Assalamualaikum
Salam U Malaya Radio
Hye semua
Minggu ni, semua warga kerja UMalayaRadio dah dapat job yang
perlu dilaksanakan setiap hari mengikut tugasan yang ditetapkan. Termasuklah
juga dee jay K J
Bermula minggu ini, saya akan bersama pendengar UMalayaRadio dengan slot Jom
Jejak Universiti Malaya atau dikenali sebaga JJUM dan slot Sembang Buku. Untuk
slot JJUM, Muiz akan berganding dengan saya dalam menghebahkan aktiviti yang
bakal berlangsung di UM.
Zaman Kanak-Kanak
Kenapa saya pilih tajuk ni?
Sebenarnya, nak imbau balik zaman kita masih kecil. Apa yang
kita buat ea? Ingat lagi tak? Semalam semasa saya ke udara dengan slot Sembang
Buku, saya bersembang mengenai buku yang pernah dibaca ketika kita kecil. Iaitu
semasa zaman prasekolah @ tadika dan semasa zaman sekolah rendah. Masa zaman
sekolah menengah, semua dah mula membaca buku yang lebih advanced. Hehehe
Masa zaman kecil, kita mungkin sukar nak membaca. Ada juga
yang lebih cepat membaca. Sehingga boleh membaca surat khabar pada usia 5
tahun. Kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang, adalah lebih hebat. Sebabnya,
ada bayi berusia 18 hingga 24 bulan sudah pandai membaca. Hanya menunjukkan
gambar, dia boleh memberitahu nama objek yang ditunjukkan.
Kehebatan budak zaman sekarang kan?
Kemabli kepada topik kita iaitu buku zaman kanak-kanak. Follower
twitter ada juga beritahu bahawa buku yang terkenal masa zaman kanak-kanak dulu
ialah Dragon Ball, Detective Conan, Anak-Anak Sidek, Red Riding Hood dan banyak
lagi. Buku-buku ini sangat terkenal dan dikatakan menjadi ingatan kepada kita
semasa zaman kanak-kanak. Walaupun kita dah meningkat remaja, kalau kita jumpa
buku-buku sebegini, semestinya kita tidak mahu melepaskan peluang membaca.
Itulah kenangan yang paling tidak dapat dilupakan. Sekarang ni,
masing-masing sibuk dengan kerjaya dan pelajaran. Semoga, buku-buku seperti ini
tidak hilang di makan zaman yang pesat membangun ini J Kalau dah kahwin dan dah ada
anak, cerita kat anak-anak taw. Hehe
No comments:
Post a Comment