

Blog ini dibina oleh UMalaya Radio sebagai platform tidak rasmi bagi krew UMalaya Radio mencoretkan pandangan terhadap isu semasa, luahan perasan, perkongsian idea dan apa sahaja yang bersifat meluas. Kami membuka ruang kepada anda untuk berinteraksi bersama krew UMalaya Radio dengan meninggalkan komen dan pendapat terhadap isu yang diperbualkan. Jom kongsi pandangan bersama kami!!!
Sunday, March 30, 2014
PLASTIK !

Tugasan FESENI 14
KELUARGA
Hari ni Ajiq nak kongsikan mengenai keluarga Ajiq.. Ajiq tahu tak ramai pun yang nak baca or ambik tahu pasal family Ajiq but Ajiq nak jugak tulis pasal diorang sebab bagi Ajiq, keluargalah yang membentuk Ajiq dan buatkan Ajiq kuat untuk sampai ke sini.
First of all, abah Ajiq. Nama abah Wan Razali bin Wan Othman, lahir 3/4/1961. Seorang abah yang sangat pendiam tapi bila dapat berborak dengan dia, memang takkan ada penghujung. Hehe. Ketua keluarga yang sangat tegas. Itu normallah kan. Rasanya semua abah/ayah/papa/bapak/abi kita tegas & garang. Tegas or garang macam mana sekalipun, dalam hati diorang tetap sayangkan kita kan. Standardlah tu. Dia bekerja sendiri.. Seorang yang kuat semangat walaupun pernah dibuang kerja disebabkan ekonomi Malaysia gawat, dia tak pernah berhenti berusaha untuk hidupkan kami semua walaupun dalam kondisi dia yang mengalami penyakit asma yang sangat teruk. Dia pernah jadi buruh. Dan dulu Ajiq pernah malu ada abah kerja buruh but now Ajiq sedar, kalau dulu dia kalah dengan hidup dia, kami takkan berdiri di tempat kami sekarang. Dialah hero Ajiq. Ajiq bangga dikurniakan seorang lelaki yang hebat dalam hidup Ajiq
Mak, ratu hati yang takkan pernah hilang dalam hidup Ajiq. Ajiq sangat rapat ngan mak. Segala benda Ajiq cerita kat dia. Dia pun selalu bagi nasihat, kongsi banyak benda & paling best dia ajar Ajiq masak. Haa. Nama dia Seripah Masnah binti Tengku Abdullah. Lahir 4/5/1963. Dalam banyak2 benda yang Ajiq rindu kat dia, Ajiq rindu nak dengar dia berleter. Haha. Benda tu yang Ajiq paling rindu sekali. Tak tau kenapa. Tapi bila balik kan, dengar dia berleter, buat Ajiq senyum sendiri. Hehe. Mak tauke kuih terbesar kat tempat kitaorang. Hehe. Nak order kuih, call la dia. Apa2 jenis kuih. Karipap ke, donut ke, ketayap ke. Boleh sajo.
