Monday, March 3, 2014

PUAS. Ini AKU.

Salam dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Sihat. Hati2 ya, skrg musim panas. jerebu pun dah melanda negara kita. Banyakkanlah minum air. Biar sihat. Hari ni baru hujan, alhamdulillah. sejuk sikit badan kita. Ok, sebenarnya Aepy nak ckp tentang KEPUASAN. Semalam baru selesai Karnival Teater Universiti Malaya untuk edisi tahun 2014. Keputusan yang diketahui pun ada kejutannya dan ada yang sudah dijangka. Ketepikan tentang penjurian, kerana juri yang menilai dan menentukan siapa yang layak menang, dan mereka adalah dari golongan profesional. Tentang KEPUASAN yang Aepy maksudkan ini adalah, kerja kreatif akhirnya berbayar dengan satu penghargaan. Tahniah kepada team production KELAKAR dari KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA yang membawa produksi teater RATU MALAM yang mendapat tempat KE3 sekali gus mengekalkan trofi PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK untuk dua tahun berturut2, tidak dilupakan juga kpd PELAKON HARAPAN LELAKI TERBAIK, dan juga team production yang menang ANUGERAH BUSANA DAN TATARIAS TERBAIK. U all mmg awesome. Tentang kolej2 dan anugerah lain, tak perlulah nak diperkatakan, dan hanya dengan ucapan tahniah kpd pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan. Simple dan easy. Jgnlah ada yg bermasam2 muka, berdendam, tak elok, sebab ini adalah kerja kreatif yang subjektif dan dinilai dari pelbagai aspek. Kerja berteater ini sebenarnya memanusiakan MANUSIA. Bukan mudah untuk mendapat penghargaan daripada juri kerana ianya adalah hasil usaha dan penat lelah peluh kreatif yang ikhlas dalam menghasilkan produk persembahan iaitu teater bagi tontonan khalayak. Tahniah sekali lagi kepada team production RATU MALAM. Mengenai malam penutup yang sgt meriah semalam, mmg betul2 membuatkan diri ini PUAS. Mana taknya dengan jeritan, laungan dan sorakan, diselangi dengan tarian persembahan selingan, membuatkan segalanya gembira kerana KEPUASAN yang berbayar. Apa pun, TAHNIAH dan Aepy akan merindui mereka2 itu, Akhir kata, selamat semuanya. Kalau itu pengakhirnya aku terima. Selamat tinggal KARVITERUM2014. Ada masa kita bersua lagi dalam memori dan kenangan yang cukup INDAH.


Gambar yang diambil oleh Fotografer KARVITER UM 2014, di Auditorium KPS. Kelihatan KEPUASANNYA disitu. Ini AKU. Thanks :)




Anugerah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..karnivel teater(KARVITER) telah berlangsung dari 18hb feb sehingga  28hb feb 2014 ,semua kolej yang ada di UM ni menghantar wakil untuk menyertai pertandingan ini kecuali kolej kediaman kesepuluh..pada 1hb Mac merupakan hari sesi ilmiah bersama juri dan semalam bersamaan 2hb Mac merupakan hari yang di nanti2kan oleh semua kolej yang bertanding iaitu majlis malam penutup..keputusan telah kami ketahui..Pertama sekali,syukur kepada Allah SWT atas kejayaan yang diberikan Alhamdulillah Kolej kediaman kesembilan(KAWAD) telh menjadi juara Karviter pada tahun ini..haha sy tak sangka la pulak boleh dapat anugerah PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK..apapun saya masih ingat lagi kata2 ketua mentor semasa berada di kem jati diri"REZEKI DATANG DI TEMPAT YANG TIDAK DISANGKA"rezeki saya terima kasih Allah.Anugerah ini adalah satu tanggungjawab kepada saya untuk pergi lebih jauh serta memenuhi segala harapan keluarga,dan sahabat2 untuk melhat saya berjaya satu hari nanti..Alhamdulillah..

