Thursday, February 27, 2014

Berjaya :)

Semua orang asyik bercakap pasal berjaya.

Apakah yang dikatakan sebagai berjaya?

Kenapa kita mesti berjaya?

Kenapa diri sendiri tak mampu berjaya seperti orang lain?

‘Am I too stupid to success?’

Kalau tak berjaya, tak boleh ke?

Siapa anda untuk tentukan diri saya untuk berjaya?

Semua orang tidak mampu untuk mencapai semua yang diinginkan. Tapi setiap orang akan berusaha untuk menggapai segala kemahuan. Contohnya, kalau nak beli kereta, kita akan berusaha untuk mendapatkan wang bagi memperoleh sebuah kereta idaman. Kalau kita nak telefon macam smart phone, kita akan korek segala duit yang ada untuk beli. Kalau kita nak makan, kita akan cari duit untuk makan. Ini bermaksud, kita semua berjaya mencapai sesuatu walaupun ianya sukar.

Teringat 1 cerita yang pernah kawan saya ceritakan tentang BERJAYA. Kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita pernah berjaya 1 masa dahulu. Kita laluinya dengan cabaran yang sangat hebat. Banyak rintangan dan dugaan kita hadapi. Namun begitu, sekarang kita pula mengeluh kerana tidak mampu untuk berjaya. Kejayaan yang kita pernah capai pada satu masa dahulu ialah keluar dari perut ibu kita. Kita berjaya keluar dari perut ibu selepas 9 bulan kita bertarung dengan ruang yang sempit, makanan yang terhad dan di bawa ke mana-mana sahaja. Kejayaan ini merupakan kejayaan pertama yang kita capai apabila kita mula melihat dunia walaupun pada masa tersebut, padangan kita sangat terhad.

Ingat, kita pernah berjaya. Tidakkah kita mahu mencapai kejayaan yang lain? Sedar atau tak, kita dah banyak berjaya. Tapi semua itu berlaku secara tidak langsung. Namun begitu, semuanya memerlukan usaha. Tanpa usaha, mana mungkin kita mampu mencapai untuk berjaya. Masih ingatkah lagi, bagaimana kita berjaya untuk berjalan? Ada antara kita seusia 9-12 bulan sudah boleh berjalan. Kita sering terjatuh, adakalanya terhantuk pada dinding, namun, kita tidak pernah berputus asa untuk berjalan. Akhirnya, kita berjaya untuk berjalan dengan baik.

Sekadar pesanan untuk diri dan semua. Walau teruk macam mana pun kita lalui kehidupan ini, walau susah macam mana pun subjek yang kita ambil, jom kita tingkatkan usaha supaya kita mampu berjaya seperti orang lain. Tiada siapa yang mampu mengorak langkah untuk kita melainkan diri sendiri yang mulakannya J



Selamat berjuang untuk semua bagi semester 2, 13/14 J

No comments:

Post a Comment