Then, abang Ajiq. Wan Hanif Fauzi bin Wan Razali. Lahir pada 26/6/1987. Dah kahwin dah. hehe. Dia ni gila bola. Biasalah, lelaki. Bagi Ajiq, dia abang yang sangat bertanggungjawab. Dia mewarisi sifat abah, pendiam. Tapi diam2 dia ubi berisi. Kenapa? Dia sangat pandai. Tapi disebabkan kesempitan hidup kitaorang dulu, dia terpaksa berhenti belajar walaupun peluang untuk dia mencapai impian sangat banyak. Bagi Ajiq, pengorbanan yang dia lakukan dekat adik-2 dia sangat besar. Dan dia adalah salah satu sebab Ajiq sambung belajar. Sebab Ajiq taknak sia-2 kan pengorbanan yang dia yg buat dekat kitaorang. Dia tak pernah merungut, tapi Ajiq dapat rasakan yang dia ingin belajar balik. Selain abah, dia hero dalam keluarga kami. Tanpa dia, Keluarga kami takkan berdiri kukuh macam sekarang ni. Thanks a lot bang. :') (gambar dia dengan isteri)
Seterusnya, anak perempuan pertama mak dan abah, Syarifah Hanim Fathinur binti Wan Razali, lahir 4/9/1989. Kakak yang sangat hebat. Sebab apa dia hebat? Mak selalu kata, dia mungkin agak lemah dalam bidang pelajaran berbanding kami yang lain, tapi satu yang dia ada yang melebihi kami semua, semangat untuk buktikan dia boleh berjaya. Dia pernah gagal tapi tu tak memutuskan semangat dia untuk terus belajar, teruskan impian abang sehingga dapat menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sinematografi di UNIMAS. Dia merupakan inspirasi Ajiq untuk terus belajar. Sebab dulu kat sekolah, cikgu selalu bandingkan dia dengan Ajiq. Ajiq pemalas. Haha. Dari situ, Ajiq nak buktikan yang Ajiq lebih hebat dari dia. Tu yang buat Ajiq terus belajar. Walaupun Ajiq berjaya sampai kat sini, Ajiq takkan mampu lawan semangat dia yang langsung tak pernah kenal erti putus asa. Kamek sayang kitak nim. <3 (Baju warna purple kakak I, yang sebelah tu kakak ipar I. Hehe)
Anak ketiga Ajiq tapi tak perlulah Ajiq cerita kat sini. Haha. Nak cerita adik lelaki Ajiq, anak keempat iaitu Syed Hazim Fawwaz bin Wan Razali. Lahir pada 26/1/1999. Jauh beza umur kitaorang. 6 tahun beza. haa. Dia ni sangat aktif dan mewarisi kepandaian abang. Dalam pelajaran hebat, dalam sukan pun hebat. Baru-2 ni wakil Sarawak pergi Perak main basketball. Dulu dia tak boleh kalahkan Ajiq bila main basketball, sekarang hmm. Kalah jugak aku akhirnya. Dia pun agak pendiam tapi sangat suka bertanya. Semua benda nak tanya waema benda kecik. Haha. Dulu kecik2 suka main gusti dengan dia. Waktu dia dapat tawaran ke SBP, Ajiq rasa sunyi sangat kat rumah time tu. nasib baik ada adik bongsu Ajiq. Hehe. Ni kalau dapat balik, Ajiq nak main basketball dengan dia. Sebab tak puas hati kalah haritu. Tapi kalau balik dia bukan ade kat rumah. Haihh.
Adik bongsu Ajiq, Syarifah Hazirah Filzah dan cucu bongsu nenek kitaorang sebelah mak. Hehe. Lahir pada 25/6/2000 (penutup anak-2 mak & abah sebab abang sulung lahir 26/6/1987 kn.haha). Seorang yang sangat manja. Pantang ada salah sikit,mulalah. Tapi tu normallah kan, anak bongsu. So kitaorang dah ok. Waktu dia dapat SBP dulu, makin sunyi Ajiq rasa. Yela, adik lelaki takde, dia pulak nak pergi. Haihh. Dia pandai, dalam adik-beradik, dia sorang je dapat 6A dalam UPSR. Tak tahulah dia ni makan ape. Ajiq sangat rapat dengan dia ni, dan kadang-kadang rindu jugak nak bermanja dengan dia. Tapi sejak dia masuk sekolah berasrama, dah kurang dah manja dia. Yela, orang dah besor. Ajiq suka kacau dia bila dia marah. Sangat comel. Haha.
Last but not least, menantu pertama mak & abah, Sharifah Nurnadirah binti Wan Bagus. Isteri abang dan merupakan orang kuat di belakang abang. Bagi Ajiq, dia sangat baik. Walaupun kitaorang just adik ipar, tapi dia anggap kitaorang macam adik sendiri (sebab dia anak bongsu..hahaha). Dia merupakan perantara Ajiq dengan abang sebab Ajiq agak takut dengan abang Ajiq. Jadi kalau ade pape, Ajiq akan tanya dia dulu. Dia kontra dengan suami dia, dia ni riuh, kecoh, kepoh. Hahaha. Macam Ajiq. Sebab tu kitaorang sangat selesa dengan dia. Lagipun dia dah lama berkawan dengan abang. Sejak dari form 2 kalau tak silap. So dia dengan family Ajiq memang dah kenal lama. Tak susahlah nak bina hubungan dalam keluarga.
Sekarang kat rumah sangat sunyi sebab anak-2 mak & abah semua jauh. Yang sulung dah kahwin, nombor 2 dah kerja, anak ketiga kat KL, anak nombor 4 kat asrama, yang bongsu pun kat asrama. Thanks a lot guys. Tanpa keluarga, siapalah kita. Yang masih ade keluarga, hargai mereka. Bagi yang kurang bernasib baik, anggaplah orang sekeliling anda keluarga yang menyayangi korang. Last, thanks sebab baca coretan Ajiq. Hahaha.. bye~
Friday, March 28, 2014
Kahwin
Assalamualaikum
Hye semua
Mesti semua tertanya-tanya kenapa tajuk pasal kahwiň kan? Saya dah nak kahwin ke? Saya dah kahwin ke? Tak pun anak saya nak kahwin? Tapi kalau anak nak kahwin tu kira teramat dasyat. Sebab umur baru 2+ tahun, cam ne la nak ada anak kan? Hehehe.
Sebenarnya, jawapan untuk semua soalan adalah 'tidak'. Saya masih muda. Bukan masalah muda, tapi belum lagi bersedia nak berkahwin. Sekarang ni pun masih bergantung pada biasiswa pama. Eh pama? Apa tuh? Biasiswa papa and mama. Msih tidak boleh berdiri atas kaki sendiri bab duit. Sekarang ni baru kerja part time. Belum lagi ada gaji tetap. Nanti kahwin, kena sara bini lagi. Hehe
Anyway tajuk ni berkisar tentang rakan-rakan saya yang telah melafazkan akad. Dan ada juga yang bakal melafazkan akad nikah tidak lama lagi. Memang agak ramai semenjak saya habis dip sampai sekarang. Kalau nak mention kat sini, tak de ruang pula untuk saya mencoret di sini. Hehe.
Sekarang ni memang fenomena orang kahwin. Alhamdulillah, belum lagi saya dengar isu yang sensitif daripada kawan-kawan saya yang telah berkahwin. Semuanya berjalan lancar dan ada yang dapat anak. Bahagia mereka. Kalau nak cerita bab kahwin muda, ada juga beberapa kawan saya sudah berkahwin ketika berusia 19 tahun. Ada juga yang kahwin pada usia 20 tahun.
Usia bukan penghalang untuk berkahwin. Tapi kalau dah berkemampuan, kahwin je la kan? Hehe. Ada juga kawan saya kahwin ketika belajar. Pada masa yang sama, mereka buka bisnes untuk menyara hidup. Dan sekarang ni, dah ada anak. Dan saya tak pasti mereka dah sambung belajar atau belum.
Dalam Islam juga ajar, digalakkan untuk kahwin awal. Bila dah kahwin, insyaAllah rezeki banyak mendatang. Kesimpulannya, jangan kahwin lewat. Hehehehehe
Jumpa lagi.
Movies
- Catch Me If You Can.
- The King's Speech.
- The Social Network.
- A Beautiful Mind.
- Gandhi.
- 12 Years A Slave.
- Remember The Titans.
- The Blind Side.
- The Great Debaters.
Talking about sufferings, it's not fair to attribute them to medias directly.Instead violence, we can learn languages, environment and society too. I used to watch Child's Play when I was 4 and I didn't kill anyone or bite anyone's finger till snap off. Those who accuse movies solely for adverse phenomenon are absurd.Affirmative.
What about the sexual implicit scenes in movies? Are they necessary THAT NECESSARY? For story writers, its significant to express the intimacy of characters.How about you? I thought dating scenes will do. Perhaps its useful to attract more audiences and 'umph' to their movie.
But still, what upsets me is why an Asian never get to smash Caucasians' faces in any movies as main characters? Even Jackie Chan or Jet Li didn't get the chance much. Their enemies usually European or Latinos or other Asians. Racism I guess... 'white supremacy'. Wonder when these douches will change? Guess NOT. Back to the movies list, I know there are tons of great movies out there and I can't afford to list everything. Shall you have other titles and your views on movieindustries, please comment..
Oh yes, do you think Leonardo Di Caprio deserves an Oscar?...
A Weirdo?