Kumpulan:

Johan : Kawad (KK9) 
Naib Johan : Titik Noktah (KK7)
Ketiga : Ratu Malam (KK1)
Anugerah Khas Juri : Tepuk Amai-amai (KK11) - Show Fav aku
Lighting & Sound terbaik : Kawad (KK9)
Set & Props Terbaik : Tepuk Amai-amai (KK11)
Kostum & Make up Terbaik : Ratu Malam (KK 1)

Anugerah Individu:

Pengarah terbaik : Hafizee Hatta - Kawad (KK9)
Pelakon lelaki terbaik : Khuzairi - Kawad (KK9)
Pelakon wanita terbaik : Fatimah - kawad (KK9)
Pelakon Pembantu Lelaki terbaik : Kazim - Kawad (KK9)
Pelakon Pembantu Wanita terbaik : Anita - Ratu Malam (KK1)
Pelakon lelaki harapan : Tok Seh - Ratu Malam (KK1)
Pelakon wanita harapan : Fara - Titik Noktah (KK7)
Skrip terbaik : Hafizee Hatta & Durra - Kawad (KK9)

Tahniah kepada yang menang..kepada yang tidak menang jangan la kecil hati anda tetap menang kalau anda lakukan dengan seiklas hati ketika mementaskan karya anda..bak kata sahabat saya anugerah yang diterima adalah subjektif tapi kemenangan yang sebenar adalah kepuasan hati kita selepas mementaskan karya kita..buang yang keruh ambl yang jernih..setiap usaha pasti ada hasilnya...tahniah semua...

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap kami..tanpa sokongan anda tak bermaknalah sesebuah karya itu..main cakap je..harap betul la hehe..ni sekadar pandangan saya..kalau tk setuju bak kata produksi Aerofobia "moh kito jumpo dopan2"haha..itu shaja dari saya."TEATER MEMANUSIAKAN MANUSIA".Assalamualaikum

Kemenangan Kekalahan

Assalamualaikum wbt

Hi Hello Annyong !

"Kekalahan yang Paling Celaka adalah Berputus Asa"
Bertepatan dengan minggu Karviter2014 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi. TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang berjaya dan kepada yang gagal never give up ! Mewakili kolej kediaman sendiri buat kali yang ketiga sedikit sebanyak memberi banyak pengalaman kepada diri ini tentang erti kekalahan dan kemenangan. Walaupun pada tahun ini rezeki kurang memihak kepada kolej kediaman saya sendiri, inshaAllah pada ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Back to-the-quotes yang saya mention as above tentang kekalahan. Selalunya berada di pihak memang takpenah menjadi apaapa isu tetapi bila berada dipihak yang kalah. Berpuluhpuluh isu yang akan dibangkitkan sama ada secara langsung atau belakangbelakang je. Betul atau tidak? Come on laa weh, even saya sendiri pun melakukan perkara yang sama. Tipulah kalau takde secompot pon perasaan jeaalllous dengan kolej yang menang. YESS itulah kenyataan. Hahaha rasanya hanya dengan kematangan individu tesebut sahaja yang boleh menilai isu ini dengan lebih baik.

Bzz. saya matang ke? Saya takdelah matang sangat tetapi bila fikirfikir balik teros otak boleh terima and auto positif (80% cmtu) hehe. Cliche wordd : Adat permainan ada menang dan kalah. Huu. So fair lah bagi saya katakan kemenangan dan kekalahan  itu terletak pada usaha dan selebihnya pada rezeki mereka sendiri. Terimalah je kenyataan kau tu dah kalah. Cehh. Sentap. Ya betul kita yang kalah ini harus menerima kenyataan walaupun pahit (ayat pehh) dan kalau ada nak mengutuk bagai tu tolonglah dengan cara yang matured ! Bukan dengan cara tweet mention bagai. Perli sana sinun. Its not their fault, they won the competition so cara baiknya cakapcakap kat group wassap sendiri sudah (EH?!) , fikirfikir kanlah cara yang terbaik tu. haha.

