Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

KIAH EPOK-EPOK (episod 1)

Hasil penulisan skrip AEPY bersama mentor "ANA BALQIS" seorang penulis novel, cerpen, drama tv / radio yang pernah menghasilkan skrip drama "perempuan tanpa rahim". Sekarang cikgu sy itu pensyarah di Jabatan Pengajian Media, FSSS UM. Inilah karya saya, bismillah...


SKRIP DRAMA RADIO
“KIAH EPOK-EPOK”
Karya Hanafi Jais



Ringkasan Cerita
Mengisahkan tentang kesabaran dan keikhlasan seorang ibu membesarkan anak-anak.


Babak
Drama radio ini mempunyai 12 babak


Durasi
30 minit


Watak
1)      Kiah                            (44 Tahun)
2)      Saiful                           (16 Tahun)
3)      Aznah                          (25 Tahun)
4)      Mak Cik Jemah           (50 Tahun)


GRAM           :           MUZIK PENGENALAN
BABAK         :           1
EFEK             :           BUNYI SEDANG MEMASAK INTI EPOK-EPOK DI DAPUR

KIAH              :           (risau) Manalah si budak bertuah ni? Dah dekat dua jam, pergi kedai
                                    tak balik-balik.

EFEK             :           BUNYI GURUH
                                    BUNYI TINGKAP KACA DIBUKA

KIAH              :           Uishh…, gelapnya awan. Dah nak hujan ni. Hmmm…(mengeluh)
Tak berintilah epok-epok aku hari ni.

EFEK             :           BUNYI TELEFON BERDERING BERKALI-KALI

KIAH              :           Hello, Assalamualaikum.
                                   
                                    Pause 

                                    Ya, Kiah cakap ni.

                                    Pause

                                    Sempat lagi. Berapa banyak itu?

Pause

Insyaallah, Boleh kak. Nanti akak sms saya, pukul berapa nak ambil
                                    epok-epoknya.

Pause

                                    Ha, iyalah. Waalaikumsalam.

EFEK             :           BUNYI MOTORSIKAL PARKING DAN DIMATIKAN
                                    BUNYI PINTU DI BUKA

KIAH              :           Epul, kenapa lambat sangat balik? Mak suruh beli sardin,
bukannya suruh menjala ikan sardin. Dari 10 pagi, sampai pukul 12 tengahari, baru balik rumah. (nada tegas) Apa yang di buat lama-lama dekat luar itu?

SAIFUL          :           (selamba) Alaahhhh…, Epul jumpa kawan sekejap. Service motor.
bukan buat apa pun.

KIAH             :           Kalau ya pun hantarlah sardin itu balik rumah dulu. Lepas itu nak
jumpa kawan ke, girlfriend ke, sampai subuh esok pagi pun boleh.
                                    Mak nak buat inti epok-epok ni pun, jadi lambat.


EFEK             :           BUNYI PINGGAN
                                    BUNYI AIR DI SINGKI

SAIFUL          :           Mak, bila nak tukar motor?

KIAH              :           Kenapa dengan motor?  Mak dengar elok aje bunyinya?

SAIFUL          :           (nada tegas) Motor itu selalu rosak aje. Tahun depan Epul dah nak  
                                    nak exam, banyak kelas tambahan. Epul, penatlah nak bawa motor
                                    buruk itu.

KIAH              :           Selagi motor itu tak rebah ke bumi, boleh di bawa, kita gunalah dulu.
Mak selalu pesan dengan kamu, ukur baju di badan sendiri. Insyaallah, ada rezeki nanti, kita tukarlah motor baru.

SAIFUL          :           Mak, nanti itu bila? Esok? Minggu depan? Bulan depan? atau tahun
depan? Kalau akak minta, semua dapat. (nada merajuk)
Tak payah nak tunggu-tunggu pun.

EFEK             :           BUNYI KERUSI DI TARIK DARI MEJA
                                    BUNYI HUJAN MENITIK KE BUMBUNG RUMAH

KIAH              :           Astarfirullahalazim,… Saiful, mak tak pernah pilih kasih dengan

                                    anak-anak. (mengeluh) Haaaaahhhhhh…..

bersambung episod seterusnya...

Wednesday, March 5, 2014

KERJA, CINTA ada hasilnya, tapi KARYA, ke mana?

Pertama sekali bila tulis blog ni, mestilah nak cakap Hi!!! Salam, apa khabar semuanyerrr? Rindu Aepy tak? Harrr, Aepy datang ni, dah2 jgn demam2 sebab Aepy lambat update dalam blog ni...erkkkk BOOOOO, kau hadooo? Arggg jom baca, peace yoooo.

Ok, hari ni Aepy nak u all fikir dalam2 maksud rangkap ni "KERJA, CINTA ada hasilnya, tapi KARYA, ke mana?"

MAKSUD KARYA disini adalah bukan sahaja karya2 kreatif, tapi apa2 yang kita buat, tak kiralah macam menjahit baju, menulis puisi, melukis, hmmmmm jgn jadikan ianya satu KARYA anda, yang tersimpan lama dan tak tahu entah kemana nak pergi, adakah dalam tong sampah, atau didalam dada akhbar, majalah atau penerbitan mahupun dilayar perak atau dipentas berprestij.

Alhamdulillah, setakat ini KARYA Aepy sudah pun di pentaskan iaitu (IGAL SI MERAK TUA dan RATU MALAM), hasil daripada mempelajari penulisan skrip pentas semasa di ASWARA dan di UM. Sangat gembira bila karya kita dilihat dan diamati oleh khalayak, Selepas ini mungkin Aepy akan terbitkan pula buku koleksi skrip dan puisi.

Hampir 6 tahun belajar secara serius dalam bidang SENI ni, Aepy dah hasilkan 2 skrip pentas, 2 skrip drama tv dan 1 skrip drama radio. Sem akhir ini, Aepy belajar menulis puisi, kena buat 30 buah puisi. Jadinya daripada ia tersimpan lama, baik Aepy terbitkan! Ada juga hasilnya. Begitulah jugalah dengan KERJA dan CINTA.

Kalau kita usaha bekerja, dapat gaji dah nampak hasilnya, sama juga dengan bercinta, bila kita serius dengan hubungan itu, kita akan ke peringkat seterusnya, bertunang, nikah, dan berumah tangga, dapat anak, harrr lagi bertambah dan berhasil. Hahahaha...

Jadi pada anda2 semua, tak naklah KARYA anda tidak ke mana2. Zaman sekarang, macam2 ada, blog dan laman sosial yg boleh kita kongsikan karya kita itu, seperti penghasilan video, editing gambar, poster macam2 lagi, mana tahu dengan KARYA anda itu, anda akan menjana pendapatan. Harrr...kan untung!

Ok, Aepy akan kongsikan Penulisan Skrip Drama Radio Aepy yang bertajuk "KIAH EPOK-EPOK" nanti di blog UMALAYARADIO ini k, jadinya anda bolehlah baca dan nilai KARYA itu...K, u all, SENYUM2 selalu.

#KERJA #CINTA #KARYA #UMALAYARADIO

Gambar AEPY kepuasan bila KARYA selesai di edit dan di hantar untuk semakan. Alhamdulillah. A!