Sunday, February 16, 2014

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa UM

Nak berkongsi minat, berpantun. Pandai tu takla, biasa je. ^_^


Hendak ku tulis tiada berpena,
Gusar luka di ibu jari,
Hendak ku luah hati yang lara,
Sakit simpan pedih sendiri.

Buah kelapa buah pinang, 
Buah keranji dalam perahu,
Bukan saja aku terkenang,
Orang membenci tidak ku tahu.

Bagaimana menjemur padi,
Padi dijemur bertambah basah,
Bagaimana menghibur hati,
Hati dihibur makin resah.

Anak tikus mati berenang,
Mati berenang di dalam perahu,
Terasa hati dek mengenang,
Orang dikenang endah tak tahu.

Kalau sudah malang,
Intan dipegang jadi kaca,
Kalau sudah datang,
Apa lagi hendak dikata.

Hati-hati bermain tombak,
Jangan sampai terkena jari,
Kalau sudah hati ku hendak,
Ke lubang cacing akan aku cari.

Daun sirih dibuat hantaran,
Memetik bunga sedang berkembang,
Senyum malu si pemilik badan,
Berdebar rasa tiada kepalang.


Itu sajalah setakat...ada masa nanti, akan dikongi lagi pantun2 yg ada..kebanyakan buat sendiri la..heheh..ok bye... assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment