Showing posts with label KARVITER. Show all posts
Showing posts with label KARVITER. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Kemenangan Kekalahan

Assalamualaikum wbt

Hi Hello Annyong !

"Kekalahan yang Paling Celaka adalah Berputus Asa"
Bertepatan dengan minggu Karviter2014 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi. TAHNIAH diucapkan kepada mereka yang berjaya dan kepada yang gagal never give up ! Mewakili kolej kediaman sendiri buat kali yang ketiga sedikit sebanyak memberi banyak pengalaman kepada diri ini tentang erti kekalahan dan kemenangan. Walaupun pada tahun ini rezeki kurang memihak kepada kolej kediaman saya sendiri, inshaAllah pada ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Back to-the-quotes yang saya mention as above tentang kekalahan. Selalunya berada di pihak memang takpenah menjadi apaapa isu tetapi bila berada dipihak yang kalah. Berpuluhpuluh isu yang akan dibangkitkan sama ada secara langsung atau belakangbelakang je. Betul atau tidak? Come on laa weh, even saya sendiri pun melakukan perkara yang sama. Tipulah kalau takde secompot pon perasaan jeaalllous dengan kolej yang menang. YESS itulah kenyataan. Hahaha rasanya hanya dengan kematangan individu tesebut sahaja yang boleh menilai isu ini dengan lebih baik.

Bzz. saya matang ke? Saya takdelah matang sangat tetapi bila fikirfikir balik teros otak boleh terima and auto positif (80% cmtu) hehe. Cliche wordd : Adat permainan ada menang dan kalah. Huu. So fair lah bagi saya katakan kemenangan dan kekalahan  itu terletak pada usaha dan selebihnya pada rezeki mereka sendiri. Terimalah je kenyataan kau tu dah kalah. Cehh. Sentap. Ya betul kita yang kalah ini harus menerima kenyataan walaupun pahit (ayat pehh) dan kalau ada nak mengutuk bagai tu tolonglah dengan cara yang matured ! Bukan dengan cara tweet mention bagai. Perli sana sinun. Its not their fault, they won the competition so cara baiknya cakapcakap kat group wassap sendiri sudah (EH?!) , fikirfikir kanlah cara yang terbaik tu. haha.

Lastly. Pengalaman pengalaman dan pengalaman. A BIGGG THANKS from me to En. Fasyali & Walid ( Berani Mati) , En. Nizam & Andika (Assalamualaikum YB), En. Roy (Cendera Kirana) , En. Fazli, SENITRA group* since saya 1st year till now & not forget 12th RC for giving me chance participate in this kind of activity. THANKKKKK YOUUUU ! Sumpah akan rindu semua ni sincerely from last year student. T_T




Wednesday, February 19, 2014

Mungkin Bukan Di Sini Tempatnya #KARVITER14

MALAM ini Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER) 2014 diteruskan lagi dengan persembahan oleh produksi dari Kolej Kediaman Bestari (KK4) dengan persembahan berjudul Kerja, karya Nawfal dan Ashraf Zainul.



Hari ini saya menonton ditemani dengan teman-teman dari UMalaya Radio yang datang dari pelbagai fakulti: El dan Aqmal dari Fakulti Pendidikan, Paang dari Fakulti Kejuruteraan dan Sofwah dari Akademi Pengajian Islam. Kami sebenarnya dari Konti UMalaya Radio dan sememangnya merancang untuk pergi menonton malam ini.

Pertama sekali ketika mengetahui pengarahnya ialah Nawfal, saya tersenyum lebar sambil berkata "Wahhh!!! Bijak betul KK4 ni pilih pengarah ya tahun ni..." Ini kerana Nawfal yang juga merupakan kenalan saya ketika menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dahulu tidak pernah mengecewakan saya dalam kerja-kerja pengarahannya. Saya mengenali Nawfal ketika terlibat dalam persembahan Teater Muzikal Kanak-kanak "Gamat" arahan Zaifri Husin. Ketika itu saya ditugaskan untuk menyiapkan make-up untuk Nawfal yang memegang peranan sebagai Kurita di dalam persembahan itu. Nawfal seorang yang sangat tidak cerewet ketika itu, dan sepanjang pengalaman saya mengenali dan bekerja dengan beliau memang begitulah sikap Nawfal.

Lama tidak bersua muka dengan Nawfal, harap Nawfal turut membaca review ini. Huhu... Hello Mr. Nawfal!!!

Baiklah, saya teruskan review saya terhadap produksi ini. Ketika pertama kali melihat poster ini di Facebook, saya mula menggigit bibir. "Kenapa poster dia warna hitam putih???". Saya memang secara peribadinya tidak sukakan penggunaan warna hitam dan putih di dalam persembahan teater. Kenapa? Jom terus baca sampai habis...

Ketika melangkah masuk ke pintu Auditorium, penonton disambut dengan hiasan FOH yang ringkas tetapi bermakna. Ada terhidu bau kopi di ruang legar, ini sangat kena dengan tagline mereka "Sebuah kisah tentang susu coklat, kopi dan sosej". Terdapat helaian kertas bersepah yang terkena percikan darah di ruang lobi sehingga ke dalam panggung. "Huuurrrmmm... Mesti kejap lagi ada darah-darah... Si Ash (Ashraf Zainul) ni memang suka sangat dengan darah-darah bagai ni..." itu jangkaan awal saya. Melangkah sahaja masuk ke dalam panggung, saya menarik nafas panjang... Saya paling tidak suka set pentas yang warna asasnya putih, apatah lagi jika semuanya putih seperti malam ini. Bukanlah saya tak suka warna putih. Putih itu suci! Namun pengalaman saya menonton banyak teater yang menggunakan warna putih sebagai warna asasnya selalunya  mengecewakan saya. Kenapa? Teruslah membaca ya...

Saya suka dengan permulaan persembahan ini. Afiq yang melakonkan watak Khai dalam persembahan Kerja adalah orang pertama yang saya nampak di atas pentas. Wooow! Afiq secara keseluruhannya berjaya membawa lakonan dengan baik. Saya tidak nampak lansung diri Afiq di dalam lakonannya pada malam ini. Dia begitu baik melakonkan watak yang diberikan. Namun saya tidak begitu gemar melihat cara Khai berjalan di atas pentas. Ya, tidak lansung nampak seperti Afiq tetapi masih tidak gemar cara Khai berjalan kerana dia nampak seperti tidak selesa dengan cara dia berjalan dan lansung pula tidak dinyatakan kenapa dia perlu berjalan begitu. Namun itu bukanlah soal yang terlalu besar walaupun mungkin sedikit menjejaskan persembahan.

Saya rasa senang hati apabila Khai membuat keputusan untuk membunuh dua orang pelakon perempuan yang beraksi bersamanya di babak pertama (lupa nama watak mereka). Saya menarik nafas lega selepas Khai membunuh mereka. Kerana saya tidak lagi sanggup mendengar lontaran dialog mereka yang bingit dan terlalu tersusun seperti menghafal nota peperiksaan setelah menonton persembahan yang juga hebat binggitnya semalam (klik: di sini). Nasib baiklah Khai bunuh mereka di babak pertama... Secara keseluruhannya pada aspek lakon, apa yang saya boleh katakan ianya cuma biasa-biasa. Tidak ada pelakon yang teruk dan tidak ada pelakon yang hebat.

Berbalik kepada rekaan setnya. Mengapa persembahan ini merunsingkan saya? Sepanjang pengalaman saya menonton beratus (atau mungkin lebih) teater, yang mana menggunakan warna putih sebagai warna asasnya biasanya akan mengecewakan saya. Apabila pereka set memilih warna putih sebagai warna asas setnya, maka risiko yang besar akan ditanggung oleh pereka cahayanya. Hanya penata cahaya yang benar-benar hebat sahaja yang dapat menghidupkan set berwarna putih di dalam sesebuh persembahan. Perbincangan yang sangat detail diperlukan antara pereka set dengan penata cahaya dalam  situasi ini bagi mengenalpasti apakah efek pencahayaan yang dapat dihasilkan bagi memberikan mood dalam persembahan. Keperluan lampu yang sangat terhad di Auditorium KPS menghalang pereka cahaya untuk bermain dengan pelbagai teknik. Sepatutnya produksi ini perlu sedar perkara tersebut sebelum masuk ke panggung lagi. Ya saya sedar pemilihan warna putih pada setnya juga bertujuan untuk membantu menampakkan lagi efek darah yang bercurah-curah di atas pentas sepanjang persembahan ini. Namun ini belum cukup untuk menjadikan ia sebagai alasan kerana di dalam teater, nilai teaterikal sangat dan boleh dikatakan teramat penting.

Sekali lagi saya tidak suka pada rekaan kostumnya yang menggunakan warna hitam dan putih. Cahaya putih boleh dicipta melalui pencampuran spektrum warna dasar, mungkin dari pemikiran itu yang membuatkan pengarah memilih warna tersebut? Entahlah... Apa pun kostumnya tidaklah begitu teruk sekali, cuma apabila pemilihan warna hitam dan putih dibuat, pereka kostum harus lebih rijik untuk meletakkan keseimbangan warna mengikut perwatakan masing-masing. Kerana setiap warna yang digunakan di atas pentas sudah tentu memberi makna dan kesan.

Malam ini mungkin agak berbeza dengan persembahan teater pada malam-malam yang akan datang. Penggunaan kesan khas iaitu darah digunakan secara maksimanya oleh Ashraf Zainul di dalam persembahan ini. Saya suka! Bukan kerana saya sukakan darah, namun kerana ianya ada kaitan dengan isi naskah ini. Namun sedikit mengecewakan saya pada malam ini apabila bancuhan darah tidak begitu menjadi. Darah yang dibancuh oleh Ashraf Zainul sebelum ini tidak pernah seperti ini. Mungkin bukan dia yang bancuh kali ini atau pun mungkin tak cukup budget lah kot... Upppsss... Lagi satu efek yang cuba dibuat ketika watak lelaki (tak ingat nama) dilanggar kereta itu merupakan satu idea yang sanagt menarik, namun perlaksanaannya gagal membuatkan saya sangat kecewa. Pertama lampu dinyalakan lebih awal sehingga penonton dapat melihat krew pentas mencurahkan darah menggunakan baldi. Kedua jika lampu menyala lewat sekalipun ia akan tetap gagal kerana penonton dapat dengar bunyi seperti jiran diatas rumah mencurahkan air baldi basuhan kain ke bawah rumah. Sepatutnya produksi berfikir dengan lebih rijik untuk menghilangkan bunyi tersebut dengan menggunakan audio bagi menutupnya ataupun menggunakan teknik saluran paip dan sebagainya.

Entahlah dari mana dua sahabat ini mendapat idea untuk menulis naskah ini. Bukan tidak suka, tetapi saya merasakan ianya tidak sesuai untuk dipentaskan sempena dengan Karnival Teater di Universiti Malaya apatah lagi. Mungkin ianya bagus jika dipentaskan ditempat lain. Nawfal yang dilantik sebagai pengarah sepatutnya mengkaji dan memahami dahulu tentang budaya KARVITER di UM. Saya yakin lebih 80% penonton yang hadir lansung tidak fahampun dengan "susu coklat, kopi dan sosej" yang berulang kali disebut di dalam persembahan ini. Nawfal dan keseluruhan produksi perlu mempunyai kesedaran tentang penerimaan dan fahaman penonton terhadap konsep keseluruhan produksi sebelum memutuskan pemilihan naskah, genre dan konsep artistiknya. Ya, mungkin juri faham dan sukannya. Jika begitu mereka sangat bernasib baik. Inilah adat pertandingan, penonton bukan soalanya, apa yang penting juri tertarik dengannya.

Penggunaakn konsep komedi yang diperkenalkan oleh Bertolt Brecht ini terlalu berat untuk pertandingan teater di peringkat ini. Namun saya tetap mengambil kira bahawa produksi ini amat berani mengangkat konsep yang begitu berat ke atas pentas KARVITER pada tahun 2014 ini yang merupakan satu pembaharuan (mungkin la, sebab saya pun baru tonton KARVITER kali ke-3 tahun ni).

Saya berhenti review saya terhadap produksi ini disini. Sekarang saya nak membebel tentang pengurusan panggung pulak... Hadooooiiii... "Rimas, lemas, sesak napas aku Tijahhhhhhh!!!!" itu lah rungutan saya sepanjang berlansung persembahan pada malam ini. Penonton yang masuk lewat ke dalam panggung sudah tentu amat mengganggu fokus penonton yang lain, ini bukan konsert ya, ini teater. Ianya bermain dengan penelitian dan pemikiran! Sila faham, dan kepada mereka yang membaca ini, jika anda lewat lagi, TOLONG jangan masuk ya!!! Sekretariat yang bertugas juga tidak memainkan peranan yang begitu bagus dalam menguruskan pergerakan keluar masuk penonton. Ini secara tidak lansung menjejasklan persembahan. Adanya sebuah grand piano di atas pentas walaupun disorok sedikit amat menyakitkan mata saya, sepatutnya jika ada pertandingan teater di situ pihak penganjur pelru memikirkan cara untuk mengalihkannya. Ia mengganggu pelakon dan penonton. Come on...

Sekali lagi suka saya nyatakan disini bahawa saya tetap BERBANGGA apabila melihat pelajar-pelajar yang tidak mempelajari bidang teater secara formal tetapi melibatkan diri dengannya beraksi di atas pentas. Kalau lah ada sesiapa yang terlibat dengan pementasan ini terbaca review ini, harap tidak ambil hati ya... Review ini ditulis bukan untuk menghentam tetapi saya juga ingin berkongsi pengetahuan, pemikiran dan mahu mempelajari untuk menjadi seorang pengkritik.

Jom sama-sama kita saksikan persembahan Penghuni Neraka dari Kolej Kediaman Ke-2 esok!!! SEMOGA BERJAYA!!!


Tuesday, February 18, 2014

Kek Yang Masih Mentah #KARVITER14

TIRAI Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER) 2014 dibuka oleh produksi dari Kolej Kediaman Dayasari (KK5) dengan persembahan berjudul Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli, karya Adiwijaya. 


Saya menulis review ini sejurus selepas selesai menontonnya di Auditorium, Kompleks Perdanasiswa tadi. Penonton disambut dengan hiasan Front of House (FOH) yang berwarna-warni dan kelihatan riang. Saya tersenyum kerana terpikat dengan hiasan dan idea produksi ini mengalu-alukan kehadiran penonton.

Perkara yang sering mengganggu fokus saya ketika menonton ialah karya yang tidak masak. Melibatkan diri dengan penuh komited dalam banyak produksi, membolehkan saya mengesan sama ada sesebuah produksi itu cukup pengkajian atau di buat dengan keadaan yang tidak cukup kajian atau tiada lansung kajian.

Pada tahun 2010 saya pernah menonton Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC). Ketika itu persembahannya mengabungkan lakonan hebat dari pelakon-pelakon seperti Fauzuly Hamdan Tahir, Qahar Aqilah, Shamaine Othman, Nabihan Yaacob, Sharon Lam dan Redza Minhat. Saya cuba untuk menulis review ini tanpa membuat perbandingan diantara persembahan dari KK5 dengan yang saya pernah tonton di KLPAC sebelum ini kerana mereka berada di level yang sudah tentu berbeza. Profesional sudah tentu tidak boleh dibandingkan dengan amatur, apatah lagi persembahan di KLPAC sudah tentu berbeza dengan persembahan-persembahan di tempat lain. Ini kerana di KLPAC semuanya telah di"halal"kan tak kira dari segi apa pun termasuklah soal batasan agama. Namun penulisan ini adalah untuk menyampaikan apa yang saya lihat dengan mata saya dan pandangan dari jiwa kecil yang masih belum cukup ilmu di dada ini.

