Tuesday, February 18, 2014

Kek Yang Masih Mentah #KARVITER14

TIRAI Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER) 2014 dibuka oleh produksi dari Kolej Kediaman Dayasari (KK5) dengan persembahan berjudul Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli, karya Adiwijaya. 


Saya menulis review ini sejurus selepas selesai menontonnya di Auditorium, Kompleks Perdanasiswa tadi. Penonton disambut dengan hiasan Front of House (FOH) yang berwarna-warni dan kelihatan riang. Saya tersenyum kerana terpikat dengan hiasan dan idea produksi ini mengalu-alukan kehadiran penonton.

Perkara yang sering mengganggu fokus saya ketika menonton ialah karya yang tidak masak. Melibatkan diri dengan penuh komited dalam banyak produksi, membolehkan saya mengesan sama ada sesebuah produksi itu cukup pengkajian atau di buat dengan keadaan yang tidak cukup kajian atau tiada lansung kajian.

Pada tahun 2010 saya pernah menonton Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC). Ketika itu persembahannya mengabungkan lakonan hebat dari pelakon-pelakon seperti Fauzuly Hamdan Tahir, Qahar Aqilah, Shamaine Othman, Nabihan Yaacob, Sharon Lam dan Redza Minhat. Saya cuba untuk menulis review ini tanpa membuat perbandingan diantara persembahan dari KK5 dengan yang saya pernah tonton di KLPAC sebelum ini kerana mereka berada di level yang sudah tentu berbeza. Profesional sudah tentu tidak boleh dibandingkan dengan amatur, apatah lagi persembahan di KLPAC sudah tentu berbeza dengan persembahan-persembahan di tempat lain. Ini kerana di KLPAC semuanya telah di"halal"kan tak kira dari segi apa pun termasuklah soal batasan agama. Namun penulisan ini adalah untuk menyampaikan apa yang saya lihat dengan mata saya dan pandangan dari jiwa kecil yang masih belum cukup ilmu di dada ini.

2010 | KLPAC
"Kek" hari jadi Adli belum masak. Masih belum boleh buat party pun. Itu yang mampu saya katakan untuk persembahan pembuka tirai KARVITER '14 pada malam ini. Apa yang saya maksudkan belum masak? Paling asas dapat dikesan ialah daripada segi lakonan pelakonnya yang sangat membingitkan. Teknik pengucapan dan lontaran dialog yang digunakan oleh semua pelakon membuatkan saya sebagai penonton rimas dan kadang kala berkerut dahi kerana tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh pelakon. Itu baru sahaja bercakap tentang asas dialog, belum lagi saya membebel tantang tempo, pacing, dinamika dan lain-lain lagi.

Secara jujurnya persembahan ini lansung tidak mengujakan saya, tidak ada satu adegan pun yang dapat meberikan impak "WOW!!!" di dalam persembahan ini. Sayang sekali!  Pengarah belum cukup mengkaji naskah dengan baik, begitu juga yang terjadi kepada pelakon dan pereka kostumnya. Tertumpu pada kehidupan mereka yang hidup dalam industri perfileman lansung tidak dijelaskan dengan rekaan kostumnya dan pembawakan watak oleh para pelakonnya. Dalam teater naskah merupakan sebuah "kitab" yang perlu dirujuk dan dikaji dengan baik. Bukan hendak samakan skrip dengan Quran... Tapi fahamlah kan maksud saya? Perumpamaan ini sering digunakan oleh tok guru saya, Ahmad Yatim.

Untuk sinografinya pulak... Ya memang keadaan lampu di Auditorium, KPS itu membataskan rekaan pencahayaan yang pelbagai. Namun saya tetap hairan kenapa lampu tidak digunakan secara maksimanya untuk mewujudkan pelbagai kesan pencahayaanwalaupun terbatas. Face light juga tidak begitu baik kerana ada beberapa adegan yang penonton tidak dapat melihat wajah pelakon dengan begitu baik. 

Rekaan setnya pula sudah tentu mengecawakan saya. Terlalu banyak persembahan teater melayu suka menggunakan set rumah atau lebih tepat ruang tamu sebagai set asasnya. Apa salahnya jika pereka set memberanikan diri untuk mendirikan set yang berupa sebiji kek besar di atas pentas? Saya tertunggu-tunggu perubahan seperti ini berlaku dalam KARVITER, agaknya peserta dari Kolej Kediaman manalah yang akan berani untuk membuat kelainan seperti ini. Kalau lah ada, CONFIRM penonton akan bagi greatest standing ovation!!!

Penulisnya pernah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik dan Anugerah Penulis Terbaik sempena Festival Short and Sweet Kuala Lumpur pada tahun 2009 menerusi karya "Allah". Sudah tentulah naskah ini juga ditulis olehnya dengan baik. Oleh itu pengkajian yang sangat teliti dan menyeluruh amat penting sebelum "memasukkan adunan kek itu ke dalam oven".

Rasanya cukuplah saya membebel ringaks begini...