Thursday, March 27, 2014
KAMI TETAP BERSAMAMU :)


Larian Gegar For Agathians 2014
Pada 4 Mei 2014 (Ahad), Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah akan menganjurkan sekali lagi Larian Gegar yang sangat popular di Universiti Malaya. Namun Mei ini, Larian Gegar akan muncul dengan corak baru, yang dinamakan "Larian Gegar for Agathians". Dengan membawa motto "Let's Run for the Agathians Kids", setiap peserta akan berpeluang untuk mendapatkan t-shirt, goodie-beg. Bukan itu sahaja, finisher medal dan sijil penyertaan juga menanti anda, untuk peserta 10KM bagi mereka yang menamatkan larian.
Agathians Shelter, Petaling Jaya telah dipilih untuk menjadi rumah amal kebajikan Larian Gegar for Agathians 2014. Alangkah gembiranya hati melihat anak-anak di sana turut senyum , senda dan tawa, seperti kita.
Jika anda menginginkan medal seperti di sebelah ini, bolehlah sertai Larian Gegar ini dengan jarak 10KM. Finsiher medal ini boleh dicantum-cantumkan dengan program Larian Gegar yang akan dianjurkan pada lain masa nanti. Medal ini telah diilhamkan oleh Elitkraf Sdn Bhd.
Poster di sebelah ini telah tercatat hari dan maklumat mengenai Larian Gegar. Namun, harga istimewa untuk pelajar Universiti Malaya ! Bagi pelajar UM yang berminat untuk menyertai Larian Gegar, anda hanya perlu membayar RM10 sahaja (tetapi hanya untuk 400 pelajar yang pertama mendaftar) ! Bagi pelajar UM, bolehlah mendaftar di [https://www.facebook.com/lariangegar]
Cepat daftar! Pendaftaran akan ditutup pada 31 Mac 2014 ini. First come first serve!
Bagi orang awam, bolehlah mendaftar di www.myraceonline.com dengan harga RM45 untuk 10KM dan RM40 untuk 5km.
Apa yang paling bertuahnya, Dr. Nahrizul Adib Kadri, Felo Penasihat, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah , merangkap penasihat Larian Gegar for Agathians 2014, telah menaja seorang warga kerja UMalaya Radio untuk berlari ! Terima Kasih Dr.!
Cepat daftar! Pendaftaran akan ditutup pada 31 Mac 2014 ini. First come first serve!
Jom sama-sama kita memeriahkan Larian Gegar for Agathians sambil membuat amal kebajikan kepada Agathians ! Marilah sama-sama kita jalani kehidupan yang sihat dan proaktif ! Majulah sukan untuk negara ! JUMPA ANDA PADA 4 MEI 2014 DI LARIAN GEGAR FOR AGATHIANS!
Fire drill
Okey...back to fire drill..haha.. Aku tengok ada Yang siap pkai make up lagi. Aik???.. Sempat lagi diorang make over kot.. Aku tak tahu lah....hangus terus kot.. Haha.. Tetiba teringat masa zaman sekolah dulu.. Aku turun fire drill pakai kain batik je.. Sakai gila... Tapi memang lawak lah...
Haa.. Ni nak share skit.. Pak cik bomba nie cakap.. Sistem keselematan kebakaran kita yang ketiga terbaik dunia.. Fuyoo.. Bapak kagum...
So,dengar je lah ceramah.. Bla.. Bla.. Bla..
#fire drill 2014#nak tidur..
Tuesday, March 25, 2014
17 Menghitung Hari #MH370
"Mengapa perkara sebegini terjadi kepadaku?"
"Mengapa orang yang aku sayang pergi meninggalkanku tanpa berita?"
"Mengapa mereka berkata-kata seolah aku tidak punya perasaan?"
"Adakah mereka tahu bahawa aku menanggung seribu keperitan yang tidak dapat dibayangkan oleh mana-mana manusia?"
Masih terngiang-ngiang suara di media, dada akhbar, laman sosial
Ada yang berkata benar, ada yang memanipulasikan keadaan
Ada pula yang biadap, mencaci maki insan yang tidak bersalah di dalam pesawat
Adakah mereka tahu apa perasaan kehilangan sebenarnya?