Lastly. Pengalaman pengalaman dan pengalaman. A BIGGG THANKS from me to En. Fasyali & Walid ( Berani Mati) , En. Nizam & Andika (Assalamualaikum YB), En. Roy (Cendera Kirana) , En. Fazli, SENITRA group* since saya 1st year till now & not forget 12th RC for giving me chance participate in this kind of activity. THANKKKKK YOUUUU ! Sumpah akan rindu semua ni sincerely from last year student. T_T




Sunday, March 2, 2014

Assalamualaikum wbt

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut yang istiqomah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Al-Quran merupakan Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT. Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul. Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Hari ni Ajiq nak kongsikan Fadhilat membaca Al-Quran. Melalui apa yang saya belajar dan apa yang saya perolehi daripada teman-teman, ustaz-ustaz mahupun melalui pembacaan, kita akan memperolehi banyak Fadhilat apabila kita membaca Al-Quran walaupun kita tidak memahami maksudnya. Tapi sebaik-baiknya kita belajar dan mencari terjemahan Kitabullah yang terakhir ini. Melalui pembacaan saya, di sini saya kongsikan 15 kebaikan membaca dan mengamalkan Al-Quran.


Terdapat 15 kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam' an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya. Mohon maaf sekiranya ada tersalah atau tersilap dalam perkongsian ilmu ini. 





Saturday, March 1, 2014

MY First experienced when joining a theater

Bila orang post or comment pasal Karnival Teater Universiti Malaya,rasa terpanggil nak menceritakan pengalaman pertama join theater. Trust me,its the most worse experienced ever that I had. *sigh*

So masa sem 2,dekat matrik ada satu matapelajaran ko-k. So kalau ko-k everyone will think, Its something like a sports stuff and of course semua orang akan rasa teruja. Sebab main sports. So suddenly masa kelas ko-k,pensyarah kami dengan selambanya berkata "Jadi, ko-k awak semua adalah teater and sila pilih nama teater apa yang awak semua nak persembahkan" and we all like was "WTF"

Ok,now imagine, our praticum terdiri daripada 16 orang,consists of 3 guys and the rest are ladies,and they asked us to choose classic theater macam Bawang putih bawang merah,si tanggang and bla2. Omg!! We can't think properly at all that time. Mase tu memamg dah mindfxxk laa kan. So after discussion semua,we decided to choose 'Mahsuri' sebab its less guys will be use.

So,every each of us mula diagihkan watak masing2,and the shxx moments bila I dapat watak sultan which is sgt difference from me! Totally out of tangent!! Hahahaa. But whatever it is, our lecturer sangat cool. Bagi penuh kebebasan untuk kita buat apa sahaja. Itu mcm bonus la.

Ok, so kenapa I hate theater? Well sebenarnya tak ade kaitan pun dengan teater. Its just that teater adalah salah satu sebab saje. Sebenarnya punca utama bila pertandingan teater terclash dengan persembahan zapin!!?? My passion more on dance so that time tak fikir panjang siap buat keputusan terburu2. Siap nak keluar teater! Then ade krisis lagi dengan budak kelas. Omg. Masa tu only god knows! Menyesal masuk all these things!

Tapi alhamdulillah. Lama2 bila berbincang balik dengan kawan2 tarian,they decided to go after I lepas show! Am so like excited! Well,kawan2 tarian laa yang try compromise. My praticum? Pfftt. Certain jee. The rest macam harem!

So konklusinya,no matter how hard you face the situation,try to solve it slowly. Jangan bertindak semasa marah. Fikir dalam2 sebab every problem have their solution. So,sebab that things la I dont really love theater. Ahaa.

So I guess thats all kot. Will be more from me after this. Xoxo.