissshhh.. kenapalah semuanya serba tak kena ni? APA SALAH KU??!!"

Itu baru monolog pendek, ada monolog yang panjang lagi didengarinya.

tapi, sy rasa tak semua pelajar begitu. ada yang betul2 memanfaatkan cutinya dengan sehabis baik. dan pastinya cuti semester kali ini sangat dihargai oleh setiap pelajar.

Dengan itu saya berharap agar pelajar2 semua dapat menikmati semester baru dengan sehabis baiknya... :)

No comments:

Post a Comment