Assalamualaikum wbt
Masa depan. Minat atau Pilihan keluarga.
Alkisahnya baru sahaja bercakap dengan parents berkaitan dengan isu ini. so teringinlah nak share tentang pendapat saya atau pendapat kalian semua tentang benda ini.
Hmmmm.
Jujurlah dikatakan saya mempunyai minat saya sendiri terhadap bidang lain berbanding apa yang saya pelajari. EH? tapi takdelah 100% takminat langsung apa yang saya belajar ni cuma yelah, ada benda lain yang lebih diminati. So dijadikan cerita saya pun terlintas lah nak tanya dengan parents, apakah pendapat mereka? Setuju atau tak ?
Pendapat saya. Jujur dekat kepala otak ini memang nak focus kat kerjaya with what im studying rite now but inside deep, deep and deeper in my heart, i feel like i want to choose the job that i love. sebab bila kita minat kita akan more concentrate and selesa with what we're doing. but fyi , the career that i like is too risky and ianya kabur. So macam mana i wanna get a better future? Seriously confuse.
Pendapat parents. Pilih kerjaya yang menjamin masa depan. Sudah tentu career of my study that their mean it. The reasons? Bila pilih atas dasar minat tetapi masa depan tak terjamin, ull regret in the end. But if you choose the right job for a better future you will feel relieve. Betulkah?
My father had told me all his experiences from senang then kena tipu dengan orang until jadi susah and dia terpaksa membina karier dia semula. Fuhh. Hidup is full with challenges. So when he start to say, fikir pasal keluarga, fikir pasal your future wife and kids, fikir pasal hari tua nanti, then im start to think back.
In the end, the results is im still confused. 2 semester again safwan and you need to think it wisely Inshaallah what im going to do right now is doa, doa and doa. Hopefully there is a better way for me to choose for my future. Bytheway drop your comments if you have any suggestion.
Thankyou.
Blog ini dibina oleh UMalaya Radio sebagai platform tidak rasmi bagi krew UMalaya Radio mencoretkan pandangan terhadap isu semasa, luahan perasan, perkongsian idea dan apa sahaja yang bersifat meluas. Kami membuka ruang kepada anda untuk berinteraksi bersama krew UMalaya Radio dengan meninggalkan komen dan pendapat terhadap isu yang diperbualkan. Jom kongsi pandangan bersama kami!!!
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Sunday, March 23, 2014
Tuesday, March 4, 2014
Hidup dan Kerjaya.
Kerjaya; secara ringkas ialah pekerjaan. Banyak individu yang GEMBIRA dan MENDERITA kerananya. Di sini, ingin saya coretkan apa yang saya diajar ketika menjadi kaunselor dan pembimbing pelajar sukarelawan di sekolah dan matrikulasi. Ramai yang mahu mengejar kemasyhuran dan kemewahan menggunakan kerjaya mereka. Soal itu,tepuk dada tanya selera. Yang pasti, kegembiraan mutlak akan tercapai apabila kerjaya yang dipilih membawa KEPUASAN DIRI. Ada dua idea utama di sini iaitu,
- ANDA BOLEH BUAT APA YANG ANDA CINTAI.
- ANDA BOLEH DIBAYAR UNTUK MEMBUAT APA YANG ANDA CINTAI.
Lebih menyedihkan, ada yang disuruh menjadi itu dan ini. Antara ayat klasik dan 'cliche' ialah "Awak mesti jadi seperti bapa kamu !" , "Nak, saya tak berpeluang menjadi jurutera kerana miskin. Kamu mesti menjadi jurutera". Tapi anda beminat dalam piano. Apa yang anda patut buat? MAINKAN PIANO ! Pentingkan diri? Sama ada anda mahu menderita sementara bergaduh dengan ayah atau menderita selama 40 tahun dengan membina bangunan, itu pilihan anda. MANUSIA YANG HIPOKRIT ADALAH MEREKA YANG BERKATA " SAYA TIADA PILIHAN...". Pilihan itu wujud. PERSOALANNYA: Apa yang anda pilih?
KETIDAKPASTIAN pula ialah sebahagian daripada keseronokannya. Itulah sebabnya RAMAI anak orang kaya dan terkenal membunuh diri atau menagih dadah. Sama ada mereka bekerja atau tidak,keperluan material dipenuhi sambil mengosongkan keperluan batin. Menyedihkan? ANDA BENAR-BENAR MENYUKAI SESUATU JIKA:
- ANDA SENANG BANGUN DAN TIDAK MAHU BEREHAT.
- ANDA LEKA DENGANNYA DAN TERLUPA DENGAN MASA DAN WAKTU.
- ANDA TIDAK PENAT DENGANNYA.
Pokoknya, hidup anda adalah di tangan anda. Sehingga anda tidak memiliki keghairahan, anda membataskan hidup anda. Jangan sehingga suatu hari nanti anda bangun dari katil dan berkata " Aku tak tahu apa yang aku buat".
Salam...
Subscribe to:
Posts (Atom)
