"Yakin pada diri sendiri!!”
Ayat nie sebenarnya harus ditanam
dalam diri setiap seorang daripada kita. Kalau kita tak yakin dengan diri kita
sendiri, macam mana orang lain nak percaya pada kita, betul tak?
Haaa... Jadi, hari nie Cda nk share something dgn korang
semua.. Sebenarnya semua nie lebih kepada motivasi untuk diri sendiri jugak
laa.. Hehehe..
So.., jom korang, kita baca sesame! :D
1.
Bina Prinsip Hidup yang Mantap
Antara
prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah:
Oleh
itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang positif lagi mantap untuk menyuburkan
keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam kehidupan anda.
|
2. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat
Anda
Mempunyai matlamat yang jelas memang amat
penting untuk meningkatkan
keyakinan diri. Namun, tanpa perancangan
atau pelan tindakan untuk mencapai kejayaan,
sesuatu matlamat hanya akan menjadi
angan-angan yang mungkin sukar untuk dicapai. Dengan
mempunyai pelan tindakan dan persiapan
jitu iaitu memikir, merancang dan melaksanakan
bagaimana dan bila setiap matlamat anda
mesti dicapai, keyakinan diri anda akan menjadi lebih
mantap dan ini akan membolehkan anda
mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan
dengan lebih cemerlang serta mungkin lebih
awal.
3.Tetapkan
Matlamat Hidup Anda
Matlamat adalah antara sumber-sumber utama
kepada pembinaan hala tuju dan meningkatkan
keyakinan diri seseorang. Seseorang yang
tidak mempunyai matlamat hidup seolah-seolah meniti
kehidupannya dalam keadaan samar, kabur yang
tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan
kehidupannya. Bak kata orang, macam
menyelusuri jalan yang kelam.
Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup anda
sejelas yang mungkin agar anda akan dapat meniti
kehidupan anda dengan lebih baik dan
teratur. Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat
hidup yang jelas anda akan menjadi lebih
fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai
kejayaan kehidupan anda.
Do it, Do it, Do it!!
Sekian, bubyeeee sume!!! Selamat membaca yaww!!^_^
No comments:
Post a Comment