Adakah mereka peduli apa yang dilalui oleh isteri yang kini menjadi balu, anak yang menjadi yatim dan ibu yang kehilangan anak?
Penghitungan hari mereka kini terhenti
Namun harapan masih meninggi
Kian jauh di sudut mata, masih terpahat di hati
Kepulanganmu pesawat MH370 kami nanti.

Motivation 0.01
Hi everyone. So today, I really run out of idea what should I write. Tapi,I just simply right about things that every each of us had to face. Okay so, its normal,when youre doing something, of course when you do that things, you will expect it will reward your back right.
But,how do you feel,if you did something,then you found that,you earned nothing? How does it feel? If I in that situation,of course la I akan rasa damn, and once again rasa tak bersemangat lagi to do that things. Then,mula laa terdetik dalam hati " why I did this things? I shouldn't do this things. Its useless, its ruining my life" yeay,thats the things yang I akan fikir.
Then suddenly,something cross my mind " ive gone too far,and I felt like want to quit now? What the hell? Youre wasting all your time before if you wish to quit now. For god sake! Rethink back!" So,then only, I will try to find a courage in me,I will find a piece of me that missing because as I know,im not a type of person yang akan cepat give up. So,once I found my courage, then only, I akan consider balik!
Ya,thats me. So everyone ada cara masing2 kan. Itulah cara I. Ahaaa. So as a conclusion,once kalau you rasa you nak give up, fikir balik,fikir balik, how many times you wasted your time for thay? How many times you commit on that things and you have to let go on others things. So,thats all from me. There would be more from me after this. So Assalamualaikum and xoxo!!
MH370
So,today i would like to talk about MH370. So as everyone know, what exactly happend to the flight. So, i just want to say,today, you won't read a long articles from me. Just want to share and express about how i felt when i heard the news regarding this matter.
Once i read the news,without any sign,my my eyes mula bergenang air mata. I was thinking what will happened to their family? I mean after a long waited,then suddenly what you heard is a bad news. How does the family felt? Or i mean the one who closer with the passenger of MH370. Maybe they cant did their routine as usual? Thats why i started to cry. And of course all of ua read the news, "seorang bapa pengsan apabila mendengar perkhabaran daripada PM Najib" thats the most sad!!
Then,ada pulaa wartawan yang langsung tak sensitif tried to interview those people, i mean keluarga si mangsa!! Oh my god! For god sake,you lost your loved ones and u expect they will tell you every single things about how they felt!! Please media!! Reconsider!! Give them a space to calm theirself. And ya,once they calm,then you can continue your job.
So lastly,as a summarized, marilah sama-sama kita mendoakan kebahagiaan penumpang-penumpang pesawat MH370 agar keadaan mereka berada di dalam keadaan yang baik di mana sahaja mereka berada. Al fatihah.
Monday, March 24, 2014
MH370
Assalamualaikum
Hye semua
Ingat nak update cerita lain. Tapi bila dh dapat berita jam 10 malam tadi. Kena tukar post. Nanti akan dikongsi cerita lain tuh di post yang lain.
MH370
Hari makin hari pesawat dicari
Hari makin hari diadakan persidangan media
Hari makin hari banyak spekulasi
Hari makin hari semakin banyak cerita sensasi
Hari makin hari debar dihati
Hari makin hari masih berfikir sendiriHari makin hari doa dilupai. Hari makin hari tiada jawapan dijumpai
Hari makin hari makin bertambah negara dianggotai
Hari makin hari pelbagai analisis ditemui
Hari sudah tiba. 24 march 2014. Selepas 17 hari kehilangan MH370, hari ini Dato Seri Najib Razak PM Malaysia mengumumkan bahawa MH370 tidak dikesan apabila berada di selatan lautan hindi. Berdekatan dengan Australia. Dan sekarang ini, mereka sedang berusaha untuk mencari kotak hitam.
Pada pendapat saya, sukar untuk katakan semua penumpang telah terhempas bersama dengan pesawat. Sebabnya, kalau kita imbas balik selama 17 hari yang lalu, ingat tak? Kita dapat banyak berita bahawa MH370 dijumpai di banyak tempat. 1st flight ni didakwa telah berpatah balik ke arah Pulau Pinang.
