Fesyen? Bila tanya pasal fesyen, mesti mulut nie akan
ternganga seluas- luasnya.. Bukan sebab zero pasal fesyen nie tapi cetek sikit
*dalam paras buku lali je! :D
Sebenarnya, fesyen nie penting sbb ye lah, kalau org lain
tgk kita nie serabut je.. for sure la ramai yg pikir berjuta2 kali untuk nk
dkat kan?! Huhu...
Jadi, di sini , hari ni, masa ini, ingin sangat Sheeda
kongsikan hal2 yg berkaitan fesyen dgn semua..
Sebenarnya, peringatan untuk diri sendiri jgak sbb xnak jadi
mangsa fesyen laa katakan...
APA
ITU FESYEN SEBENARNYA ??
Fesyen
ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan
sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut
masa.Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara
berpakaian dan lain-lain)Haaaa... tudiaa!
Sebenarnya fesyen juga menggambarkan
ekspresi diri. Setiap gaya adalah luahan rasa si
pemakainya. Idea dan cita rasa adalah ssesuatu yang subjektif. setiap individu
inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat
kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain.
Fesyen
adalah sesuatu yang ceria, ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu.
Fesyen sepatutnya membuatkan kita lebih menarik kreatif dan yakin terhadap diri
dan apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen ikut
kemampuan dan cita rasa. Apa pun ia perlu disesuaikan dengan budaya, latar
belakang masyarakat.
That's the beauty of
fashion...Apa pendapat anda?? Tepuk dada
tanya selera!.
No comments:
Post a Comment