2010 | KLPAC
"Kek" hari jadi Adli belum masak. Masih belum boleh buat party pun. Itu yang mampu saya katakan untuk persembahan pembuka tirai KARVITER '14 pada malam ini. Apa yang saya maksudkan belum masak? Paling asas dapat dikesan ialah daripada segi lakonan pelakonnya yang sangat membingitkan. Teknik pengucapan dan lontaran dialog yang digunakan oleh semua pelakon membuatkan saya sebagai penonton rimas dan kadang kala berkerut dahi kerana tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh pelakon. Itu baru sahaja bercakap tentang asas dialog, belum lagi saya membebel tantang tempo, pacing, dinamika dan lain-lain lagi.

Secara jujurnya persembahan ini lansung tidak mengujakan saya, tidak ada satu adegan pun yang dapat meberikan impak "WOW!!!" di dalam persembahan ini. Sayang sekali!  Pengarah belum cukup mengkaji naskah dengan baik, begitu juga yang terjadi kepada pelakon dan pereka kostumnya. Tertumpu pada kehidupan mereka yang hidup dalam industri perfileman lansung tidak dijelaskan dengan rekaan kostumnya dan pembawakan watak oleh para pelakonnya. Dalam teater naskah merupakan sebuah "kitab" yang perlu dirujuk dan dikaji dengan baik. Bukan hendak samakan skrip dengan Quran... Tapi fahamlah kan maksud saya? Perumpamaan ini sering digunakan oleh tok guru saya, Ahmad Yatim.

Untuk sinografinya pulak... Ya memang keadaan lampu di Auditorium, KPS itu membataskan rekaan pencahayaan yang pelbagai. Namun saya tetap hairan kenapa lampu tidak digunakan secara maksimanya untuk mewujudkan pelbagai kesan pencahayaanwalaupun terbatas. Face light juga tidak begitu baik kerana ada beberapa adegan yang penonton tidak dapat melihat wajah pelakon dengan begitu baik. 

Rekaan setnya pula sudah tentu mengecawakan saya. Terlalu banyak persembahan teater melayu suka menggunakan set rumah atau lebih tepat ruang tamu sebagai set asasnya. Apa salahnya jika pereka set memberanikan diri untuk mendirikan set yang berupa sebiji kek besar di atas pentas? Saya tertunggu-tunggu perubahan seperti ini berlaku dalam KARVITER, agaknya peserta dari Kolej Kediaman manalah yang akan berani untuk membuat kelainan seperti ini. Kalau lah ada, CONFIRM penonton akan bagi greatest standing ovation!!!

Penulisnya pernah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik dan Anugerah Penulis Terbaik sempena Festival Short and Sweet Kuala Lumpur pada tahun 2009 menerusi karya "Allah". Sudah tentulah naskah ini juga ditulis olehnya dengan baik. Oleh itu pengkajian yang sangat teliti dan menyeluruh amat penting sebelum "memasukkan adunan kek itu ke dalam oven".

Rasanya cukuplah saya membebel ringaks begini...

Walaubagaimanapun suka saya nyatakan disini bahawa saya tetap BERBANGGA apabila melihat pelajar-pelajar yang tidak mempelajari bidang teater secara formal tetapi melibatkan diri dengannya.

Jika ada sesiapa yang terlibat dengan pementasan ini terbaca review ini, harap tidak ambil hati. Review ini ditulis bukan untuk menghentam tetapi atas dasar ingin berkongsi pengetahuan, pemikiran dan juga mempelajari untuk menjadi pengkritik.

Tak sabar rasanya nak tonton persembahan KERJA dari Kolej Kediaman Bestari yang diarahkan oleh seorang pengarah muda yang hebat dan dikenali, pandai betul KK4 pilih pengarah yaaaa... ALL THE BEST!