Wednesday, February 19, 2014

Study OR $$$$

Olla everyone! How are you doin'? Nampaknya dah ramai yang tak berapa sihat disebabkan cuaca yang tak menentu di KL ni. Nina sarankan anda untuk minum air yang banyak untuk mengelak daripada mengalami dehidrasi. Okay!  Nina hari ni nak tuliskan pendapat tentang pelajaran ataupun wang. Ramai yang tahu kan, di kalangan para remaja lepasan sekolah menengah ada yang berjaya mendapat masuk ke IPTA dan ada juga yang memilih untuk ke IPTS. Tidak kurang juga remaja yang mengambil keputusan untuk terus bekerja kerana bagi mereka, mereka lebih berpuas hati apabila bekerja kerana mendapat sumber pendapatan daripada meneruskan pembelajaran. Mungkin latar belakang keluarga juga memainkan peranan penting kepada masa depan para remaja zaman sekarang. Bagi ibu bapa yang bekerja, mereka berkecenderung untuk memastikan anak-anak mereka meneruskan pelajaran ke peringkat IPT, tidak kurang juga bagi ibu bapa yang sudah tidak bekerja yang mahukan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang lebih baik daripada mereka dan juga ibu bapa yang tidak kisah pun tentang keberadaan anak-anak mereka. Nina bukan nak salahkan ibu bapa, cuma nak jelaskan insan utama yang menentukan masa depan remaja terutamanya remaja masa sekarang yang sangat "unpredictable" ini.

Bersambung dengan topik utama, adakah pelajaran, atau wang yang lebih penting, lebih menggembirakan dan memberikan masa depan yang stabil? hmmm... Nina ada satu cerita nak kongsikan. Waktu Nina di sekolah menengah dulu, Nina ada membuat lawatan ke sekolah rendah cina di Ipoh kerana Nina masuk pertandingan yang diadakan di sana. Semasa waktu rehat, Nina ada terdengar seorang guru yang sedang bertanyakan sesuatu kepada pelajar sekolah rendah di situ tentang cita-citanya apabila dia besar nanti. Pelajar itu menjawab, nanti bila dia besar, dia nak jadi isteri Perdana Menteri, sebab perdana menteri kaya. Jawapan anak kecil itu membuatkan guru dan rakan-rakan pelajar tersebut tidak kering gusi. Tinggi betul cita-cita pelajar itu kan! Bagi Nina, dan sudah tentu juga anda yang membaca post ini merasakan pelajaran amat penting untuk masa depan. Namun sebenarnya, wang dan pelajaran adalah sama penting dan untuk berjaya, seseorang itu mestilah ada kedua-dua elemen ini. Mungkin juga ada yang terfikir, ramai je usahawan di luar sana yang tidak bersekolah tinggi-tinggi namun mereka berjaya. Jangan lupa, peratus orang yang tidak mempunyai pelajaran yang berjaya hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan orang yang mempunyai pelajaran dan berjaya. Jadi, belajarlah sementara masih muda, masih ada kudrat, dan semasa otak masih tidak tepu! Okay korang!

Di sini ada pantun "orang puteh" untuk korang!

Me No Study, Me No Care
Me Go Marry, A Millionaire, 
If He Die, Me No Cry,
Me Go Marry, Another Guy! 




Heeee. xoxo!

No comments:

Post a Comment