Walaubagaimanapun suka saya nyatakan disini bahawa saya tetap BERBANGGA apabila melihat pelajar-pelajar yang tidak mempelajari bidang teater secara formal tetapi melibatkan diri dengannya.

Jika ada sesiapa yang terlibat dengan pementasan ini terbaca review ini, harap tidak ambil hati. Review ini ditulis bukan untuk menghentam tetapi atas dasar ingin berkongsi pengetahuan, pemikiran dan juga mempelajari untuk menjadi pengkritik.

Tak sabar rasanya nak tonton persembahan KERJA dari Kolej Kediaman Bestari yang diarahkan oleh seorang pengarah muda yang hebat dan dikenali, pandai betul KK4 pilih pengarah yaaaa... ALL THE BEST!

5 comments:

  1. Terima kasih atas komen! :)) Segala kekurangan akan cuba diperbaik di masa yang akan datang, tapi komen berkaitan set tu, produksi kami hanya satu produksi kecil. Bajet yang kami dapat sangat lah ciput. Tak sampai RM400 pun untuk set. Bila bajet dah kecik, susah juga untuk kami buat dengan lebih baik. Masuk pula percuma.

    Berkaitan set rumah bentuk kek tu. Saya nak tanya sikit. Haritu cik Ramzi ada datang dan komen beliau pasal kerusi depan rumah katanya tak cukup real. Disebabkan karya ini adalah karya realisme, segala aspek juga perlulah nyata. Tak pernah pulak jumpa rumah orang berbentuk kek. So apa komen penulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membca review saya. Kewangan memanglah menjadi satu sumber yang sangat penting dalam apa jua perkara yang kita lalui, ianya termasuklah dalam menjayakan sebuah teater. Sebenarnya pada saya jika tidak ada wang pun ianya dapat dilaksanakan (mungkin susah sedikit, tapi tetap boleh). Pengalama lalu mengajar saya bahawa dengan ketiadaan wang pun kita boleh menjayakan teater yang baik. Pasti ada jalannya, mungkin terlalu panjang kalau nak terangkan disini. Ibarat orang mahu kahwin tapi tak ada wang...

      Berkenaan soalan saudara, maaf jika saya katakan saya tidak bersetuju dengan pandangan itu. Masing-masing ada pandangan yang tersendiri dan ini pandangan saya: teater satu perkara yang sangat subjektif dan ianya boleh jadi apa sahaja. Tiada yang salah dan tiada yang betul. Yang menilai penonton dan sudah tentu banyak pulak kerenahnya, ada yang suka dan ada yang tidak... Ya naskahnya realisme tapi tidak bermakna ia tidak boleh dikontemporarikan. Ibarat baju melayu kalau yang asalnya yang mana? Cekak musang atau kurung johor yang asalnya? Salahkah kalau ada dua jenis? Baju kurung sendiri ada Kurung Pesak dan ada pula kurung moden... Jika lakonannya realisme tidak bermakna aspek artistiknya tidak boleh dieksperimenkan.

      Semasa menyelesaikan pengajian Diploma Teater saya di ASWARA, saya telah mementaskan Opera Primadona sebagai penilaian akhir saya dalam aspek Pengarahan. Skripnya berbentuk realime tetapi saya menggunakan pendekatan elemen-elemen bangsawan di dalam rekaan produksi dengan menyerapkan aspek kontemporari pada rekaan setnya. Pentasnya boleh bergerak keluar dan masuk malah boleh berpusing-pusing. Tak ada pulak yang pertikaikannya. Malah semua panel penilai amat menyukai idea itu. Panel penilai saya ketika itu terdiri dari Dr. Afifah (UNIMAS), Hamzah Tahir (UiTM), Zaifri Hussin (kini Pengarah JKKN Terengganu), Datin Marlia Musa dan Mazlan Tahir (kini UiTM). Dan masa tu saya dapat 4.00 untuk penilaian tersebut. Jadi saya rasa tak ada maslaah...

      Boleh tengok koleksi photo disini: https://www.facebook.com/syahminaim/media_set?set=a.408187769412.183574.856609412&type=3

      Delete
  2. Bagi saya, pengkritik yg bagus adalah pengkritik yg mendidik. Jadi, sebagai pengkritik yg bagus dia perlu menulis kritikannya dgn pendekatan mendidik. Saya tidak lihat pendekatan tersebut dlm kritikan awak yg kali ini. Sebabnya, saya rasa tidak sesuai atau adil untuk mengkritik seperti ini kepada individu2 yg baru nak mendekati bidang teater ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan tersebut. Saya menerima pandangan ini sebulatnya. Namun dari awal lagi saya telah menjelaskan saya menulis "review" bukan "kritikan", ianya dua perkara yang berbeza.

      Namun InsyaAllah saya akan perbaiki gaya penulisan ini di masa hadapan. Untuk makluman ini juga merupakan review pertama yang saya tulis untuk bacaan umum jadi masih banyak kelemahannya.

      TQ :)

      Delete