Kemudian, flight ini juga dijumpai di kawasan India, Kazhakstan dan beberapa lagi negara yang berdekatan dengannya. Tidak kah itu satu kepelikan? Macam mana flight boleh berjalan jauh? Dah ditambah minyak ke?
Hanya 1 andaian saya setakat ini. Flight MH370 telah mendarat di satu tempat dan semua penumpang serta krew termasuk pilot berada dalam keadaan selamat.
Ya Allah.
Kau selamatkanlah penumpang dan krew MH370.
Semoga semua berada dalam keadaan sejahtera.
Kami amat berharap dengan Mu Yang Maha Kuasa.
Banyak berita yang kami dapat meluluhkan hati kami.
Dengan kuasa Mu Allah
Kau tunjukkanlah kebenaran sebenar.
Amin
#prayforMH370.
History Geek - NEW YORK

History Geek with Aishah

Sunday, March 23, 2014
Hari Sukan Tradisional Kurshiah 2014
Pengarah Program, Bainun Basri, bersama ahli jawatankuasa yang lain dari Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah telah berusaha untuk mengadakan beberapa jenis permainan kepada para pelajar. Antara yang menarik ialah Pinata, yang menjadi permainan tradisi bagi masyarakat di Mexico, Sepanyol, dan China, dengan memecahkan balang di atas kepalanya dalam keadaan matanya tertutup.
Selain itu juga, Hari Sukan Tradisional Kurshiah ini turut menjemput pelajar antarabangsa yang menetap di Kolej Kediaman Kesepuluh untuk sama-sama menyertai dan mencuba sendiri pengalaman bermain permainan tradisi ini.
(Gambar) Salah seorang pelajar antarabangsa dari Jepun turut mencuba sendiri pengalaman bermain Batu Seremban.
(Gambar) Inilah permainan Pinata yang dimaksudkan sebentar tadi. Pinata adalah permainan tradisi masyarakat di Mexico, Sepanyol, dan China, dengan menutup mata si pemain, dan pemain tersebut perlu memecahkan balang yang tergantung di atasnya.
(Gambar) Ceper juga amat terkenal di kalangan remaja dan kanak-kanak lelaki. Ceper memerlukan kemahiran si pemain untuk menjentik ceper supaya kesemua ceper dapat disentuh.
.
(Gambar) Jika ceper khususnya menjadi kegilaan kanak-kanak lelaki, Batu Seremban juga tidak dilupakan untuk remaja dan kanak-kanak perempuan. Batu Seremban kebiasannya menggunakan batu, biji saga, atau biji kacang hijau.
(Gambar) Masihkah anda ingat permainan ini? Baling selipar merupakan permainan kanak-kanak yang sangat terkenal, terutama kanak-kanak di kampung. Pemain perlu tangkas dan lincah untuk menghancurkan binaan piramid-selipar dan membinanya semula tanpa disentuh oleh pihak lawan.
(Gambar) Congkak merupakan mainan yang amat digemari oleh kanak-kanak perempuan. Biji guli yang terdapat di dalam lubang perlu dipindahkan sehinggalah kosong di tempat tersebut. Pemain yang berjaya mengumpul guli paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
(Gambar) Ting-ting juga amat popular di kalangan kanak-kanak. Namun, pertandingan kali ini, peserta perlu membaling "Dadu Gergasi" untuk maju ke hadapan. Terdapat beberapa kotak yang memerlukan pemain membuat sesuatu perkara.
(Gambar) Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu apakah permainan tradisional yang hanya memerlukan kayu sahaja? Jawapannya ialah Konda-Kondi. Permainan ini hanya memerlukan batang kayu pendek, dan menggali lubang sedikit untuk melantunkan kayu tersebut. Pemain yang melantun kayu paling jauh akan dikira sebagai pemenang.
Masa Depan
Masa depan. Minat atau Pilihan keluarga.
Alkisahnya baru sahaja bercakap dengan parents berkaitan dengan isu ini. so teringinlah nak share tentang pendapat saya atau pendapat kalian semua tentang benda ini.
Hmmmm.
Jujurlah dikatakan saya mempunyai minat saya sendiri terhadap bidang lain berbanding apa yang saya pelajari. EH? tapi takdelah 100% takminat langsung apa yang saya belajar ni cuma yelah, ada benda lain yang lebih diminati. So dijadikan cerita saya pun terlintas lah nak tanya dengan parents, apakah pendapat mereka? Setuju atau tak ?
Pendapat saya. Jujur dekat kepala otak ini memang nak focus kat kerjaya with what im studying rite now but inside deep, deep and deeper in my heart, i feel like i want to choose the job that i love. sebab bila kita minat kita akan more concentrate and selesa with what we're doing. but fyi , the career that i like is too risky and ianya kabur. So macam mana i wanna get a better future? Seriously confuse.
Pendapat parents. Pilih kerjaya yang menjamin masa depan. Sudah tentu career of my study that their mean it. The reasons? Bila pilih atas dasar minat tetapi masa depan tak terjamin, ull regret in the end. But if you choose the right job for a better future you will feel relieve. Betulkah?
My father had told me all his experiences from senang then kena tipu dengan orang until jadi susah and dia terpaksa membina karier dia semula. Fuhh. Hidup is full with challenges. So when he start to say, fikir pasal keluarga, fikir pasal your future wife and kids, fikir pasal hari tua nanti, then im start to think back.
In the end, the results is im still confused. 2 semester again safwan and you need to think it wisely Inshaallah what im going to do right now is doa, doa and doa. Hopefully there is a better way for me to choose for my future. Bytheway drop your comments if you have any suggestion.
Thankyou.
Ada Hikmah Rupanya
Apa khabar kalian di hujung minggu. Pasti ada yang mengambil masa untuk berehat dan keluar melepaskan tekanan. Hahaha. Apa-apa pun Selamat Berhujung minggu la ye.
"Ada Hikmah Rupanya"? Sempena keputusan STPM yang baru saja keluar beberapa hari lalu, Lee nak ceritakan sikit la pasal mulu-mula nak masuk universiti dulu.
Sebenarnya, Lee dulunya tak tahu pun UM ni apa? Ingatkan universiti biasa saja. Jadi, pada Borang UPU tu, Lee isilah UiTM untuk bidang Animasi & Teknologi Skrin. Dalam borang tu ada dua bahagian. Bahagian satu untuk universiti penyelidikan (Lee tak tahu pun apa benda tu masa tu). Bahagian kedua untuk universiti biasa. Semua Lee isi untuk bidang multimedia. Cuma bahagian satu tu, Lee tinggalkan kosong sebab tak tahu nak pilih apa. Tapi, cikgu suruh juga penuhkan. Lee pun isikan saja tanpa berfikir.
Bila saja keputusan keluar, Lee rasa macam nak nangis sebab tak dapat UiTM untuk bidang Animasi dan Teknologi Skrin tu. Lee dapat UM. Tapi, dengan "fikir positif je la", Lee masuk juga ke UM.
Kalau nak tahu kisah lanjut tentang hal ini, KLIK SINI.
Tapi bila masuk sini. Lee dapat banyak peluang yang Lee tak sedar. Lee dapat macam-macam dengan menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di sini. Di mana Lee sendiri tak sangka dapat peluang seperti itu.
Jadi cukuplah untuk minggu ini. Lee harap, yang mana dapat peluang tu, jangan lah lepaskannya.
Sekian~
#PrayForMH370 #DoaUntukMH370
"Gajah Mati Meninggalkan Gading, Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama"
Bermula 5 April 2014, pelajar-pelajar Universiti Malaya, khususnya pelajar Ijazah Pertama, akan memulakan cuti pertengahan semester mereka selama seminggu, iaitu sehingga tarikh 13 April 2014. Pastinya kampung halaman menjadi hala tuju pertama bagi mereka.
Namun begitu, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan menerusi Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) mampu membina semangat kerjasama dan bantu-membantu bagi pelajar dan masyarakat sejagat, terutamanya golongan marhain. Terdapat banyak program OPKIM yang akan dijalankan pada 4 hingga 13 April tersebut, mengikut persatuan dan badan yang menganjurkannya.
Antaranya ialah :
1) OPKIM PERMAS 2014 di Tg. Karang, Selangor.